Showing posts with label PENGALAMAN. Show all posts
Showing posts with label PENGALAMAN. Show all posts

Wednesday, December 30, 2009

PBC KELANA JAYA MENGGABUNGKAN KPU & KPA

Gabungan mantap Pemimpin dari KPU dan KPA menjadikan PBC di Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya benar-benar bermakna. PBC yang berlangsung pada 19 dan 21 Disember 2009 itu disempurnakan perasmiannya oleh Pengurus Besar Al - Wahida, Encik Mohd Faisol Bin Abdul Rahman.

Seramai 78 peserta telah hadir. Antara pemimpin yang hadir menyampaikan slot ialah PJS Mohd Nadzri Ahmad, PJS Noormah Zainol, PJS Ismail Othman, PJS Zanbli Abd Rashid, PJS Siti Habibah Yusof dan PJS Rosmandi Ishak. Pengarah PBC ialah PJS Syed Ageel Syed Mahayadin. Turut hadir membantu PBC tersebut ialah PJS Muzlina, PJ Nailulmuna, PJS Zainudin Abdul, PJ Rahmah Rahmat, PJ Ustaz Yusfee Yusof, PJ Ustaz Irwan dan PJ Shahril dari Sabah.

Turut membantu ialah PJ Ustaz Tarmizi dan beberapa pemimpin sekitar Subang dan Tanjung Malim. PBC pada kali ini disertai oleh pelbagai golongan. Kebanyakannya adalah kakitangan awam yang berkhidmat di UPSI dan pejabat-pejabat kerajaan sekitar Kuala Lumpur. Hadir sama beberapa pelajar dari Kolej Insaniah dan Universiti tempatan.


Tuesday, December 22, 2009

PEMIMPIN DARI KPPU MENGGEMPUR SAUJANA UTAMA, SG. BULOH, SELANGOR

Pada 13 Disember 2009 ( Jumaat ) malam, seramai 3 orang pemimpin dari Kelab Pemimpin Perak Utara ( KPPU ) iaitu PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd. Shahril Tahir dan PJ Mohd. Yusfee Yusof telah memulakan perjalanan ke Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor untuk menggempur Stokis Saujana Utama iaitu rangkaian PJ Mohd. Irwan Azahari.

Pada 14 Disember 2009 ( Sabtu ), satu program telah diadakan di Stokis HPA Saujana Utama yang dimiliki oleh En. Rahim Bin Sujak. Semasa program tersebut sedang berjalan, dengan tidak disangka - sangka, seorang penyanyi nasyid terkenal yang juga kawan baik kepada Allahyarham Ustaz Asri, telah hadir pada program tersebut. Beliau adalah Ustaz Amaluddin Bin Mohd. Napiah. Beliau adalah seorang artis nasyid solo, penulis lirik dan komposer, penerbit album, pengarang, penulis dan juga penceramah motivasi rohaniah. Beliau juga adalah Pengarah Urusan Jom Amal Ent., Ahli Lembaga Pengarah Muazzin Production Sdn. Bhd. dan Pengerusi KAFA Raudhatul Amal.

Beliau telah datang bersama - sama dengan ahli keluarga beliau untuk mendapatkan rawatan saraf tapak tangan daripada PJ Mohd. Shahril. Kami amat berbangga dapat bertemu dengan Ustaz Amaluddin yang menjadi idola dalam industri nasyid tanahair.

STOKIS HPA SAUJANA UTAMA, SUNGAI BULOH, SELANGOR

PJ USTAZ IRWAN SEDANG MENYAMPAIKAN CERAMAH

PJ SHAHRIL SEDANG MERAWAT USTAZ AMAL

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA USTAZ AMAL DAN KELUARGA

PJ SHAHRIL DAN PJ IRWAN PEMINAT USTAZ AMAL

BERSAMA STOKIS SAUJANA UTAMA, EN. RAHIM SUJAK DAN ISTERI

Thursday, June 18, 2009

ZIARAH KE RUMAH PJS CIKGU NADZRI SETELAH PULANG DARI UMRAH

Pada 20 Jun 2009, saya bersama keluarga telah pulang ke kampung halaman di Sungai Petani, Kedah. Sudah lama kami tidak pulang, maka di kesempatan ini, kami tidak melepaskan peluang menikmati makanan di RADIX ORIGINAL RECEPIE ( ROR ) dan juga di RADIX ORIENTAL CUISINE ( ROC ). Makanannya sungguh sedap sekali. Pada malam itu, kami juga telah berkesempatan menziarahi rumah PJS Hj. Mohd. Nadzri Bin Hj. Ahmad yang terletak di Kg. Pegawai, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.

Mujurlah PJS Cikgu Nadzri dan isteri beliau, PJS Pn. Noormah Zainol tidak ke mana - mana pada malam itu. Maklumlah, bukan senang nak berjumpa dengan mereka yang terlalu sibuk dengan program - program HPA. Mungkin juga PJS Cikgu Nadzri dan PJS Pn. Noormah baru pulang dari Mekah, maka tidak ada program yang hendak dihadiri. Walaupun begitu, esok pagi dah nak bertolak ke Kelantan pula kerana ingin menghantar anak belajar di sana. Tapi, mereka tetap menerima kunjungan kami dengan hati yang gembira dan menjamu kami dengan ole - ole dari Mekah terutamanya yang paling `special' iaitu AIR ZAM - ZAM yang sudah lama tidak ku minum. Kacang - kacang dan buah kurma juga amat banyak dihidangkan kepada kami. Syukur Alhamdulillah.

Banyak cerita yang diceritakan kepada kami oleh PJS Cikgu Nadzri dan PJS Pn. Noormah mengenai lawatan mereka ke Mekah dan Madinah. Sungguh terharu ku rasakan. Telah lama aku tidak ke Mekah setelah menunaikan haji pada tahun 2003 yang lalu bersama PJS Cikgu Nadzri, PJS Pn. Noormah, PJS Pn. Syarifah dan PJS Subri. Banyak perubahan telah berlaku pada masa ini di Mekah dan Madinah.

Sebelum kami beredar, sempat juga saya bergambar dengan `upline' saya ini untuk kenang - kenangan.

`BLOGGER' BERGAMBAR BERSAMA `UPLINE' BELIAU IAITU PJS CIKGU NADZRI & PJS PN NOORMAH

SEBAHAGIAN DARI KELUARGA BESAR PJS CIKGU NADZRI DAN PJS PN NOORMAH BERSAMA CUCU PERTAMA MEREKA, WAFA INSYIRAH BT HANIS HUQQAIMI

SALAH SATU SUDUT HIASAN DINDING DI RUMAH BELIAU

ALMARI YANG MENYIMPAN BARANG - BARANG HIASAN

ALMARI INI JUGA BANYAK MENYIMPAN KENANG - KENANGAN BELIAU SEMASA DI DALAM HPA

SUDUT PAMERAN AKAR - AKAR KAYU

REPLIKA KUNCI KERETA PROTON SAVVY YANG DIANUGERAHKAN KEPADA BELIAU SEMASA KONVEK HPA TAHUN 2007 YANG LALU