Sunday, February 28, 2010

PEMIMPIN KOMUNITI PARIT BUNTAR KPU MENDAPAT KEMALANGAN JALANRAYA


28 Februari 2010 (Ahad) - Sepasang suami isteri dan juga pemimpin Komuniti Parit Buntar, Perak KPU iaitu PJ Halmi Bin Musa dan isteri beliau PJ Nor Azlina Bt. Abu Shukor telah mendapat kemalangan jalanraya pada petang Ahad, 28 Februari 2010.

Mereka telah mendapat kemalangan jalanraya yang agak teruk hingga tidak sedarkan diri. Pada malam tadi, mereka berdua telah dibawa dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping.

Marilah kita sama - sama berdoa agar mereka cepat sembuh dan mendapat perlindungan daripada Allah Subhanahu Wa Taala.


PERJUMPAAN DAN MESYUARAT KOMUNITI KPU

25 Februari 2010 (Khamis) - Kelab Pemimpin Utara (KPU) telah mengadakan perjumpaan bersama Pihak Pengurusan MIS iaitu Puan Rashidah bagi membincangkan masalah - masalah yang timbul daripada cawangan - cawangan di Zon Utara.

Turut hadir adalah semua PJS - PJS KPU dan juga Pengerusi Kelab Komuniti masing - masing. Perbincangan telah berjalan selama 3 jam yang bermula dari jam 9.00 malam sehingga 12.00 tengahmalam. Wakil dari KPU Taiping yang telah hadir ialah PJ Mohd Yusfee Yusof dan PJ Mohd Affendy Ismail.

Dalam perbincangan tersebut, sepakatan telah diambil untuk membawa masuk CawanganTaiping dan Cawangan Parit Buntar, Perak ke dalam Pengurusan Zon Utara. Ini adalah satu perkembangan yang baik di mana selama ini, pelanggan - pelanggan di Taiping dan Parit Buntar sentiasa merungut mengenai ketiadaan stok.

Pengerusi KPU iaitu PJS Azizan Ahmad juga telah memperkenalkan sistem baru untuk mempercepatkan ahli - ahli HPA mendapat bonus dan pangkat PLX 20% dengan cepat melalui Program Pengguna Setia Cemerlang (PSC). Ia bukanlah menggantikan PBC, tetapi sebagai penguat melalui PBC yang sedia ada.

Friday, February 26, 2010

KELAS MINGGUAN TAIPING (22.2.2010)

Kelas Mingguan HPA Cawangan Taiping kali ini menampilkan 2 orang penceramah yang tidak asing lagi bagi ahli - ahli HPA di kawasan Taiping ini. Mereka adalah PJS Noormah Bt. Zainol (isteri kepada PJS Mohd. Nadzri Ahmad) dan PJS Asnah Bt. P.K. Mustafa (Penyelaras, urusetia dan penceramah PBC Taiping setiap bulan). Mereka hadir dengan seorang pemimpin dari Sungai Petani.

Majlis telah dipengerusikan daripada pemimpin baru dari GEN 7 iaitu Shamsuddin Bin Kiyoh. PJE Irwan Azahari Tahir telah menyampaikan pengenalan dan perkembangan terkini HPA. Selepas itu, PJS Asnah menyampaikan produk pilihan dan PJS Noormah menyampaikan perawatan.

Selepas Kelas Mingguan, semua hadirin telah dijemput menikmati jamuan yang telah dibawa oleh PJS Asnah, PJS Noormah dan PJ Hindun iaitu tapai, ketupat dan kuah kari dicicah dengan roti.


Tuesday, February 23, 2010

KELAS MINGGUAN KUALA KANGSAR (21.2.2010)

21 Februari 2010 (Ahad) - PJS Mohd. Zamri Bin Bakar bersama isterinya PJS Siham Bt. Hashim telah hadir ke Kelas Mingguan Kuala Kangsar pada kali ini. Walaupun mereka berdua baru saja selesai dengan PBC Taiping pada petang itu, namun mereka tetap hadir untuk menjayakan Kelas Mingguan Kuala Kangsar.

Di samping itu juga pelapis baru yang terdiri dari GEN 7 turut sama hadir ke Kelas Mingguan Kuala Kangsar. Di antaranya ialah Ustaz Ahmad Firdaus Bin Mohamad Ali dan juga Abdul Munir Bin Ishak.

PJS Ustaz Zamri telah memberi ceramah Pengenalan Syarikat, Kelebihan HPA dan Produk Halal.

