Friday, April 23, 2010

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (19.4.2010)

Kelas Mingguan HPA Taiping kali ini dihadiri oleh 2 orang pemimpin dari Taiping sendiri iaitu PJ Mohd. Affendy Bin Ismail menyampaikan Pengenalan Syarikat dan PJ Mohd. Yusfee Bin Mohamed Yusof menyampaikan Program Pengguna Setia Cemerlang (PSC) yang akan diadakan pertama kalinya di Dewan Umar Mokhtar, RFC Sungai Petani pada 1 Mei 2010 ini. Untuk mendaftar PSC bolehlah memberi nama kepada Pengerusi Kelab Komuniti iaitu PJ Mohd. Yusfee Yusof sebelum 24 April 2010 ini. Pengerusi majlis pada kali ini ialah Saudara Shamsuddin Bin Kiyoh, seorang Herbalis kelahiran Taiping.

Thursday, April 22, 2010

MELAKA HALAL HUB

Melaka Halal Hub (MHH) merupakan satu kawasan Perindustrian yang pertama di buat secara berkelompok. Keluasan Kawasan Melaka Halal Hub (MHH) dianggarkan seluas 12.77 ekar dengan kos pembinaan bernilai RM 12 Juta dan terletak di Kawasan Perindustrian Serkam, Jasin, Melaka iaitu 2.3 Km daripada Lebuhraya Melaka – Muar (AMJ). Pelbagai produk - produk Halal yang dihasilkan oleh usahawan - usahawan tempatan untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa, antaranya makanan sejuk beku, Santan, Air mineral, roti canai, kuih - muih tempatan. Komponen Melaka Halal Hub (MHH) ini terdiri daripada 2 buah komponen iaitu komponen A : Sebuah Bangunan Anchor (Kompleks Kilang GMP 2 Tingkat), 13 unit Bangunan kilang Teres 1 1/2 Tingkat, dan Komponen B : 10 Unit Kedai Teres dan 34 unit Kilang Kembar.

PERASMIAN HPA HALAL MART JEJAWI 2

PERASMIAN HALAL MART HPA DI JEJAWI, PERLIS DAN LANGGAR, KEDAH

HPA melebarkan sayapnya di Zon Utara dengan pembukaan Halal Mart di dua lokasi yang berbeza iaitu Jejawi (berhadapan JPJ), Perlis manakala satu lagi di Langgar, Kedah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad pada 15 April 2010 ( khamis ) Jejawi, manakala Langgar pada 16 April 2010 (Jumaat). Bermula jam 8.00 malam Bacaan Surah Yassin dan Solat Isyak Berjamaah. Seterusnya majlis perasmian ucapan oleh wakil zon, wakil kpu , dan ucapan perasmian oleh PU 1 HPA.

KURSUS DIAGNOS PENYAKIT MELALUI SARAF TAPAK TANGAN


Tuesday, April 20, 2010

DINNER WITH RAIHAN @ ROC

Makan Malam HPA Raihan diadakan pada 30hb April. Tiket masuk untuk orang dewasa hanya RM150 dan kanak-kanak RM100 sahaja, diskaun 10% untuk yang menempah meja. sila hubungi Shah (0142489218) untuk tempahan dan maklumat lanjut, tempahan hanya dapat dibuat sehingga 27hb April sahaja..cepat, terhad untuk 100 orang sahaja.

INFO KOPI RADIX PALSU DARI GM

Kejadian ini kembali berulang dan dilakukan oleh sendikit “TAUKEH” yang sememangnya terkenal dengan istilah “KALAU TIDAK PENIPU MAKA ITU BUKAN TAUKEH”. Sah mereka ini sering kali memberi ancaman kepada kita khususnya umat Islam yang ingin mensukseskan perniagaan HALAL & TOYIBAN. Tektik mereka sungguh licik dan amat susah di kesan. Diantaranya adalah seperti berikut;

i) Berpura menjadi ahli yang kononnya ingin memasarkan Kopi Radix Asli, namun diselit dengan Kopi Radix Palsu.

ii) Menggunakan nama keahlian Melayu sebagai penyamaran dan melakukan akibiti haram ini. Malangnya ada yang sanggup mengadaikan maruah kepada Taukeh ini untuk sedikit habuan yang mereka tidak sedar akan menghancurkan perniagaan Umat Islam. Hal ini di kesan berlaku di Perlis, Seberang Perai, Kulim, Kelantan, Perak Utara dan Selangor.

iii) Memasarkan Kopi Palsu dan dijual di bawah harga ke sebahagian besar kedai Borong dan Pasaraya.

