Tuesday, December 21, 2010

CERAMAH MOTIVASI MINGGUAN (CMM) TAIPING PERTAMA KALI WAKTU SIANG

19 Disember 2010 (Ahad) - Bagi merialisasikan saranan Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad (Pengarah Urusan 1 HPA) bagi mengadakan program HPA pada waktu siang supaya tidak mengganggu aktiviti bersama keluarga pada waktu malam, Ceramah Motivasi Mingguan (CMM) HPA Taiping telah buat kali pertama pada hari Ahad sebelah siang.

Penceramah yang telah hadir pada hari tersebut adalah Penasihat Komuniti KPU Taiping sendiri iaitu PJS Mohd. Nadzri Bin Hj. Ahmad. Tururt hadir ialah PJS Noormah Zainol, PJS Asnah PK Mustafa, PJS Haridah Khanun, PJS Shamsuri Muat dan pemimpin - pemimpin KPU Taiping.


KONVEK HPA 2010


KONVEK HPA 2010 akan diadakan pada 5 Feb 2011 di PUTRAJAYA INTERNATIONAL CONVENTION CENTRE (PICC).

Pada KONVEK 2009 yang lalu hampir 5000 orang telah hadir, dengan kehadiran seluruh pengurusan tertinggi HPA, para leader, PJS dan Ahli HPA seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Dijangka KONVEK 2010 akan lebih meriah dengan kehadiran ahli dari Indonesia, Thailand, Kemboja dan Filipina.


UCAPAN DARI GM BUAT PELAPIS

Salam

Kepada seluruh PELAPIS yang telah menghadiri program 2H1M pada 14&15hb Dis baru ini berikut adalah sedikit komentar dari pemantauan GM;

1. Pakaian semasa kursus amat baik.
2. Ketepatan waktu amat memuaskan.
3. Komitment cukup baik.
4. Kefahaman akan missi dan vissi (MLMS dan Herba) baik dan perlu di pertingkatkan.
5. Semangat cukup luar biasa dengan lagu baru.
6. Pengurusan masuk ke hotel dan ketika makan cukup memuaskan.

Sekalung tahniah dan syabas diatas kejayaan anda semua untuk mempersiapkan diri anda.
Terima kasih pada seluruh AJK, El Zahra & Homestay, RFC dan semua sekali kerana berkerja dengan begitu baik.

Wasallam

Saturday, December 11, 2010

CERAMAH MOTIVASI MINGGUAN 10 DISEMBER 2010

Ceramah Motivasi Mingguan (CMM) di HPA Cawangan Taiping kali ini dihadiri oleh pemimpin - pemimpin dari Taiping sendiri iaitu PJE Mohd. Yusfee Yusof yang telah menyampaikan ceramah mengenai Pengenalan Syarikat dan info - info terkini HPA. Penceramah kedua pula iaitu PJE Mohd. Irwan Azahari Tahir telah menyampaikan ceramah mengenai Plan Pemasaran HPA.

Pengerusi majlis pada malam itu ialah PJ Mohd. Shahril Tahir (Pengerusi Komuniti Kudat, Sabah) yang balik bercuti di kampung. Beliau juga telah bertukar dari Kudat ke Taiping.
KPPU mengucapkan selamat datang kepada beliau yang telah kembali semula ke Taiping setelah merantau dan menggempur HPA di Kudat, Sabah selama 2 tahun.

CERAMAH MOTIVASI MINGGUAN 12 NOV 2010

Ceramah Motivasi Mingguan (CMM) di HPA Cawangan Taiping kali ini dihadiri oleh seorang pemimpin hebat dari Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA) iaitu PJS Sani Bin Ibrahim yang telah menyampaikan ceramah mengenai Pengenalan Syarikat dan info - info terkini HPA.

Pengerusi majlis pada malam itu ialah
PJE Mohd. Irwan Azahari Tahir.