PJS Ustaz Zamri sedang menyampaikan ceramah

Saudara Munir sebagai Pengerusi Majlis

Di antara hadirin yang hadir


Sunday, February 21, 2010

DAFTAR SEGERA KE BENGKEL LANJUTAN REFLEKSOLOGI

Modul : ANATOMI, REFLEKSOLOGI KAKI & TANGGAN
Tarikh :
28 Februari 2010
Yuran : RM 50.00 (makan tengahari disediakan)
Pendaftaran : Di Pusat Agensi Kuala Kangsar
Lokasi : DEWAN KULIAH PUSAT AGENSI KUALA KANGSAR, 74c JALAN DATO’ SAGOR, 33000 KUALA KANGSAR
Masa :
8.30 pagi – 5.00 ptg
Sila hubungi :
05 - 7765960 / 012 - 5517029 (PJ Sazali)


PBC TAIPING 20 & 21 FEBRUARI 2010 BERJAYA


Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) Taiping yang telah berlangsung pada 20 dan 21 Februari 2010 telah berjaya dilaksanakan. Kursus PBC yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Taiping telah berjaya menghimpunkan seramai 30 orang peserta dari serata tempat.

Menurut Pengarah PBC Taiping pada kali ini iaitu PJE Mohd. Irwan Azahari Bin Tahir, walaupun yang berdaftar di HPA Cawangan Taiping asalnya hanya 4 orang sahaja dan ini telah melemahkan semangatnya, tetapi dengan tidak disangka, daripada sejumlah 4 orang yang berdaftar, terus melonjak ke 30 orang pada hari pertama Kursus PBC. Menurut beliau lagi, ini adalah hasil daripada pertolongan dan bantuan yang telah diberikan oleh semua pemimpin - pemimpin KPU Taiping yang tidak jemu - jemu dan telah berusaha bersungguh - sungguh untuk mencari prospek - prospek untuk di bawa ke Kursus PBC.

Alhamdulillah, PBC Taiping kali ini telah berakhir dengan jayanya dengan bantuan daripada pemimpin - pemimpin dari KPU seperti PJS Pn. Noormah Zainol, PJS Pn. Asnah Mustafa dan PJ Roslina. PBC kali ini juga lebih meriah dengan kehadiran pemimpin - pemimpin baru dari GEN 7 yang telah mewarnai PBC Taiping kali ini.

Di antara penceramah - penceramah yang hadir adalah PJS Mohd. Nadzri Ahmad (Pengenalan Syarikat), PJS Ismail Othman (Plan Pemasaran), PJS Sabri Ahmad (6M), PJS Saliza Zainol (Halal Haram), PJS Noormah Zainol (Diagnos Saraf Tapak Tangan), PJS Mohd. Zamri Bakar (Produk Pilihan), PJ Harryzan Yaakub (Malam Bintang - Bintang) dan PJS Siham Hashim (Bersama Pemimpin).

Kumpulan Pembentang Terbaik ialah Kumpulan Paramaria Plus. Manakala Pembentang Terbaik Lelaki pula ialah Saudara Norzie Bin Abdul Aziz, daripada Ipoh dan Pembentang Terbaik Perempuan pula ialah Saudari Latipah Bt. Ishak dari Batu Kurau, Perak.

Kursus PBC Taiping diakhiri dengan penggambaran beramai - ramai peserta bersama pemimpin.


Friday, February 19, 2010

KELAS MINGGUAN TAIPING PERTAMA KALI MENGGUNAKAN P.A. SISTEM BARU

15 Februari 2010 (Isnin) - Kelas Mingguan HPA Taiping kali ini mempunyai sesuatu yang baru dan mencatat sejarah apabila pertama kali mengggunakan P.A. Sistem yang baru diperolehi oleh HPA Cawangan Taiping. Saat dan ketika ini adalah telah ditunggu - tunggu oleh ahli - ahli HPA di kawasan Taiping ini selama 5 tahun lamanya semenjak tahun 2005 lagi untuk mendapatkan P.A. Sistem. Alhamdulillah, pada kali ini, para penceramah tidah lagi perlu menjerit dengan suara yang kuat untuk berceramah dan untuk pertama kalinya P.A. Sistem ini telah dirasmi oleh PJ Mohd. Yusfee Yusof sebagai Pengerusi Majlis pada Kelas Mingguan kali ini.

Penceramah yang hadir pada kali ini adalah PJS Ustaz Mohd. Ali Bin Ismail bersama isteri beliau, PJ Zafirah Bt. Abdullah dari Kulim, Kedah. PJS Ustaz Mohd. Ali telah menyampaikan ceramah beliau berkaitan dengan motivasi, pengenalan syarikat dan produk halal dan haram.