Justeru itu pihak HPA dengan resminya mengistiharkan demi keselamatan pengguna, maka semua KOPI RADIX yang berada di PASARAYA dan PEMBORONG adalah tidak sah dan PALSU. Pihak HQ dengan ini akan tidak akan membenarkan lagi penjualan KOPI RADIX ke mana-mana pasaraya dan kedai BORONG bagi mengelakan kecelaruan pengguna terhadap penggunaan KOPI RADIX.

Pihak HQ akan menamatkan serta merta tanpa rayuan mulai sekarang kepada mana-mana pengedar yang didapati melakukan salah guna menjual secara salah laku hingga mengganggu pasaran KOPI RADIX masakini. Pihak HQ juga akan mengambil tindakan kepada pengedar yang didapati melakukan unsur lawan harga kepada pekedai dan peruncit sehingga mengganggu gugat keharmonian pasaran ini.

Kepada pembaca blog ini sila sebarkan segera kepada blog-blog yang lain.

Monday, April 19, 2010

KELAS MINGGUAN KUALA KANGSAR (18.4.2010)

Kelas Mingguan Kuala Kangsar kali ini dihadiri oleh Pemimpin KPU dari Sungai Petani, Kedah iaitu PJS Asnah Bt. P.K. Mustafa yang telah menyampaikan ceramah bertajuk Produk D'Campuca dan Program Pengguna Setia Cemerlang (PSC). PJS Asnah yang telah berkampung selama 2 hari 1 malam di Hotel Seri Malaysia Taiping, baru sahaja selesai PBC Taiping pada petang itu.

Turut hadir bersama - sama beliau ialah PJS Mohd. Nadzri Ahmad, PJS Noormah Zainol, PJ Che Roslina Jaffar, dan juga pemimpin - pemimpin dari Taiping seperti PJ Mohd. Yusfee Yusof, PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir dan PJ Mohd. Affendy Ismail. Pengerusi Majlis pada malam itu ialah Mohd. Fitri Bin Harun.

Saturday, April 17, 2010

PBC TAIPING 17 & 18 APRIL 2010

PBC Taiping pada kali ini telah dapat menghimpunkan seramai 32 orang peserta yang bertempat di Hotel Seri Malaysia Taiping. Pengarah PBC Taiping pada kali ialah PJ Sazali Bin Salihuddin, pemimpin dari Kuala Kangsar, Perak.

Penceramah - penceramah yang hadir ialah PJS Mohd. Nadzri Bin Ahmad (Pengenalan Syarikat dan Produk Pilihan), PJS Syed Ageel Bin Syed Mahayadin (Plan Pemasaran), PJS Zainuddin Bin Abdul (6M), PJS Sabri Bin Ahmad (Halal Haram) dan Pn. Syarifah Bt. Sulaiman (Diagnos Saraf Tapak Tangan).

Pemimpin - pemimpin yang turut hadir dan membantu pada PBC Taiping kali ini ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof (Pengerusi Majlis), PJ Mohd. Affendy Ismail (Pengerusi Majlis), Muhd. Fitri Bin Harun (Pengerusi Majlis), PJI Haridah Khanun (Demo Produk), PJE Imillia Abdul Malek (Demo Produk), PJE Mohd. Irwan Azahari Tahir, PJS Aasim Khalid, PJ Hindun Abdul Aziz, Noriah Abu Bakar, Mohd. Fauzi Hashim, Mustapa Zabidi, Sabah Melini Abu Bakar, Rokiah Mohd. Amin, PJS Asnah Mustafa (Urusetia) dan Che Roslina Jaffar (Urusetia) dari Sungai Petani, Kedah.