SENARAI NAMA PRA PJS KPU YANG LAYAK MENYERTAI KURSUS PADA 14 & 15 DIS 2010

SENARAI NAMA PRA PJS KPU YANG LAYAK MENYERTAI KURSUS PADA 14 & 15 DISEMBER 2010

SENARAI BERWARNA HITAM DARI KPU TAIPING

1 JUMALE B SALAN 271298
2 MOHD IRWAN AZAHARI BIN TAHIR 291868
3 MOHD SALLEH B. RAMLI 394477
4 MOHD YUSFEE BIN MOHAMED YUSOF 000611
5 MOHD YUSOF BIN HJ AHMAD 290050
6 OTHMAN B. HJ SAID 298509
7 SAZALI BIN SALAHUDDIN 284748
8 YUSRI BIN YUSOFF 315819
9 ZAWAWI BIN AHMAD 318369
10 AZHAM AFFIF BIN ISHAK 300990
11 AZMI BIN HANAPIAH 025795
12 MOHD SHAFIE BIN OTHMAN 197147
13 MUHD FITRI BIN HARUN 328298
14 RIDZUAN BIN ABDUL RAZAK 008091
15 SHAMSUDIN B ABU SHUKOR 302537
16 FATIMAH BT HUSSEIN 307238
17 NORAZLINI BT HASSAN 332254
18 NORMALA BT GHAZALI 342202
19 ADLINA BT ADNAN 279985
20 FAEZAH BT DAUD 033407
21 JAMALIAH BT SHAHRUDDIN 257477
22 MASHITAH BT SUJAK 292881
23 NOR SHARINA BT MOHD SALEH 272367
24 NOR WAHEEDA BT SALEH 388649
25 NORIDA BT ALI @ ZAHALEE 369953
26 NURUL SYIDA BT ABU HASSAN 360358
27 SALMAH BT BARIK 284483
28 SALMAH BT SHAFIE 071354
29 SIDAH BT SIDIN 256160
30 SITI FATIMAH BT WASAN 008071
31 WAN HASELINA BT MOHAMAD SHAGAFF 741001-02-5196

Wednesday, November 10, 2010

ANAK PJS MOHD. NADZRI AHMAD DAN PJS NOORMAH ZAINOL TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

10 November 2010 (Rabu) - Anak PJS Mohd. Nadzri Ahmad dan PJS Noormah Zainol yang ke - 9 daripada 10 orang adik beradik, Muhammad Adi Aqwa Bin Mohd. Nadzri yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.30 pagi tadi akibat terlibat dengan kemalangan motosikal yang dipandu olehnya semasa beliau ingin menuju ke sekolah. Motosikal yang dipandunya tidak dapat dikawal dan terjatuh setelah mengelak kereta di hadapan yang berhenti mengejut. Setelah jatuh, penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan telah merempuh beliau dengan kuat menyebabkan beliau meninggal di tempat kejadian.

Jenazah beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Petani sebelum dibawa balik ke rumah keluarganya di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Pada jam 1.30 petang, jenazah beliau telah dibawa ke tanah perkuburan Masjid Al Barokah di Tikam Batu untuk disembahyangkan dan dikebumikan.

Kelab Pemimpin Perak Utara (KPPU) mengucapkan takziah kepada keluarga PJS Mohd. Nadzri Ahmad dan PJS Noormah Zainol atas kehilangan anak mereka yang dikasihi.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu wa taala. AL FATIHAH.


Monday, November 8, 2010

KURSUS KEPIMPINAN GEN KOMUNITI TAIPING DAN KUALA KANGSAR BERSAMA PJS NADZRI AHMAD

7 November 2010 (Ahad) - Kursus Kepimpinan Gen Komuniti Taiping Dan Kuala Kangsar telah diadakan di Dewan Al Wahida, HPA Cawangan Taiping bermula seawal jam 9.00 pagi. Kursus ini diadakan adalah untuk memberikan semangat dan motivasi kepada pemimpin - pemimpin sekitar Taiping dan Kuala Kangsar. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh PJS Mohd. Nadzri Ahmad selaku penasihat komuniti KPU Taiping.

PJS - PJS yang turut hadir pada perjumpaan ini ialah PJS Noormah Zainol, PJS Asnah P.K. Mustafa dan PJS Haridah Khanun. Seramai 16 orang pemimpin di kalangan Gen yang telah hadir pada perjumpaan ini daripada 30 orang Gen yang berdaftar.

Selapas ceramah tersebut, satu mesyuarat AJK Komuniti telah diadakan bagi membincangkan program - program yang akan djalankan sepanjang tahun 2010 dan 2011. Mesyuarat tamat pada jam 1.30 tengahari.

Saturday, November 6, 2010

SELAMAT DATANG KE CERAMAH MOTIVASI MINGGUAN BERSAMA PJS NOOR HYZAD

CERAMAH MOTIVASI MINGGUAN TAIPING PERTAMA

5 Oktober 2010 (Jumaat) - CERAMAH MOTIVASI MINGGUAN (CMM) buat kali pertamanya telah diadakan dengan jayanya di HPA Cawangan Taiping. Kelas Mingguan (KM) yang dulunya telah diadakan pada hari Isnin malam, kini telah ditukar ke hari Jumaat malam dengan nama yang baru iaitu Ceramah Motivasi Mingguan (CMM).

