Monday, February 28, 2011

RFC IPOH DI SILIBIN SUDAH DIBUKA

28 Februari 2011 (Isnin) - Restoran Radix Fried Chicken (RFC) yang ditunggu - tunggu kemunculannya oleh rakyat negeri Perak akhirnya telah dibuka dan beroperasi di Silibin, Ipoh. Ini adalah satu nikmat pemberian Allah kepada rakyat negeri Perak yang memerlukan restoran makanan segera yang halal di bawah rangkaian perniagaan HPA. Marilah bersama - sama kita memeriahkannya.

Thursday, February 3, 2011

KURSUS AKUPUNTUR DI HPA CAWANGAN TAIPING DISERTAI SERAMAI 20 ORANG


3 Februari 2011 (Khamis) - Kursus Asas Akupuntur anjuran Herbalis Kelab Pemimpin Utara (KPU) dengan kerjasama Herbalis KPU Taiping di Dewan Al Wahida, HPA Cawangan Taiping telah menghimpunkan seramai 20 orang peserta dari sekitar Taiping dan Kuala Kangsar.

Kursus ini telah disampaikan oleh seorang herbalis yang dijemput khas dari Jakarta, Indonesia iaitu Pn. Syifa Urrahmah, seorang yang banyak pengetahuan dan pakar dalam bidang perawatan akupuntur ini. Turut hadir bersama ialah Herbalis Azham Afif, Pengerusi Herbalis KPU, Herbalis Rokiman Shah Bin Haron dari Nibong Tebal dan Herbalis Abdul Rahman dari Tawau, Sabah.

`Road tour' Kursus Akupuntur ini diadakan di beberapa tempat di kawasan utara, telah mengambil masa seminggu membawa Pn. Syifa menyampaikan ceramah. Menurut saudara Azham Afif, beliau mengambil masa selama 2 tahun dalam usaha untuk membawa Pn. Syifa ke Malaysia kerana masa Pn. Syifa yang terlalu padat dengan kursus akupuntur di Indonesia. Kursus yang bermula pada jam 9.00 pagi telah berakhir pada jam 6.00 petang.