Wednesday, April 14, 2010

HPA AUTO SERVICES KINI DI PERLIS

HPA Auto Service di Perlis kini telah mula beroperasi di alamat No 27, Jalan Pertiwi, Taman Pertiwi, Seriab, 01000 Kangar Perlis.

Mekanik 1: En.Kamal 017 592 5509
Mekanik 2 : Hasib 019 548 9073

PRODUK BARU - EXTRAGREEN, AREN SYRUP DAN MINUMAN HERBA HIRTA

.


Tuesday, April 13, 2010

PERJUMPAAN PJS & PENGERUSI KELAB KOMUNITI BINCANG PSC

12 April 2010 (Isnin) - Satu perjumpaan di antara PJS - PJS KPU bersama dengan Pengerusi Kelab Komuniti yang telah diadakan di HPA Cawangan Shahab Perdana, Alor Setar, Kedah. Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan dengan lebih terperinci mengenai Program Pengguna Setia Cemerlang (PSC) yang akan diadakan pertama kali di Dewan Umar Mukhtar, RFC Sungai Petani pada 1 Mei 2010.

Thursday, April 8, 2010

PENDAFTARAN PSC DIBUKA SEKARANG

Pendaftaran untuk Kursus Pengguna Setia Cemerlang (PSC) dibuka mulai sekarang dan tarikh tutupnya pada 24 APRIL 2010 (Sabtu). Mereka yang berminat hadir boleh daftarkan nama melalui PENGERUSI KOMUNITI masing-masing.

Tarikh PSC : 01 MEI 2010 (Sabtu)
Masa : 8 pagi hingga 5.30 petang
Tempat : Dewan Umar Mukhtar, RFC Legenda Height.
Yuran : RM20 (Minum pagi, Mkn Thari dan Petang serta Bahan)

SYARAT-SYARAT PSC
1. Mesti membuat belian 100NM dalam mana-mana 3 bulan (FEB,MAC atau APRIL).
2. Bukti INVOIS 100 NM perlu dibawa semasa pendaftaran.
3. Peserta berpangkat PB sahaja diterima.
4. Peserta ganti TIDAK DIBENARKAN.
5. Umur 18 tahun ke atas.
6. Hanya 200 peserta pertama mendaftar akan diterima.

Semua PENGERUSI KOMUNITI hendaklah menyerahkan senarai nama peserta pada atau sebelum 24 APRIL 2010 kepada Setiausaha Tribunal (PJS Ismail - 019-4752205).

Penceramah :
1. PJS Sharifah Sulaiman
2. PJS Azizan Ahmad.
3. PJS Mohd Nadzri Ahmad
4. PJS Mohd Aseri Hanapiah
5. PJS Jamaliah Omar
6. PJS Zaharah Mat Zain

Tuesday, April 6, 2010

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (5.4.2010)

Kelas Mingguan HPA Taiping kali ini didatangi oleh pemimpin 2 beranak dari Taiping yang tidak asing lagi iaitu PJI Haridah Khanun Bt Rehman Khan yang telah menyampaikan ceramah motivasi dan produk berasaskan kordial.

Selepas itu, bersama anaknya PJE Imillia Bt Abdul Malek, PJI Haridah melakukan demo kebaikan produk HPA berbanding dengan produk luar yang berada di pasaran masakini.

Pengerusi majlis yang bertugas pada malam tersebut adalah G7 Shamsuddin Bin Kiyoh yang baru sahaja tamat Kursus Herbalis ke - 18 di Sungai Petani dari 11 hingga 31 Mac 2010 yang lalu.

Selepas tamat Kelas Mingguan, telah diadakan perjumpaan KPPU untuk membincangkan mengenai perancangan yang telah dirancang dan PBC yang akan datang.

