Monday, July 26, 2010

PERASMIAN RFC KUBANG KERIAN KELANTAN

Majlis Perasmian RFC Cawangan Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan telah selamat dirasmikan oleh YAB Tuan Guru Dato' Seri Bentara Setia Haji Nik Aziz Bin Haji Nik Mat selaku Menteri Besar Kelantan pada tarikh 25 Julai 2010 pada pukul 2 petang. Alhamdulillah HPA kini sekali lagi telah mengorak langkah ke hadapan dengan membuka Cawangan RFC yang ketujuh termasuk Cawangan RFC Kubang Kerian di seluruh Malaysia. Insya Allah di masa akan datang HPA akan memperbanyakkan lagi cawangannya di serata-serata tempat. Sama-samalah kita doakan.

Sunday, July 25, 2010

PROGRAM MEREBUT PELUANG HEBAT BERSAMA HPA DI HPA CAWANGAN TAIPING

24 Julai 2010 (Sabtu) - Telah diadakan program ceramah yang bertajuk `Merebut Peluang Hebat Bersama HPA' yang telah disampaikan oleh PJS Ustaz Zahir Bin Ghazali, Top Ten Leader HPA. PJS Ustaz Zahir yang julung kalinya sampai di HPA Cawangan Taiping pada jam 8.30 itu, sungguh bersemangat menyampaikan ceramah beliau. Beliau telah menyampaikan ceramah motivasi dan peluang - peluang yang hebat yang dapat direbut oleh ahli - ahli HPA jika bersungguh - sungguh bersama HPA.

Di antara pemimpin - pemimpin KPPU yang hadir pada malam itu ialah PJE Mohd. Irwan Azahari, PJ Sazali, PJ Hindun, PJ Imillia, PJS Haridah Khanun dan ramai lagi.

FLYERS PERASMIAN RFC KUBANG KERIAN

Tuesday, July 20, 2010

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING 19 JULAI 2010

KM HPA Taiping kali ini telah dihadiri oleh seorang PJS baru dari Taiping, iaitu PJS Haridah Khanun Bt Rehman Khan. Beliau telah hadir bersama anak beliau iaitu PJE Imillia Bt Abdul Malek. PJS Haridah telah menyampaikan Pengenalan Syarikat dan produk. Beliau juga membuat demo kebaikan produk HPA.

TAHNIAH LANTIKAN PJS PERTAMA TAIPING

KELAB PEMIMPIN PERAK UTARA (KPPU) MENGUCAPKAN TAHNIAH KEPADA PJI HARIDAH KHANUN BT REHMAN KHAN ATAS PERLANTIKAN BELIAU SEBAGAI PENGARAH JATI SETIA (PJS) PERTAMA DI TAIPING. SEMOGA DENGAN PERLANTIKAN INI AKAN MENINGKATKAN LAGI KOMITMEN BELIAU MENINGKATKAN HPA DI KAWASAN TAIPING INI.


Monday, July 12, 2010

MB KELANTAN AKAN MERASMIKAN RFC KUBANG KERIAN

Menteri Besar Kelantan, Dato Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat akan merasmikan RFC Kubang Krian, Kelantan pada 25 JULAI 2010, jam 2.00 petang. RFC tersebut terletak berhadapan dengan Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM).

Mulai 10hb Julai 2010, RFC KUBANG KERIAN telah dibuka untuk orang ramai. Sambutan hari pertama amat mengalakkan

Pakiaan PJS : Blazer dan berkasut.
Pakaian Leader Lain : Baju Batik dan berkasut.

Semua PJS dan seluruh pengedar HPA dijemput hadir..


Sunday, July 11, 2010

KELAS MINGGUAN KUALA KANGSAR (11.7.2010)

KMKK kali ini dihadiri oleh 2 orang pemimpin daripada Taiping iaitu PJ Mohd. Yusfee Yusof menyampaikan HPA Terkini dan PJE Mohd. IrwanAzahari Tahir menyampaikan Produk IMT.

Saturday, July 10, 2010

PERJUMPAAN DAN MESYUARAT KPPU KALI KE - 4 2010

5 Julai 2010 (Isnin) - KPPU telah mengadakan Perjumpaan & Mesyuarat KPPU kali yang ke - 4 tahun ini. Pada perjumpaan kali ini, ahli - ahli KPPU telah berbincang mengenai program - program yang akan dijalankan pada tahun ini. Di antara keputusan yang telah dibuat adalah :

1. Tidak ada sebarang program sepanjang bulan Ramadhan.

2. Akan diadakan MAJLIS JAMUAN AIDILFITRI secara besar - besaran yang akan dijemput semua ahli HPA sekitar Taiping.

3.Mesyuarat semula akan diadakan pada 2 Ogos 2010 ini dan semua Pemimpin KPU Komuniti Taiping dan KPPU diwajibkan hadir.

