Tuesday, February 24, 2009

PBC TAIPING ( 14 & 15 FEBRUARI 2009 )


Pada PBC Taiping yang lalu, seramai 50 peserta telah menghadiri dalam Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang ( PBC ) di Hotel Seri Malaysia Taiping dengan bayaran RM 160.00 seorang. PBC kali agak bersemangat berbanding PBC bulan lepas yang hanya dihadiri seramai 20 peserta sahaja. Diantara pemimpin - pemimpin yang hadir seperti PJS Mohd Nadzri Ahmad ( Pengenalan Syarikat ), PJS Ismail Osman ( Pelan Pemasaran ), PJS Asnah Mustafa ( 6M ), PJS Saliza Zainol ( Halal Haram ), PJS Siham Mohd Hashim ( Saraf Tapak Tangan ), PJS Zamri Bakar ( Kopi Radix ), PJS Noormah Zainol ( Bersama Pemimpin ). Manakala slot Bintang - bintang pula ialah PJ Sazali Salihuddin dan PJ Hindon Abdul Aziz.
Di antara fasilitator yang hadir ialah PJ Mohd Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd Shahril Tahir, Husna Nabilah Wahi, Khairunnajah Masalodin dan Hamidah Aminah.
Pengerusi majlis ialah PJ Mohd Yusfee Yusof dan PJ Mohd Affendy Ismail.

GAMBAR - GAMBAR :

Cikgu Ismail Othman sedang menyampaikan ceramah dengan penuh semangat

PJS Asnah Mustafa menyampaikan 6M

PJ Ustazah Saliza Zainol meyampaikan slot HALAL HARAM

PJS Ustaz Zamri Bakar menyampaikan slot KOPI RADIX

PJ Hindon Abdul Aziz jemputan MALAM BINTANG - BINTANG

PJ Sazali Salihuddin juga jemputan MALAM BINTANG - BINTANG

GAMBAR - GAMBAR AKTIVITI PEMBENTANGAN PARA RESERTA PBC


SEKIAN

Friday, February 20, 2009

SEJARAH PENUBUHAN KELAB PEMIMPIN PERAK UTARA ( KPPU )

Pada permulaannya, KELAB STOKIS PERAK UTARA ( KSPU ) telah ditubuhkan pada 10 Disember 2006 yang dianggotai pada waktu itu seperti PJ Mohd Yusfee Yusof, PJE Haridah Khanun, PJ Mohd Affendy Ismail, PJ Azizah Hamzah dan beberapa orang lagi secara tidak formal. Selepas itu, KSPU telah berkubur kerana tidak aktif.
Apabila menjelang tahun 2008, KSPU dihidupkan semula apabila diadakan mesyuarat kali pertama pada 19 April 2008. KELAB STOKIS PERAK UTARA ( KSPU ) telah ditukarkan dengan rasminya dengan nama KELAB PEMIMPIN PERAK UTARA ( KPPU ) di bawah KELAB PEMIMPIN UTARA ( KPU ) HPA. Pada mesyuarat tersebut kepimpinan KPPU telah dipilih dengan sebulat suara, begitu juga dengan kehadiran pemimpin - pemimpin baru dalam KPPU seperti PJ Mohd Irwan Azahari Bin Tahir, PJ Mohd Shahril Bin Tahir, PJE Mohd Sani Bin Ibrahim, PJ Syafariah Bt Ibrahim, PJ Nabisah Bt Hassan, PJ Hj Md Nazeer Bin Hamid, PJ Abdul Azis Bin Md Daud, PJ Sazali Bin Salihuddin, PJ Hindon Bt Abdul Aziz, Aziyah Bt Mat Bahak dan Shawaluddin Bin Sulaiman.

SELAMAT DATANG KE BLOG KELAB PEMIMPIN PERAK UTARA HPA


ASSALAMU`ALAIKUM

PERMULAAN BICARA KEPADA SEMUA YANG DATANG KE LAMAN BLOG KELAB PEMIMPIN PERAK UTARA ( KPPU ) HPA. BLOG INI DIBINA ADALAH UNTUK MENYAMPAIKAN SEBERAPA BANYAK INFORMASI MENGENAI MAKLUMAT - MAKLUMAT DAN AKTIVITI - AKTIVITI YANG TELAH DAN AKAN DIJALANKAN OLEH HPA, KPU DAN KPPU.

SELAMAT DATANG