Friday, February 19, 2010

KELAS MINGGUAN TAIPING PERTAMA KALI MENGGUNAKAN P.A. SISTEM BARU

15 Februari 2010 (Isnin) - Kelas Mingguan HPA Taiping kali ini mempunyai sesuatu yang baru dan mencatat sejarah apabila pertama kali mengggunakan P.A. Sistem yang baru diperolehi oleh HPA Cawangan Taiping. Saat dan ketika ini adalah telah ditunggu - tunggu oleh ahli - ahli HPA di kawasan Taiping ini selama 5 tahun lamanya semenjak tahun 2005 lagi untuk mendapatkan P.A. Sistem. Alhamdulillah, pada kali ini, para penceramah tidah lagi perlu menjerit dengan suara yang kuat untuk berceramah dan untuk pertama kalinya P.A. Sistem ini telah dirasmi oleh PJ Mohd. Yusfee Yusof sebagai Pengerusi Majlis pada Kelas Mingguan kali ini.

Penceramah yang hadir pada kali ini adalah PJS Ustaz Mohd. Ali Bin Ismail bersama isteri beliau, PJ Zafirah Bt. Abdullah dari Kulim, Kedah. PJS Ustaz Mohd. Ali telah menyampaikan ceramah beliau berkaitan dengan motivasi, pengenalan syarikat dan produk halal dan haram.

Selepas ceramah dari PJS Ustaz Mohd. Ali, pengerusi telah menjemput PJE Mohd. Irwan Azahari Tahir untuk menerangkan mengenai perbezaan antara Kopi Radix sebenar dan Kopi Radix palsu yang telah diperolehi daripada kedai - kedai runcit bangsa asing dan dipercayai telah ditiru oleh orang bangsa asing.

P.A. SISTEM DAN SPEAKER BOX BARU JENAMA BGM

PJS USTAZ MOHD. ALI SEDANG MENYAMPAIKAN CERAMAH

PARA HADIRIN SEDANG MENDENGAR CERAMAH

PJE MOHD. IRWAN SEDANG MENERANGKAN PERBEZAAN KOPI RADIX SEBENAR DAN KOPI RADIX PALSU


No comments:

Post a Comment