Selepas ceramah dari PJS Ustaz Mohd. Ali, pengerusi telah menjemput PJE Mohd. Irwan Azahari Tahir untuk menerangkan mengenai perbezaan antara Kopi Radix sebenar dan Kopi Radix palsu yang telah diperolehi daripada kedai - kedai runcit bangsa asing dan dipercayai telah ditiru oleh orang bangsa asing.

P.A. SISTEM DAN SPEAKER BOX BARU JENAMA BGM

PJS USTAZ MOHD. ALI SEDANG MENYAMPAIKAN CERAMAH

PARA HADIRIN SEDANG MENDENGAR CERAMAH

PJE MOHD. IRWAN SEDANG MENERANGKAN PERBEZAAN KOPI RADIX SEBENAR DAN KOPI RADIX PALSU


KELAS MINGGUAN KUALA KANGSAR (14.2.2010)

KELAS MINGGUAN KUALA KANGSAR PADA KALI INI TELAH DIHADIRI OLEH SEPASANG SUAMI ISTERI DAN PEMIMPIN YANG HEBAT IAITU PJS MOHD. NADZRI BIN HJ. AHMAD YANG TELAH MENYAMPAIKAN CERAMAH MOTIVASI DAN PJS NOORMAH BT. ZAINOL YANG TELAH MENYAMPAIKAN CERAMAH PRODUK PENAPIS AIR DEW.

Sunday, February 14, 2010

PERHIMPUNAN DAN PERJUMPAAN GEN 1 - 7 KPU NEGERI PERAK BERJAYA


14 Februari 2010 (Ahad) - Satu perjumpaan dan pertemuan seluruh GEN 1 hingga GEN 7 KPU Negeri Perak telah diadakan pada satu kursus bertempat di Hotel Seri Malaysia Ipoh. Kursus GEN anjuran KPU ini telah berjaya menghimpunkan seramai 100 orang GEN seluruh Perak.

Program sepanjang separuh hari tersebut telah bermula dengan taklimat dan pembentangan Modul `Peranan Pemimpin dan Langkah Kejayaan' yang telah disampaikan oleh PJS Mohd Zahir Bin Ghazali. Seterusnya para peserta berpeluang bersama PJS Mohd Aseri Bin Hanapiah yang telah membentangkan modul `Mendasari Pelan Pemasaran HPA'.

Pada sesi petang pula para pemimpin dilihat amat teruja dengan penyampaian ceramah `Ke Arah Melahirkan Pemimpin MLM HPA Yang Berwibawa' yang telah disampaikan oleh Pengurus Besar Al Wahida Marketing, En Mohd Faisol Bin Abd Rahman. Seterusnya pada penghujung program, para pemimpin yang hadir tidak kering gusi dengan pembentangan yang cukup menarik yang disampaikan oleh PJS Sabri Bin Ahmad yang membicarakan tajuk `Ushawan Herbalis Cemerlang'.

KPU turut mensasarkan kelahiran seramai mungkin PJS baru yang akan menjadi tonggak utama untuk terus membangunkan HPA di negeri Perak dengan program-program kepimpinan yang diadakan secara bersiri ini.




Saturday, February 13, 2010

HPA CAWANGAN TAIPING SUDAH MEMPUNYAI P.A. SYSTEM


11 Februari 2010 (Khamis) - HPA Cawangan Taiping kini telah pun mempunyai `P.A. System' nya sendiri setelah sekian lama ditunggu oleh ahli - ahli HPA di kawasan Taiping. Semenjak HPA Cawangan Taiping dibuka dari tahun 2005 sehingga kini, barulah HPA Cawangan Taiping mendapat `P.A. System' untuk kemudahan penceramah menyampaikan ceramah dan juga aktiviti - aktiviti yang diadakan di Dewan Al Wahida ini.

`P.A. System' yang baru ini akan dirasmikan pada Kelas Mingguan yang akan datang pada 15 Februari ini. Datanglah beramai - ramai ke Kelas Mingguan HPA Cawangan Taiping yang diadakan di Dewan Al Wahida setiap hari Isnin malam bermula jam 9.00 malam.

KELIHATAN WAJAH CERIA STAF - STAF HPA CAWANGAN TAIPING MEMASANG `P.A. SYSTEM' DAN `SPEAKER BOX' BARU.