Monday, April 5, 2010

PBC TAIPING KALI INI GANDINGAN PENCERAMAH HEBAT

ALBUM BARU RAIHAN MUSAFIR PERJUANGAN LARIS DI PASARAN

Penjualan album pertama HPA RAIHAN Musafir Perjuangan, buah tangan terbaru kumpulan nasyid terkenal, Raihan mendapat sambutan cukup menggalakkan apabila setakat ini sudah mencecah 12,000 unit selepas dua minggu berada di pasaran di seluruh negara.

Ketua kumpulannya, Che Amran Idris, berkata album ke-10 daripada Raihan itu turut memuatkan lagu termasuk Nun Disana, Musafir, Tanpa Agama, Allah Is Coming dan God Is Light menerima sambutan baik daripada peminat tanah air.

“Lagu-lagu yang dimuatkan dalam album kami adalah lagu nasyid lama yang dirakamkan semula supaya peminat dapat mengenali dan mengingati konsep yang dibawa oleh Raihan.

“Sambutan yang diterima sejak pelancaran pada 17 Mac lalu memang menggalakkan dan kami amat bersyukur dengan penjualan album setakat ini,” katanya ketika mengadakan majlis ramah mesra bersama media di Kota Bharu, Kelantan, semalam.

Turut hadir tiga ahli Raihan yang lain, Abu Bakar Md yatim, 40, Amran Ibrahim, 38, dan Zulfadli Mustaza, 25. Mengenai sambutan peminat Raihan di Kelantan, Che Amran bersyukur apabila jualan bagi album berkenaan hampir mencecah 2,000 unit setakat ini, satu jumlah yang boleh dibanggakan. “Sambutan yang diberikan oleh peminat kami sepanjang promosi di Kelantan amat meyakinkan dan setakat ini, jualan album yang berjaya dikutip hampir 2,000 unit . “Dengan sambutan yang memberangsangkan ini, Insya Allah kami akan membuat cetakan kedua bagi memenuhi permintaan peminat di tanah air,” katanya. Selain itu, Che Amran berkata, pengedaran album itu dilakukan hasil gandingan Raihan bersama Syarikat HPA, Warner Music dan juga Wahyu Suci.

“InsyaAllah pada penghujung April ini, kami akan melancar serta mengedarkan album ini di pasaran Indonesia iaitu di Jakarta dan Semarang, manakala pada bulan Mei kami akan ke Perth, Australia. “Kami juga akan menghadiri Festival Muzik di London pada Jun ini, selain itu ke Melbourne dan Sydney pada bulan berikutnya, tujuan kami membawa album kami ini ke Indonesia adalah disebabkan pasarannya yang luas dan sambutan penduduk yang amat menggalakkan
sebelum ini,” katanya.




Sunday, April 4, 2010

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (29.3.2010)

Kelas Mingguan HPA Taiping pada kali ini dihadiri oleh pemimpin - pemimpin dari Taiping sendiri iaitu PJ Mohd. Yusfee Yusof yang menyampaikan Pengenalan Syarikat dan PBC, dan PJ Mohd. Affendy Ismail menyampaikan ceramah motivasi.

Pengerusi majlis kali ini ialah G6 Jamsari Bin Mahmood dari Kuala Kuala Kangsar.

Friday, April 2, 2010

KELAS MINGGUAN KUALA KANGSAR (28.3.2010)


Kelas Mingguan Kuala Kangsar pada kali ini telah dihadiri oleh pemimpin - pemimpin dari Taiping iaitu PJE Mohd. Irwan Azahari Tahir dan PJE Imillia Bt Abdul Malek. PJE Mohd Irwan yang datang bersama 2 orang sahabatnya iaitu PJ Mohd Affendy Ismail dan PJ Mohd Yusfee Yusof telah menyampaikan ceramah mengenai Program baru yang bakal melonjak bonus dengan cepat iaitu Program Pengguna Setia Cemerlang (PSC).

Manakala PJE Imillia pula telah menyampaikan ceramah berkaitan perawatan yang telah datang bersama ibu beliau iaitu PJI Haridah Khanun. Mereka berlima baru saja menghadiri Kursus Kepimpinan GEN 1 - 7 di Hill City, Ipoh.

PEMIMPIN - PEMIMPIN KPU YANG HADIR