Tuesday, March 30, 2010

KURSUS KEPIMPINAN GEN 1-7 NEGERI PERAK


28 Mac 2010 (Ahad) - Kursus Kepimpinan GEN 1-7 Negeri Perak kali-2 Tahun 2010 telah diadakan di Hill City Hotel Ipoh. Kursus tersebut yang bermula seawal 8.00 pagi telah dihadiri oleh seramai 50 orang pemimpin dari kalangan GEN 1-7 dari seluruh Negeri Perak.

Di antara PJS - PJS yang telah menyampaikan ceramah pada kursus kali ini adalah PJS Ustaz Zahir Bin Ghazali yang telah menyampaikan ceramah bertajuk Motivasi Kepimpinan dan Komunikasi Berkesan. PJS Aseri Bin Hanapiah pula telah menyampaikan ceramah mengenai program terbaru untuk melonjakkan bonus individu dan jualan HPA dengan lebih cepat iaitu Program Pengguna Setia Cemerlang (PSC).

Kemudian pada sebelah petang pula, PJS Mohd. Nadzri Bin Ahmad telah menyampaikan ceramah motivasi dengan penuh bersemangat dan ceramah mengenai produk King Solomon Oil dan madu cuka nipah yang sangat banyak khasiatnya.

Juga diadakan perbincangan dalam kumpulan masing - masing dan program ni telah tamat pada jam 6.00 petang.

Friday, March 26, 2010

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (22.3.2010)

Kelas Mingguan HPA Taiping kali ini telah dihadiri oleh Pemimpin dari Kelab Pemimpin Perak Utara (KPPU) sendiri iaitu PJE Mohd. Irwan Azahari Bin Tahir, Naib Pengerusi KPPU yang telah menyampaikan ceramah mengenai HPA dan Plan Pemasaran.

Selepas itu, PJE Imillia Bt Abdul Malek telah menyampaikan ceramah mengenai perawatan muka. Kelas Mingguan pada kali ini telah dipengerusikan oleh PJI Haridah Khanun Bt. Rehman Khan. Selepas itu acara penyampaian hamper barangan bayi kepada PJ Mohd Affendy Bin Ismail pula diadakan atas kelahiran anaknya yang ke - 4. Hamper tersebut telah disumbangkan oleh Pemimpin - pemimpin KPU.

PJE USTAZ IRWAN SEDANG MENYAMPAIKAN CERAMAHNYA

PJE IMILLIA PULA MENYAMPAIKAN CERAMAH PERAWATAN

PARA HADIRIN YANG HADIR

PJI HARIDAH WAKIL DARIPADA KPU MENYAMPAIKAN HAMPER BARANGAN BAYI KEPADA PJ USTAZ AFFENDY ATAS KELAHIRAN ANAKNYA YANG KE-4

Sunday, March 21, 2010

PBC TAIPING 20 & 21 MAC 2010 BERJAYA LAGI.


PBC Taiping pada 20 & 21 Mac 2010 pada kali ini telah berjaya dengan menghimpunkan seramai 30 orang peserta. Walaupun jumlah peserta kali ini hanya dapat menghimpunkan seramai 30 orang saja, namun Kursus PBC di Taiping telah berjaya diadakan setiap bulan. Pihak KPU juga telah menempah Hotel Seri Malaysia selama setahun pada tahun ini sepertimana yang telah dilakukan pada tahun lepas.

Pengarah PBC Taiping pada kali ini ialah PJS Aasim Bin Khalid, merupakan PJS yang baru dilantik dalam KPU yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Di antara penceramah PBC pada kali ini ialah PJS Mohd. Nadzri Bin Ahmad (Pengenalan Syarikat), PJS Zanbli Bin Abdul Rashid (Plan Pemasaran), PJS Asnah BT P.K. Mustafa (6M), Ustaz Ahmad Firdaus Bin Mohamad Ali (Halal Haram), PJS Noormah Bt. Zainol (Diagnos Saraf Tapak Tangan) dan PJS Sabri Bin Ahmad (Produk Pilihan).

Manakala PJS Aasim Bin Khalid (Malam Bintang - bintang), PJI Haridah Khanun Bt Rehman Khan dan anaknya PJE Imilia Bt Abdul Malek (Demo Produk).

Pengerusi Majlis ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof. PJ Mohd Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd Affendy Ismail, PJ Hj Azizan Ismail, G5 Mohd. Jamsari Bin Mahmood, G5 Muhd. Fitri Bin Harun dan G7 Abdul Rashid Bin Abdullah.

Turut membantu ialah PJ Hindun Bt Abdul Aziz, G7 Suhail Hashmin Bt Mat Hussin, G7 Rokiah Bt Mohd Amin, G7 Mohd Fauzi Bin Hashim, G7 Mustapa Bin Zabidi dan PJ Roslina dari Kedah.