Thursday, February 11, 2010

KELAS MINGGUAN TAIPING (8.2.2010)

Pada kali ini Kelas Mingguan Taiping telah dihadiri oleh sepasang suami isteri dan pemimpin dari Komuniti Kulim, Kedah. Mereka adalah PJ Hasbullah Bin Yunus dan PJ Normala Bt Ghazali.

Majlis telah dipengerusikan oleh PJ Mohd. Affendy Bin Ismail. Ceramah pertama telah disampaikan oleh PJ Hasbullah mengenai Pengenalan HPA dan motivasi. Selepas itu, PJ Normala pula menyampaikan ceramah dan membuat demo produk jus mangga dan syampu HPA.

Pada akhir program, 3 orang peserta telah mendapat cabutan bertuah berupa produk cecair pencuci organik.


Tuesday, February 9, 2010

PERASMIAN KILANG BOTOL HPA

Kilang Botol HPA telah dirasmikan pembukaannya oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 4 Februari 2010 yang lalu. Kilang ini terletak bersebelahan Kilang Cola Radix HPA. Dengan adanya kilang botol sendiri, banyak kos dapat dijimatkan dan ia akan membantu mengurangkan harga produk HPA yang berbentuk botol.

lancar011

lancar019

rasmi003

lancar021

lancar042

Sumber : http://duniaherbahpa.com/

Monday, February 8, 2010

KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH - SUNGAI DALAM LAUT



KISAH AIR MASIN DAN AIR TAWAR

"Dan Dialah yang membiarkan dua laut mengalir (berdampingan) ; yang ini tawar lagi segar dan yang lain masin lagi pahit; dan Dia jadikan antara keduanya dinding dan batas yang menghalangi." (Q.S Al Furqan:53)

Jika Anda termasuk orang yang gemar menonton rancangan TV
`Discovery' pasti kenal Mr.Jacques Yves Costeau, ia seorang ahli oceanografer dan ahli selam terkemuka dari Perancis. Orang tua yang berambut putih ini sepanjang hidupnya menyelam ke perbagai dasar samudera di seantero dunia dan membuat filem dokumentari tentang keindahan alam dasar laut untuk ditonton di seluruh dunia.

Pada suatu hari ketika sedang melakukan eksplorasi di bawah laut, tiba-tiba ia menemui beberapa kumpulan mata air tawar-segar yang sangat sedap rasanya kerana tidak bercampur/tidak melebur dengan air laut yang masin di sekelilingnya, seolah-olah ada dinding atau membran yang membatasi keduanya.

Fenomena ganjil itu memeningkan Mr. Costeau dan mendorongnya untuk mencari penyebab terpisahnya air tawar dari air masin di tengah-tengah lautan. Ia mulai berfikir, jangan-jangan itu hanya halusinansi atau khalayan sewaktu menyelam. Waktu pun terus berlalu setelah kejadian tersebut, namun ia tak kunjung mendapatkan jawapan yang memuaskan tentang fenomena ganjil tersebut.

Sampai pada suatu hari ia bertemu dengan seorang profesor muslim, kemudian ia pun menceritakan fenomena ganjil itu. Profesor itu teringat pada ayat Al Quran tentang bertemunya dua lautan ( surat Ar-Rahman ayat 19-20) yang sering diidentikkan dengan Terusan Suez . Ayat itu berbunyi "Marajal bahraini yaltaqiyaan, bainahumaa barzakhun laa yabghiyaan.. ."Artinya: "Dia biarkan dua lautan bertemu, di antara keduanya ada batas yang tidak boleh ditembus." Kemudian dibacakan surat Al Furqan ayat 53 di atas.

Selain itu, dalam beberapa kitab tafsir, ayat tentang bertemunya dua lautan tapi tak bercampur airnya diertikan sebagai lokasi muara sungai, di mana terjadi pertemuan antara air tawar dari sungai dan air masin dari laut. Namun tafsir itu tidak menjelaskan ayat berikutnya dari surat Ar-Rahman ayat 22 yang berbunyi "Yakhruju minhuma lu'lu`u wal marjaan" ertinya "Keluar dari keduanya mutiara dan marjan." Padahal di muara sungai tidak
ditemukan mutiara.


Terpesonalah Mr. Costeau mendengar ayat-ayat Al Qur'an itu, melebihi kekagumannya melihat keajaiban pemandangan yang pernah dilihatnya di lautan yang dalam. Al Qur'an ini mustahil disusun oleh Muhammad yang hidup di abad ke tujuh, suatu zaman saat belum ada peralatan selam yang canggih untuk mencapai lokasi yang jauh terpencil di kedalaman samudera. Benar-benar suatu mukjizat, berita tentang fenomena ganjil 14 abad yang silam
akhirnya terbukti pada abad 20. Mr. Costeau pun berkata bahawa Al Qur'an memang sesungguhnya kitab suci yang berisi firman Allah, yang seluruh kandungannya mutlak benar. Dengan seketika dia pun memeluk Islam.

