
STAF HPA SEKARANG. DARI KIRI NUR HAYATI BT MOHD SHUKRI, SAHARAH BT HAMDAN, FAKRULRAZI BIN MOHAMAD NOOR, AZIMAH BT ABD BASIR DAN STAF CEMERLANG ZON TENGAH 2009, WAHEEDA HANIM BT AB RAHMAN. Pada 24 Januari 2010 (Ahad), Hari Warga HPA 09 telah diadakan di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah. Semua staf HPA telah hadir pada majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan 1, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad.
HPA Cawangan Taiping telah mendapat 2 anugerah terbaik iaitu Anugerah Cawangan Terbaik Zon Tengah Tahun 2009 dan juga Pengurus HPA Cawangan Taiping, Puan Waheeda Hanim Bt Ab Rahman telah mendapat Anugerah Staf Cemerlang Zon Tengah Tahun 2009.
2 Anugerah yang diperolehi oleh HPA Cawangan Taiping ini amat membanggakan ahli - ahli HPA di Taiping ini dan mengharapkan HPA Cawangan Taiping dapat mengekalkan anugerah yang telah diterima pada masa hadapan.
TAHNIAH DIUCAPKAN
KPPU mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada SAHARAH BT HAMDAN yang baru bertugas pada 7 April 2009 yang lalu. Maka bertambah lagi staff HPA Cawangan Taiping. Semoga penjualan setiap bulan juga akan bertambah.
Diucapkan tahniah kepada Cik Norrulmella Bt Karim yang telah dinaikkan pangkat daripada Pembantu Eksekutif Cawangan kepada Pengurus HPA Cawangan Parit Buntar, Perak bermula 1 April 2009 yang lalu. Sepanjang beliau bertugas di HPA Cawangan Taiping selama 1 tahun 6 bulan, beliau seorang staff yang berdedikasi dan telah memberikan komitmen yang tinggi terhadap tugas beliau. Beliau telah banyak bersusah payah bersama - sama staff yang lain demi untuk memajukan HPA terutamanya di Taiping. Setiap pelanggan yang berkunjung ke HPA Cawangan Taiping, akan dilayan oleh beliau dengan penuh mesra dan tidak lekang dengan senyuman di bibir beliau. Gurauan beliau dengan pelanggan - pelanggan yang selalu berkunjung ke HPA Cawangan Taiping, terutamanya stokis - stokis akan menjadi kenangan yang abadi. Kami dari KELAB PEMIMPIN PERAK UTARA mendoakan beliau akan lebih berjaya di masa hadapan, Insya Allah.