Penceramah yang telah hadir pada CMM kali ini ialah PJS Zanbli Bin Abdul Rashid bersama dengan isteri beliau PJS Muzlina Bt. Abdul Rahim yang datang dari Pulau Pinang. PJS Zanbli telah menyampaikan teknik kejayaan melalui 6M, manakala PJS Muzlina pula telah menyampaikan 10 produk dan perawatan herba.

Monday, November 1, 2010

KELAS MINGGUAN DITUKAR CERAMAH MOTIVASI MINGGUAN BERMULA JUMAAT INI


Bermula Jumaat ini, pada 5 November 2010, Kelas Mingguan (KM) HPA Taiping akan ditukar dengan nama Ceramah Motivasi Mingguan (CMM) HPA Taiping. Ini adalah kerana terdapat beberapa perubahan yang akan dilakukan dalam program tersebut. Penceramah pertama yang akan hadir pada CMM ialah PJS Zanbli Bin Abdul Rashid bersama isteri beliau PJS Muzlina Bt. Abdul Rahim.

Susunan jadual telah atur dengan penceramah - penceramah yang hebat - hebat setiap minggu. Masuk adalah percuma. Datanglah beramai - ramai.

HPA AKAN BUKA PASARAYA

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) milik Bumiputera terbesar di negara ini, menyasarkan mempunyai pasar raya besar berkonsep produk halal dan suci keluaran orang Islam sendiri dalam tempoh lima tahun akan datang.

Keyakinan itu bersandarkan HPA yang juga MLM berkonsep syariah bermula daripada jualan daripada rumah ke rumah sebelum dinaikkan taraf kepada cawangan, halal mart dan terbaru HPA Halal Mall yang dilancarkan pada 2 Oktober lalu.

Majlis pelancaran HPA Halal Mall itu bersamaan dengan perasmian mercu tanda HPA dikenali HPA International Center (HPAIC) yang bernilai hampir RM60 juta di Seksyen 13, Shah Alam Selangor pada hari yang sama, disempurnakan Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad bersama lebih 2,000 Pengarah Jati Setia (PJS) dan ahli syarikat itu dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Brunei.

Ismail berkata, pelancaran HPAIC bermakna ‘gelombang kedua’ yang harus dilalui semua warga syarikat itu selepas kejayaan yang diraih syarikat yang bermula dengan modal permulaan hanya RM3,000 pada 1998, tetapi kini mencatatkan jualan hampir RM20 juta sebulan di Malaysia dan RM3 juta di Indonesia.

“Permintaan produk halal di seluruh dunia tahun ini saja berjumlah RM7.1 trilion dan HPA melihat peluang yang cukup besar untuk HPA kerana perjuangan kita selama ini untuk membawa produk halal dan suci kepada ummah.

HPA Mall adalah langkah awal untuk kita merealisasikan impian mempunyai emporium produk halal dan suci kita sendiri pada masa depan dengan sasaran kita pasar raya besar di atas jenama kita akan dibuka selewat-lewatnya lima tahun lagi,” katanya.

Menurutnya, HPA yakin pemasaran tidak menjadi masalah kerana selain mempunyai lebih 670,000 ahli yang komited di Malaysia dan 250,000 di Indonesia, Kemboja, Thailand dan Brunei, produk halal dan suci dicari semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Ismail berkata, masalah utama untuk HPA membuka pasar raya besar sekarang ialah faktor kekurangan produk.

“Perancangan HPA ialah selain produk yang kami keluarkan sendiri, syarikat ini juga menjadi pemasar bagi produk orang Islam yang dikenal pasti halal dan suci serta daripada bahan bermutu,” katanya.

Disebabkan itu, katanya, HPA kini melaksanakan program khas untuk mencari usahawan Bumiputera menjadi rakan niaga kepada HPA.

Wednesday, October 20, 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ) TAIPING KALI KE 4

20 Oktober 2010 (Rabu) - Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) pada kali ini telah dihadiri oleh seorang penceramah jemputan dari Kuala Lumpur iaitu Tuan Haji Ramly Bin Ahmad, Ketua Unit Herbalis Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA).

