Monday, May 31, 2010

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (24.5.2010)

Kelas Mingguan Taiping (KMT) kali ini menampilkan pemimpin KPU dari utara iaitu PJS Rohani Bt Mohd Noor yang datang bersama suami dan anaknya telah menyampaikan ceramah Sinergi Herba. Manakala penceramah dari Taiping pula adalah PJE Mohd. Irwan Azahari Tahir yang menyampaikan 6M.

Sunday, May 23, 2010

PROGRAM PEMANTAPAN PBC BERSAMA PJS SABRI AHMAD KALI PERTAMA DI TAIPING

23 Mei 2010 (Ahad) - Program Pemantapan PBC kali pertama di Taiping anjuran Kelab Pemimpin Perak Utara (KPPU) telah diadakan di Dewan Al Wahida, HPA Cawangan Taiping. Penceramah yang telah menyampaikan slot pada program ini ialah PJS Sabri Bin Ahmad yang telah hadir bersama isteri beliau.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang ini telah menghimpunkan peserta seramai 30 orang. Jamuan ringan juga telah disediakan oleh pihak KPPU semasa waktu rehat pada jam 11.00 pagi.

Program Pemantapan PBC ini diadakan adalah bertujuan untuk menghidupkan semula para peserta yang telah menghadiri Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang telah lama menyepikan diri dan juga yang baru hadir ke PBC. Ini adalah kerana peserta yang telah keluar dari PBC masih tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk pengembangan jaringan.

PJS Sabri Ahmad telah memberi tunjuk ajar cara melakukan `homeparty' untuk meningkatkan jualan, mengembangkan jaringan dan peningkatan bonus. Latihan berucap di depan juga telah dilakukan pada program ini untuk melatih para peserta tidak malu berucap di depan semasa `homeparty'.

Tuesday, May 18, 2010

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (17.5.2010)

Kelas Mingguan HPA Taiping kali ini dihadiri oleh pemimpin dari Taiping iaitu PJ Sazali Bin Salihuddin yang telah menyampaikan ceramah perawatan herba dan PJ Mohd. Affendy Bin Ismail menyampaikan Pengenalan Syarikat.

KELAS MINGGUAN KUALA KANGSAR (16.5.2010)

16 Mei 2010 (Ahad) - Kelas Mingguan Kuala Kangsar kali ini telah dihadiri oleh PJS Aasim Bin Khalid yang menyampaikan ceramah bertajuk 6M.

Sunday, May 16, 2010

PBC TAIPING 15 & 16 MEI 2010 DI HOTEL SERI MALAYSIA TAIPING

15 & 16 Mei 2010 (Sabtu & Ahad) - PBC Taiping kali ini hanya dapat menghimpunkan seramai 20 orang peserta sahaja, namun perjuangan tetap diteruskan. Pengarah PBC pada kali ini ialah PJS Aasim Bin Khalid.

Para penceramah yang telah menjayakan PBC Taiping pada kali ini ialah PJS Mohd. Nadzri Bin Ahmad (Pengenalan Syarikat), PJS Zanbli Bin Abdul Rashid (6M), PJS Ismail Bin Othman (Plan Pemasaran), PJS Mohd. Zamri Bin Bakar (Halal Haram), PJS Zaidi Bin Abu Bakar (Produk Pilihan), PJS Noormah Bt. Zainol (Diagnos Saraf Tapak Tangan) dan PJS Siham Bin Hashim (Bersama Pemimpin).

Turut menjayakan PBC Taiping pada kali ini ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof (MC tetap), PJE Mohd. Irwan Azahari Tahir, PJ Sazali Salihuddin, PJ Hindun Abdul Aziz, PJ Mohd. Affendy Ismail (MC slot), PJS Asnah Mustafa (Urusetia), PJ Che Roslina Jaffar (Urusetia), PJ Zalilah (Surat Wasiat), G Abdul Rashid Abdullah (MC slot), G Shamsuddin Kiyoh (MC Pembentangan) , G Muhd. Fitri Harun (MC slot), G Jamsari Mahmood (MC slot), G Ahmad Firdaus Mohamad Ali (Qiamullail & Kuliah Subuh), G Fauzi Hashim, G Mustapa Zabidi, G Sabah Melini Abu Bakar, G Noriah Abu Bakar, G Rokiah Mohd. Amin, dan ramai lagi.

Thursday, May 13, 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ) TAIPING KALI PERTAMA

13 Mei 2010 (Khamis) - Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) kali pertama di Taiping telah diadakan di Hotel Flamington, Taman Tasek, Taiping. KPJ di Taiping ini adalah anjuran Pusat Operasi Zon Tengah yang diuruskan oleh Pegawai Operasi iaitu En. Hasnul. Seramai 50 orang peserta telah hadir seawal jam 8.30 malam dan program bermula pada jam 9.30 yang telah dipengerusikan oleh PJ Mohd. Yusfee Bin Mohamed Yusof.

Sebelum ceramah dimulakan, Pengerusi Majlis telah menjemput 2 orang untuk menyampaikan testimoni kepada para hadirin iaitu En. Sulaiman Al-Hakim Bin Arshad yang menceritakan pengalama beliau dengan penyakit darah tinggi dan Herbalis En. Shamsuddin Bin Kiyoh menceritakan pengalaman beliau.

Penceramah untuk KPJ Taiping ini telah dijemput PJS/PJM Murad Bin Abu Bakar yang datang dari Kuala Lumpur. Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk SINERGI dan yang berkaitan dengan perawatan herba. Banyak ilmu herba dan perawatan yang telah disampaikan oleh Cikgu Murad dan cara penyampaian Cikgu Murad yang bersahaja dan sekali - sekala bergurau telah menarik minat para hadirin dan tidak puas rasanya hanya 1 1/2 jam sahaja ceramah beliau.