Pada PBC Taiping kali ini juga telah diperkenalkan slot baru iaitu yang diberi nama `WASIAT' yang telah dikendalikan oleh PJS Mohd Nadzri Ahmad dan PJS Noormah Zainol.

Thursday, March 18, 2010

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING DIHADIRI PENASIHAT KOMUNITI KPU TAIPING

15 Mac 2010 (Isnin) - Kelas Mingguan HPA Taiping kali ini telah dihadiri oleh Penasihat Komuniti KPU Taiping iaitu PJS Mohd. Nadzri Bin Ahmad bersama isteri beliau PJS Noormah Bt. Zainol. Pengerusi bertugas pada malam itu ialah PJE Mohd. Irwan Azahari Bin Tahir selaku Naib Pengerusi Komuniti KPU Taiping.

PJS Mohd. Nadzri telah menyampaikan ceramah Motivasi dan Pengenalan HPA memandangkan terdapat beberapa orang baru yang hadir pada malam itu. Manakala PJS Noormah Zainol telah membentangkan mengenai produk Cuka Nipah HPA yang amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.

Sebelum bersurai, pengerusi majlis telah melancarkan kutipan derma kepada seorang dari ahli HPA yang telah lumpuh akibat daripada serangan penyakit CHIKUNGUNYA beberapa bulan yang lalu. Selepas itu, penyampaian hadiah cabutan bertuah diadakan dan pada malam ini sebanyak 6 hadiah cabutan bertuah telah disampaikan yang ditaja oleh PJS Cikgu Nadzri.

Seramai 11 orang pemimpin dari GEN telah hadir pada malam tersebut. Selepas Kelas Mingguan selesai, semua GEN yang hadir bergambar beramai - ramai bersama PJS Cikgu Nadzri dan PJS Puan Noormah.

Tuesday, March 16, 2010

KPU SUNGAI PETANI & TAIPING MENGGEMPUR IPGKSAH, SUNGAI PETANI


10 Mac 2010 (Rabu) - Pemimpin - pemimpin KPU dari Sungai Petani dan Taiping telah bergabung menggempur Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Sultan Abdul Halim di Sungai Petani Kedah. Program ini telah dianjurkan oleh guru - guru pelatih dari institut itu sendiri yang terdiri dari ahli - ahli HPA di bawah rangkaian PJS Cikgu Nadzri Ahmad.

Ahli HPA di bawah rangakaian PJS Cikgu Nadzri, iaitu Ustaz Zakir Bin Mohd. Amin merupakan Yang Di Pertua (YDP) Majlis Persatuan Guru Pelatih di IPGKSAH. Beliau bersama - sama sahabat yang lain telah menjemput pemimpin - pemimpin dari Sungai Petani dan Taiping untuk mengadakan program ceramah bertajuk HPA dan Isu Pemakanan Hari Ini.

Ceramah tersebut telah disampaikan oleh PJS Cikgu Nadzri dan telah menghimpunkan seramai 100 orang guru pelatih di institut tersebut. Pemimpin - pemimpin yang turut hadir pada program tersebut ialah PJS Noormah Zainol, PJS Asnah Mustafa, PJE Adlina Adenan, PJ Roslina, PJE Mohd. Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd. Yusfee Yusof dan ramai lagi.

Pemimpin - pemimpin KPU dari Sungai Petani juga telah membawa produk - produk HPA untuk pameran, jualan dan sebagai hadiah cabutan bertuah. Majlis ceramah dan penyampaian cabutan bertuah telah tamat pada jam 11.00 malam.

Pogram sebegini perlu diadakan selalu untuk menarik minat guru - guru pelatih yang masih muda menggunakan produk yang halal lagi suci dan merekalah sebagai agen untuk menyampaikan kepada masyarakat luar apabila mereka keluar berkhidmat nanti

.

Sunday, March 14, 2010

KELAS MINGGUAN KUALA KANGSAR (14.3.2010)

Kelas Mingguan Kuala Kangsar pada kali ini dihadiri oleh seorang pemimpin yang tidak asing lagi dari Kelab Pemimpin Perak Utara (KPPU) iaitu PJ Mohd. Affendy Bin Ismail yang telah membentangkan HALAL DAN HARAM. Walaupun PJ Ustaz Affendy agak sibuk dengan kehadiran cahayamata perempuannya yang ke - 4 baru 6 hari, namun demi tugas, beliau teruskan berjuang menyampaikan ceramah di Kuala Kangsar.

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PJ USTAZ AFFENDY KERANA MENDAPAT CAHAYAMATA BARU YANG KE - 4.

