Tuesday, August 24, 2010

Sunday, August 8, 2010

CHLOROPHILL DROP

Produk HPA kali ini (klorofil) merupakan hasil kajian Dr Zakaria Abdullah, seorang saintis Muslim yang juga berjaya membuat produk yang dihasilkan daripada stem sel epal .(rujuk perbincangan tentang Uttwiler spatlauber spesis dari Switzerland).

Klorofil ini bukan seperti liquid klorofil (konsentrasi)yang di jual dipasaran tetapi ia adalah klorofil yang boleh meng"alkali"kan asid dalam tubuh. Asidosis adalah merupakan masalah utama dalam kehidupan hari ini apabila pemakanan tidak dijaga. Sepatutnya kita banyak mengambil makanan beralkali lebih daripada makanan berasid. Malangnya keadaan ini terbalik menyebabkan timbulnya pelbagai jenis penyakit.
"Buang asid buang Penyakit" merupakan kaedah pengurusan tubuh yang paling berkesan dimana ia memberikan kesan yang sangat positif terhadap kesihatan. Pengambilan herba-herba ubatan juga akan menjadi lebih berkesan setelah pengambilan klorofil. Satu contoh yang sangat ketara ialah penyakit keputihan pada wanita akan pulih dalam tempoh tidak sampai 3 hari.
Masukan 3 titis sahaja klorofil HPA kedalam segelas air dimana pH air akan berubah menjadi bacaan 10 ++. Ini tidak berlaku dalam penggunaan produk yang lain termasuk konsentrasi klorofil. Inilah yang membezakan antara dua klorofil ini. Air dari filter Dew HPA ialah pH 9.++ .Sangat baik sebagai minuman disamping Klorofil Drop HPA.

Wednesday, August 4, 2010

BASIKAL MESRA ALAM HPA



Inilah basikal mesra alam HPA. Ringan dan harga yang murah. Boleh didapati di Outlet HPA diseluruh negara. Nantikan kemunculannya. Insyallah beli basikal HPA juga dapat nilai mata.

BIHUN HPA AKAN KELUAR TAK LAMA LAGI



Sunday, August 1, 2010

SHEQAL DI KPJ TAIPING KALI KE - 3

1 Ogos 2010 (Ahad) - Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) Taiping pada kali ke - 3 yang diadakan di HPA Cawangan Taiping ini telah dihadiri oleh seorang yang mempunyai banyak pengalaman dalam MLM iaitu Tuan Haji Zakaria Bin Mohamad dari Trengganu. Beliau telah menyampaikan ceramah perubatan JAWI yang bertajuk `YIN' dan `YANG' dalam herba dan sedikit sebanyak pengalaman beliau sebelum menyertai HPA. Tuan Haji Zakaria merupakan seorang motivator kepada syarikat - syarikat lain sebelum beliau menyertai HPA 2 tahun lalu setelah hanya dengan mendengar sebuah lagu dan menggunakan produk EQ Minda.

Beliau juga telah ditemani oleh seorang individu yang sangat terkenal tidak lama dahulu sebagai seorang penyanyi nusantara pada 15 tahun yang lalu iaitu SHEQAL. Beliau yang baru seminggu menyertai HPA telah menyampaikan sebuah lagu yang bertemakan sebuah sajak sesudah daripada ceramah Tuan Haji Zakaria. Menurut SHEQAL, beliau telah menyertai HPA dengan sepenuh jiwa dan raganya dan akan menjadi seorang pejuang dalam HPA memperjuangkan produk - produk halal melalui lagu dan seni. Menurut SHEQAL lagi, beliau juga akan menghasilkan sebuah album baru yang akan diterbitkan oleh HPA sendiri sepertimana Kumpulan nasyid RAIHAN.