Allahu Akbar...! Mr. Costeau mendapat hidayah melalui fenomena teknologi kelautan. Maha Benar Allah yang Maha Agung. Shadaqallahu Al `Azhim.Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya hati manusia akan berkarat sebagaimana besi yang dikaratkan oleh air." Bila seorang bertanya, "Apakah caranya untuk menjadikan hati-hati ini bersih kembali?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Selalulah ingat mati dan membaca Al Quran."

Jika anda seorang penyelam, maka anda harus mengunjungi Cenote Angelita , Mexico . Disana ada sebuah gua. Jika anda menyelam sampai kedalaman 30 meter, airnya air segar (tawar), namun jika anda menyelam sampai kedalaman lebih dari 60 meter, airnya menjadi air asin, lalu anda dapat melihat sebuah "sungai" di dasarnya, lengkap dengan pohon dan daun daunan.


Setengah pengkaji mengatakan, itu bukanlah sungai biasa, itu adalah lapisan hidrogen sulfida, nampak seperti sungai... luar biasa bukan? Lihatlah betapa hebatnya ciptaan Allah SWT.

SUMBER BLOG : http://khadijahismail.blogspot.com

Sunday, February 7, 2010

KELAS MINGGUAN KUALA KANGSAR (7.2.2010)

7 Februari 2010 (Ahad) - Kelas Mingguan Kuala Kangsar berjalan dengan lancar dan telah dipengerusikan oleh seorang pemimpin muka baru dari GEN7 iaitu En. Abdul Munir Bin Ishak
Sementara itu 2 pengceramah baru dan lama telah bergabung tenaga untuk menjayakan Kelas Mingguan tersebut. Penceramah ialah ialah PJI Haridah Khanun yang telah menyampaikan ceramah Insentif Ta`awun 2010 dan produk Habbatus Sauda` dan juga Ustaz Ahmad Firdaus Bin Mohamad Ali telah menyampaikan ceramah Halal Dan Haram.
Pada masa yang sama juga PJE IMILLIA mengadakan perawatan saraf tapak tangan semasa dan juga selepas Kelas Mingguan di jalankan.

PEMIMPIN BARU DARI GEN 7, EN. ABDUL MUNIR MEMPENGERUSIKAN MAJLIS

USTAZ AHMAD FIRDAUS MENYAMPAIKAN CERAMAH MOTIVASI KEPADA HADIRIN

PJI HARIDAH KHANUN MENYAMPAIKAN INSENTIF TA`AWUN HPA 2010

DAN PRODUK HABBATUS SAUDA`

PJE IMILLIA MEMBUAT PERAWATAN SARAF TAPAK TANGAN


KPU MENGGEMPUR FELDA LASAH, SUNGAI SIPUT, PERAK

6 Februari 2010 (Sabtu) - beberapa orang anak muda yang juga pemimpin dari KPU telah mengadakan mini expo di Felda Lasah, Sg. Siput. Mereka adalah Ustaz Ahmad Firdaus Mohamed Ali, Abdul Munir dan juga PJ Sazali Salihuddin. Semasa program tersebut dijalankan, mereka telah di bantu oleh 3 orang pemimpin dari KPU yang berpengalaman iaitu PJI HARIDAH KHANUN, PJE AZIZAH HAMZAH dan juga PJE IMILLIA ABDUL MALEK.

Semasa program tersebut telah diadakan jualan produk, ceramah motivasi dan juga perawatan. Perawat yang hadir ialah hebalis PJE Imllia dan juga herbalis PJ Sazali.

TOK KETUA KAMPUNG FELDA TURUT SAMA MENJAYAKAN PROGRAM

PJI PUAN HARIDAH BERSAMA ANAKNYA PJE IMILLIA MEMBUAT DEMO PRODUK KEPADA PENGUNJUNG YANG HADIR

EN. MUNIR, DI ANTARA ORANG KUAT FELDA LASAH YANG TURUT SAMA MENJAYAKAN PROGRAM

DI ANTARA YANG HADIR KE PROGRAM TERSEBUT



USTAZ AHMAD FIRDAUS MOHAMED ALI YANG TELAH MENYAMPAIKAN CERAMAH HALAL, HARAM DAN SYUBHAH