Pengerusi bertugas pada malam itu ialah Ustaz Ahmad Firdaus Bin Mohamad Ali, GEN 7 dari Chemor, Ipoh.

Wednesday, March 10, 2010

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (8.3.2010)

Pada kali ini, penceramah yang telah menyampaikan ceramah di Kelas Mingguan HPA Taiping ialah PJS Aasim Bin Khalid (Pengenalan HPA dan Motivasi) bersama PJ Mohd. Yusfee Yusof (Kongsi Pengalaman dan Sejarah HPA). Pengerusi Majlis pada kali ini ialah Abdul Rashid Bin Abdullah (GEN 7). Juga dijemput peserta untuk berkongsi pengalaman dan kejayaan beliau semasa menyertai HPA iaitu Shamsuddin Bin Kiyoh.

Seperti biasa, 3 orang telah mendapat cabutan bertuah iaitu Radix Cola, Radix Oren dan Radix Aiskrim Soda.

PENGERUSI MAJLIS - ABDUL RASHID BIN ABDULLAH (GEN 7)

PENCERAMAH PERTAMA - PJS AASIM BIN KHALID

BERKONGSI PENGALAMAN - SHAMSUDDIN BIN KIYOH

PARA HADIRIN YANG HADIR - MASIH BELUM CUKUP RAMAI

PENERIMA HADIAH CABUTAN BERTUAH :

Sunday, March 7, 2010

KELAS MINGGUAN (1.3.2010)

Kelas Mingguan Taiping pada kali ini adalah menggunakan jadual yang baru dari KPU. Penceramah bertugas pada kali ini ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof yang telah menerangkan Pengenalan Syarikat dan Kepentingan PBC dan PJ Sazali Bin Salihuddin menghuraikan produk Habbatus Sauda`.

Selepas Kelas Mingguan, KPPU telah mengadakan perjumpaan GEN bagi memberi taklimat mengenai etika - etika bagi pemimpin semasa PBC yang telah disampaikan oleh PJ Mohd. Yusfee Yusof selaku Pengerusi Komuniti KPU Taiping.

Wednesday, March 3, 2010

HPA MENGEMBALIKAN KEGEMILANGAN INDUSTRI NASYID MELALUI RAIHAN


InsyAllah dalam waktu terdekat, Musaffir Perjuangan akan muncul dalam pasaran MLM HPA di Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Brunei dan Kemboja. Pastikan pejuang HPA sentiasa membeli yang original dan bukan cetak rompak.


HPA kini dalam usaha mengemilangkan kembali industri nasyid Islami dan menjadi suatu tanggugjawab kita semua memastikan hiburan yang mendekatkan diri kepada Allah swt di pertahankan.

Sumber dari blog GM HPA

Tuesday, March 2, 2010

KURSUS LANJUTAN REFLEKSOLOGI DI PUSAT AGENSI KUALA KANGSAR BERJAYA


28 Februari 2010 (Ahad) - Pemimpin KPU Taiping dan Kuala Kangsar telah berjaya mengadakan Kursus Lanjutan Refleksologi yang telah diadakan di Pusat Agensi Kuala Kangsar milik PJ Sazali Bin Salihuddin. Seramai 15 orang telah menghadiri kursus tersebut. 10 orang terdiri dari muslimat dan ini telah mencapai sasaran untuk mengadakan Kursus Refleksologi untuk muslimat. Kursus tersebut telah bermula dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Penceramah jemputan yang telah menyampaikan ceramah refleksologi ialah Puan Siti Mariam, seorang herbalis dari Parit Buntar, Perak. Turut hadir bersama di dalam kursus tersebut terdiri dari pada pemimpin - pemimpin KPU seperti PJI Haridah Khanun, PJE Imillia, PJE Irwan, PJ Sazali, PJ Salihuddin, PJE Azizah dan PJS Azham Affif, seorang herbalis dari Sungai Petani.

PARA MUSLIMAT YANG BEGITU SERIUS SEDANG MEMBUAT PRAKTIKAL REFLEKSOLOGI

PJS AZHAM AFFIF, SEORANG HERBALIS DAN JUGA BLOGGER KPU

PJE IRWAN SEDANG SERIUS MELAKUKAN REFLEKSOLOGI

PJE IRWAN SEDANG BERBINCANG DENGAN PJ SALIHUDDIN

KELAS MINGGUAN KUALA KANGSAR (28.2.2010)

28 Februari (Ahad) - Pada kali ini, Kelas Mingguan Kuala kangsar yelah dihadiri oleh PJS Ustaz Mohd. Ali Bin Ismail dari Kulim, Kedah

PJS Ustaz Mohd Ali Bin Ismail beri ceramah