Beliau telah menyampaikan ceramah Perubatan Jawi mengenai produk softgel seperti Omega 3, Evening Primrose Oil, Virgin Coconut Oil, Habbatus Sauda, Minyak Zaitun, Garlic Oil, Grapeseed Oil, Flaxseed Oil dan Salmon Oil.

Pengerusi majlis pada malam itu ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof. KPJ yang bermula pada jam 9.00 malam itu telah tamat pada jam 11.00 malam. Pemimpin yang turut hadir pada malam itu ialah PJS Aasim Bin Khalid dan PJS Haridah Khanun Bt. Rehman Khan. Juga Pengurus HPA Cawangan Parit Buntar, Cik Nurulmella dan En. Hasnol dari Pusat Operasi Zon Tengah.

Monday, October 11, 2010

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING 11 OKTOBER 2010

KMT kali ini telah dihadiri oleh penceramah suami isteri yang tidak asing lagi iaitu PJS Zanbli Bin Abdul Rashid bersama isteri beliau PJS Muzlina Bt. Abdul Rahim yang datang dari Seberang Perai, Pulau Pinang.

PJS Zanbli telah menyampaikan dengan panjang lebar mengenai Pengenalan Syarikat dan info - info terkini HPA dan juga mengenai produk terbaru yang sedang hangat diperkatakan iaitu CHLOROPYLL DROPS.

Friday, October 8, 2010

KELAS MINGGUAN TAIPING KEMBALI - 4 OKTOBER 2010

KMT telah kembali lagi setelah sekian lama menyepikan diri. Buat permulaan Kelas Mingguan kali ini dihadiri oleh pemimpin dari Taiping sendiri iaitu PJ Mohd. Yusfee Bin Mohamed Yusof bersama PJE Mohd. Irwan Azahari Bin Tahir.

PJ Mohd. Yusfee telah menyampaikan info - info terkini HPA iaitu Majlis Perasmian HPA International Centre (HPAIC). PJE Mohd. Irwan pula menyampaikan produk IMT dan yang terbaru Chlorophyll Drops.

Pengerusi Majlis ialah En. Shamsuddin Bin Kiyoh.

Thursday, September 30, 2010

MENARA HPAIC BUKTI KEJAYAAN HPA

Petikan dari Harian Metro, 29 September 2010 m/s 33A


BANGUNAN HPA International Center (HPAIC) bernilai hampir RM60 juta di Shah Alam, Selangor yang akan dirasmikan Sabtu ini menjadi bukti bukan sesuatu yang mustahil perusahaan bermula di kampung membabitkan herba hutan boleh mencapai peringkat antarabangsa.

Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd (HPA), Ismail Ahmad mahu seramai 1,800 staf dan 600,000 ahli syarikat pelbagai peringkat syariah (MLMS) di negara ini dan 200,000 ahli di Indonesia, Singapura, Brunei, Thailand dan Kemboja melihat HPAIC sebagai kejayaan bersama.

“HPAIC yang terletak di Seksyen 13, Shah Alam adalah satu sejarah dalam penubuhan HPA sejak 1998. Kita adalah MLM berasaskan syariah yang berjuang untuk pasaran produk halal dan suci kepada ummah.

“HPA pernah mengalami jatuh dan bangun dunia perniagaan, tetapi ahli kita terus komited merealisasikan kejayaan bagi membolehkan HPA berkembang di dalam dan luar negara,” katanya.

Mengenai majlis perasmian HPAIC yang disempurnakan beliau sendiri Sabtu ini, Ismail berkata, ia akan bermula pada jam 8 pagi dengan kehadiran ahli dari segenap pelosok negara dan wakil luar negara.

Menurutnya, wakil HPA dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Brunei dan Kemboja akan menyampaikan ucapan masing-masing.

“Upacara perasmian akan dilaksanakan PJS (Pengarah Jati Setia) HPA yang juga kumpulan pemimpin syarikat kami dari semua negara sebagai menghargai pengorbanan mereka meletakkan HPA di tempat sekarang,” katanya.

Turut diadakan pembentangan kertas kerja oleh pengurusan HPA termasuk bertajuk Dari Cawangan Ke Pasar Raya oleh Ismail sendiri.

Selain Pasar Raya Halal HPA, HPAIC juga akan menempatkan pelbagai perniagaan HPA selain pejabat pelbagai jabatan.

Selain MLMS, HPA juga terkenal dengan produk jenama Radix termasuk rangkaian restoran Radix Fried Chicken (RFC), Radix Chicken House (RCH), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH).

Selain halal dan suci, produk syarikat menggunakan herba dan kaedah organik.