Friday, July 9, 2010

PBC KUDAT KALI PERTAMA PADA 7 & 8 OGOS 2010 BAKAL MENCIPTA SEJARAH

PERASMIAN RFC KE - 6 DI KANGAR, PERLIS

9 Julai 2010 (Jumaat) - Alhamdulillah RFC ke - 6 di Kangar Perlis telah selamat dirasmikan oleh YAB Dato Seri Dr. Mohd Isa Sabu Menteri Besar Perlis. InsyaAllah pada 21 JULAI 2010 ini satu lagi cawangan RFC ke - 7 akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan di Kubang Kerian Kelantan pula. Jemput hadir beramai-ramai.

Monday, July 5, 2010

PBC TAIPING TERAKHIR SEBELUM MENJELANG RAMADHAN

SELEPAS BALIK DARI MEDAN PJE IRWAN DAN PJ SHAHRIL TERUS GEMPUR

KAUM MUSLIMIN SEDANG KHUSYUK MENDENGAR PENERANGAN HPA

16 Jun 2010 (Rabu) - Selepas balik dari MEDAN, INDONESIA, PJE Irwan dan PJ Shahril terus menggempur HPA di Batu Kurau. Lokasi seterusnya telah diadakan di Anak Kurau, Batu Kurau, Perak.Program ini telah dianjurkan oleh PSD Batu Kurau dan dapat menghimpunkan seramai 30 orang peserta.

Ceramah disampaikan oleh PJE Mohd Irwan Azahari b Tahir dari PSD Batu Kurau sendiri dan dipengerusikan oleh En Khalid b Ahmad salah seorang ahli baru .

SUASANA SEMASA PROGRAM

PESERTA MUSLIMAT


PERAWATAN BEKAM DAN SARAF TAPAK TANGAN JUGA DIADAKAN SELEPAS CERAMAH


Friday, July 2, 2010

SELAMAT DATANG KE KPJ TAIPING 7 JULAI 2010

PRODUK HPA MELAKA HALAL HUB

Alhamdulillah HPA terus melangkah gagah. Banyak lagi produk baru akan keluar di bawah Halal Hub Melaka. Lebih berbelanja lebihlah nilai mata dan lebihlah ganjaran bonusnya.

Di antara produk - produk baru keluaran HPA ialah :

1. Pes Mee Bandung (Citarasa Asli Muar)

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 9.00
Sabah & Sarawak : RM 10.00

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 8.00
Sabah & Sarawak : RM 9.00

Nilai Mata (NM): 2

2. Pes Asam Pedas (Campuran sotong dan udang bermutu tinggi)

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 8.00
Sabah & Sarawak : RM 9.00

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 7.00
Sabah & Sarawak : RM 8.00

Nilai Mata (NM): 1.5

3. Ayam Panggang Berkolestrol Rendah (Roasted Chicken Chop)

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 16.00
Sabah & Sarawak :

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 14.50
Sabah & Sarawak :

Nilai Mata (NM): 2

4. Kek Lapis Prun, Oren, Roselle

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 14.00
Sabah & Sarawak : RM 15.00

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 13.00
Sabah & Sarawak : RM 14.00

Nilai Mata (NM): 2

5. Kek Kukus Buah-buahan

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 14.50
Sabah & Sarawak : RM 15.50

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 13.50
Sabah & Sarawak : RM 14.50

Nilai Mata (NM):2

6. Roti Putar

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 8.00
Sabah & Sarawak : RM 9.00

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 7.00
Sabah & Sarawak : RM 8.00

Nilai Mata (NM): 1

7. Roti Canai

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 6.50
Sabah & Sarawak : RM 7.50

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 5.50
Sabah & Sarawak : RM 6.50

Nilai Mata (NM): 1

8. Roti Putar Cip Coklat

Harga Pengguna:
Semenanjung Malaysia : RM 8.50
Sabah & Sarawak : RM 9.50

Harga Pengedar HPA:
Semenanjung Malaysia : RM 7.50
Sabah & Sarawak : RM 8.50

Nilai Mata (NM): 1

Sumber: http://go4halal.wordpress.com