Sunday, February 28, 2010

PERJUMPAAN DAN MESYUARAT KOMUNITI KPU

25 Februari 2010 (Khamis) - Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah mengadakan perjumpaan bersama Pihak Pengurusan MIS iaitu Puan Rashidah bagi membincangkan masalah - masalah yang timbul daripada cawangan - cawangan di Zon Utara.

Turut hadir adalah semua PJS - PJS KPU dan juga Pengerusi Kelab Komuniti masing - masing. Perbincangan telah berjalan selama 3 jam yang bermula dari jam 9.00 malam sehingga 12.00 tengahmalam. Wakil dari KPU Taiping yang telah hadir ialah PJ Mohd Yusfee Yusof dan PJ Mohd Affendy Ismail.

Dalam perbincangan tersebut, sepakatan telah diambil untuk membawa masuk CawanganTaiping dan Cawangan Parit Buntar, Perak ke dalam Pengurusan Zon Utara. Ini adalah satu perkembangan yang baik di mana selama ini, pelanggan - pelanggan di Taiping dan Parit Buntar sentiasa merungut mengenai ketiadaan stok.

Pengerusi KPU iaitu PJS Azizan Ahmad juga telah memperkenalkan sistem baru untuk mempercepatkan ahli - ahli HPA mendapat bonus dan pangkat PLX 20% dengan cepat melalui Program Pengguna Setia Cemerlang (PSC). Ia bukanlah menggantikan PBC, tetapi sebagai penguat melalui PBC yang sedia ada.

No comments:

Post a Comment