Thursday, June 18, 2009

ZIARAH KE RUMAH PJS CIKGU NADZRI SETELAH PULANG DARI UMRAH

Pada 20 Jun 2009, saya bersama keluarga telah pulang ke kampung halaman di Sungai Petani, Kedah. Sudah lama kami tidak pulang, maka di kesempatan ini, kami tidak melepaskan peluang menikmati makanan di RADIX ORIGINAL RECEPIE ( ROR ) dan juga di RADIX ORIENTAL CUISINE ( ROC ). Makanannya sungguh sedap sekali. Pada malam itu, kami juga telah berkesempatan menziarahi rumah PJS Hj. Mohd. Nadzri Bin Hj. Ahmad yang terletak di Kg. Pegawai, Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah.

Mujurlah PJS Cikgu Nadzri dan isteri beliau, PJS Pn. Noormah Zainol tidak ke mana - mana pada malam itu. Maklumlah, bukan senang nak berjumpa dengan mereka yang terlalu sibuk dengan program - program HPA. Mungkin juga PJS Cikgu Nadzri dan PJS Pn. Noormah baru pulang dari Mekah, maka tidak ada program yang hendak dihadiri. Walaupun begitu, esok pagi dah nak bertolak ke Kelantan pula kerana ingin menghantar anak belajar di sana. Tapi, mereka tetap menerima kunjungan kami dengan hati yang gembira dan menjamu kami dengan ole - ole dari Mekah terutamanya yang paling `special' iaitu AIR ZAM - ZAM yang sudah lama tidak ku minum. Kacang - kacang dan buah kurma juga amat banyak dihidangkan kepada kami. Syukur Alhamdulillah.

Banyak cerita yang diceritakan kepada kami oleh PJS Cikgu Nadzri dan PJS Pn. Noormah mengenai lawatan mereka ke Mekah dan Madinah. Sungguh terharu ku rasakan. Telah lama aku tidak ke Mekah setelah menunaikan haji pada tahun 2003 yang lalu bersama PJS Cikgu Nadzri, PJS Pn. Noormah, PJS Pn. Syarifah dan PJS Subri. Banyak perubahan telah berlaku pada masa ini di Mekah dan Madinah.

Sebelum kami beredar, sempat juga saya bergambar dengan `upline' saya ini untuk kenang - kenangan.

`BLOGGER' BERGAMBAR BERSAMA `UPLINE' BELIAU IAITU PJS CIKGU NADZRI & PJS PN NOORMAH

SEBAHAGIAN DARI KELUARGA BESAR PJS CIKGU NADZRI DAN PJS PN NOORMAH BERSAMA CUCU PERTAMA MEREKA, WAFA INSYIRAH BT HANIS HUQQAIMI

SALAH SATU SUDUT HIASAN DINDING DI RUMAH BELIAU

ALMARI YANG MENYIMPAN BARANG - BARANG HIASAN

ALMARI INI JUGA BANYAK MENYIMPAN KENANG - KENANGAN BELIAU SEMASA DI DALAM HPA

SUDUT PAMERAN AKAR - AKAR KAYU

REPLIKA KUNCI KERETA PROTON SAVVY YANG DIANUGERAHKAN KEPADA BELIAU SEMASA KONVEK HPA TAHUN 2007 YANG LALU

Tuesday, June 16, 2009

PENDEDAHAN DAN PENGAKUAN SEORANG DOKTOR PAKAR BABI

Selepas saya membentangkan kelebihan produk HPA dalam PBC di hotel dePalma Ampang baru-baru ini, pengerusi majlis Pjs Rosmandi menjemput seorang peserta Dr Nurul Hisham untuk menceritakan pengalaman beliau sebagai doktor pakar babi. Hampir 100 peserta PBC diAmpang pada 24-25 Jan tersentak dan terkejut mendengar pendedahan yang dibuat olehnya. Saya yang tak menyangka ada peserta dari kalangan doktor dalam PBC kali ini juga tersentuh dengan pendedahan yang diberikan. Saya difahamkan selain dia ada seorang lagi doktor yang menyertai PBC di Ampang. Selain itu ada juga dikalangan peserta terdiri dari pensyarah-pensyarah di Maahad Tahfiz seperti Us. Mohd Zamani bin Ismail Pengerusi Akademi Tahfiz Bestari di Sungai Pusu Gombak.