Program KPJ kali ini telah tamat pada jam 11.00 malam dan memandangkan KPJ kali pertama ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan, berkemungkinan akan diadakan setiap bulan di Taiping bumi bertuah ini.

Wednesday, May 12, 2010

DATANGLAH BERAMAI - RAMAI KE KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ) KALI PERTAMA DI TAIPING

KELAS MINGGUAN KUALA KANGSAR (9.5.2010)

9 Mei 2010 (Ahad) - Kelas Mingguan Kuala Kangsar kali ini dihadiri oleh 2 orang penceramah suami isteri yang hebat iaitu PJS Maznah Derani bersama suami beliau PJS Jumali Salan.

PJS JUMALI SALAN memberi motivasi kepada para hadiran

PJS MAZNAH DERANI berkongsi pengalaman mengenai produk HPA iaitu minyak zaiton

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING DAN PERJUMPAAN GEN KOMUNITI TAIPING & KUALA KANGSAR

10 Mei 2010 (Isnin) - Kelas Mingguan HPA Taiping kali ini dihadiri oleh Pengerusi Komuniti Taiping iaitu PJS Mohd. Nadzri Ahmad bersama isteri beliau PJS Noormah Zainol. Pengerusi majlis ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof.

PJS Noormah telah menyampaikan produk terbaru untuk iaitu MOMENT yang banyak khasiatnya terutamanya untuk kaum wanita yang banyak tekanan dan masalah. Semuanya akan dapat diselesaikan dengan produk MOMENT ini. Manakala PJS Mohd. Nadzri pula menyampaikan ceramah motivasi.

Selepas tamatnya kelas mingguan, satu perjumpaan semua GEN bersama PJS Mohd. Nadzri dan PJS Noormah membincangkan beberapa perkara mengenai PBC, PSC dan Program Pemantapan yang akan diadakan pada 23 Mei nanti.

Penggambaran beramai - ramai juga diadakan sebelum mesyuarat bermula.

Thursday, May 6, 2010

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (3.5.2010)

Pemimpin bertugas pada Kelas Mingguan HPA Taiping kali ini ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof yang menyampaikan Pengenalan Syarikat dan sedikit pengalaman beliau semasa menjadi stokis HPA pertama di Sabah sekitar tahun 1997 dan PJS Aasim Bin Khalid yang telah berkongsi pengalaman beliau sebelum menyertai HPA. Pengerusi majlis kali ini ialah Rashid Bin Abdullah.

Monday, May 3, 2010

STOKIS BARU DI STESYEN BAS KAMUNTING

Bermula `entry' kali ini, blog Kelab Pemimpin Perak Utara (KPPU) akan mempromosikan stokis - stokis yang baru diwujudkan di sekitar Perak Utara. Bagi sesiapa yang ingin mempromosikan stokis - stokis mereka, bolehlah berhubung dengan Pengerusi Kelab Komuniti Taiping merangkap Pengerusi Kelab Pemimpin Perak Utara (KPPU) iaitu PJ Mohd. Yusfee Bin Mohamed Yusof di talian 019 4410611. Stokis yang lama juga boleh untuk dipromosikan ke dalam blog ini.

Stokis baru kali ini adalah dimiliki oleh Pn. Zurihani Bt. Zamri yang baru menjadi ahli pada 28 Julai 2009 yang lalu dan telah menjadi stokis pada 16 April 2010. Selepas 2 minggu menjadi stokis, beliau telah menyewa sebuah kedai yang terletak di No. 8, Tingkat Atas, Terminal Ekspress Kamunting, 34600 Kamunting, Perak dengan nama syarikat beliau RADIX SD CENTRE. Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan produk - produk HPA di sekitar itu bolehlah menghubungi Pn. Zurihani di talian 019 2665412. Boleh juga melalui email - emmy_ac@yahoo.com.

Beliau juga telah menyertai gerai jualan Karnival Halalan Toyyiba pada 28 hingga 30 April 2010 yang lalu anjuran Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Taiping.

Sunday, May 2, 2010

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (26.4.2010)

Kelas Mingguan HPA Taiping kali ini dihadiiri oleh PJS Asnah Bt. P.K. Mustafa bersama suami beliau dan PJE Adlina Bt. Adnan, pemimpin daripada Sungai Petani, Kedah. PJS Asnah telah menyampaikan Pengenalan Syarikat dan Produk Curcimin.

KURSUS DIAGNOS PENYAKIT MELALUI SARAF TAPAK TANGAN KPPU SATU PERMULAAN

25 April 2010 (Ahad) - Kelab Pemimpin Perak Utara (KPPU) telah berjaya menganjurkan Kursus Diagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan yang telah diadakan di Dewan Al Wahida, HPA Cawangan Taiping. Kursus tersebut telah disampaikan oleh 2 orang herbalis yang lahir dari Taiping sendiri iaitu Shamsuddin Bin Kiyoh dan PJE Imillia Bt. Abdul Malek. Mereka berdua bergabung menyampaikan ceramah teknik - teknik dan ilmu - ilmu dalam perawatan mendiagnos penyakit melalui saraf tapak tangan.

Kursus yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari itu telah dihadiri oleh seramai 10 orang peserta. Walaupun hanya 10 orang sahaja yang hadir, namun kursus yang dijalankan oleh KPPU ini adalah satu permulaan dan juga perintis untuk kursus - kursus yang seterusnya yang akan diadakan setiap bulan.