PBC diAmpang kali ini juga bertuah kerana dihari pertama, slot halal haram diisi sendiri oleh Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail Ahmad. Perasmian dan Pengenalan syarikat oleh PJS Hafidzan Fauzi, Pelan Pemasaran dan Gerakerja 6M oleh Pjs Syed Ageel dan Pjs Syed Salahuddin. Manakala di hari kedua, selepas bacaan Al Maathurat, saya membentangkan slot Produk Pilihan: Radix dan kelebihannya. Pjs Ramly Ahmad membentangkan Asas Perawatan JAWI dan PJS Siti Habibah Yusof selaku Pengarah PBC menghuraikan Diagnos Penyakit.

Turut hadir ialah PJS Radiyati yang sempat merakam pendedahan Dr Hisham berkenaan babi. Sila layar blog Pjs Radiyati dibawah:

http://radradix.blogspot.com/2009/01/something-about-babi.html

SUMBER DARI BLOG - http://jamalmajlis.blogspot.com

Monday, June 15, 2009

AWAS ! JANGAN TERTIPU DENGAN RADIX PALSU LAGI



Assalamualaikum.
Apa khabar saudaraku. Semoga sihat sejahtera hendaknya. Saya ingin berkongsi pengalaman berkenaan dgn perkataan "RADIX". Pada 4 Jun 2009 saya ke sebuah restoran di Tg Rambutan utk makan. Seperti biasa kopi Radix adalah minuman biasa yg saya minum di kedai tersebut. Apabila minuman sampai, saya pun minum seteguk. Wah rasanya tidak spt kopi Radix yg biasa. Lalu saya pun bertanya kpd empunya kedai tersebut. Beliau mengatakan yg kopi radix telah
ditukar kpd packing yg baru (disebabkan oleh berlakunya kopi radix tiruan, lalu HPA telah menukar packing supaya tidak boleh ditiru).

Saya pun mintaklah dgn tuan punya kedai nak tengok packing baru yg dinyatakan tu. Manalah tau mmg betul HPA dah tukar. Saya berasa terkejut apabila melihat packing kopi Radix tersebut (lihat attachment). Apabila ditanya siapakah yg membekalkan kopi tersebut, dia pun tak tahu. Katanya Cina yg hantar kat dia. Kilangnya bertempat di Taiping Perak.

Macam-macam bangsa Cina lakukan utk menjatuhkan produk org Islam kita. Yg sedihnya org Melayu kita yg menjadi mangsa penipuan mereka.

Wallahualam.

Sekian.
Mohd Khamli Bin Saroni
http://mohdkhamli.blogspot.com/

Friday, June 12, 2009

KENDURI KAHWIN AHLI KPPU ( PJ MOHD SHAHRIL BIN TAHIR )


Pada 7 Jun 2009, telah berlangsungnya kenduri kahwin ahli Kelab Pemimpin Perak Utara ( KPPU ) iaitu PJ Mohd Shahril Bin Tahir bersama pasangan pilihan hatinya iaitu Noraslinda Bt Yusoff. Kenduri kahwin tersebut telah diadakan dirumahnya di Taman Kuningsari, Air Kuning, Taiping, Perak. Manakala kenduri sebelah pihak perempuan telah diadakan pada 4 Jun 2009 di Batu Kurau, Perak. KPPU mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU kepada kedua mempelai semoga perkahwinan mereka akan berkekalan hingga ke akhir hayat, Insya Allah. TAHNIAH.

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING ( 1 JUN 2009 )

Pada 1 Jun 2009, sekali lagi HPA CAWANGAN TAIPING menerima kunjungan daripada PJS Syed Ageel Bin Syed Mahayaddin dari KPU bersama sahabat beliau iaitu PJ Othman Bin Said. Pada malam itu juga kehadiran adalah yang paling ramai bagi tahun ini iaitu seramai 50 orang.

Sebelum sesi ceramah dimulakan, saya sempat berbual dengan PJS Syed Ageel mengenai P.A. System yang masih belum ada di HPA Cawangan Taiping. Menurut beliau sepatutnya HPA Cawangan Taiping sudah mempunyai P.A. System untuk kemudahan para penceramah. Beliau mengharapkan supaya perkara ini dapat diusahakan secepat mungkin.

Dimulakan dengan PJ Othman yang menceritakan pengalaman beliau bersama HPA dan seterusnya ceramah daripada PJS Syed Ageel mengenai perbezaan MLM Syriah HPA dan MLM yang lain. Banyak maklumat dan ilmu yang telah disampaikan. Diharapkan pada masa akan datang akan lebih ramai ahli yang akan datang mendengar ceramah daripada PJS - PJS yang hebat - hebat seperti PJS Syed Ageel dan sebagainya.