Thursday, January 28, 2010

TAHNIAH HPA CAWANGAN TAIPING MENERIMA 2 ANUGERAH


STAF HPA SEKARANG. DARI KIRI NUR HAYATI BT MOHD SHUKRI, SAHARAH BT HAMDAN, FAKRULRAZI BIN MOHAMAD NOOR, AZIMAH BT ABD BASIR DAN STAF CEMERLANG ZON TENGAH 2009, WAHEEDA HANIM BT AB RAHMAN.

Pada 24 Januari 2010 (Ahad), Hari Warga HPA 09 telah diadakan di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah. Semua staf HPA telah hadir pada majlis tersebut yang telah dirasmikan oleh Pengarah Urusan 1, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad.

HPA Cawangan Taiping telah mendapat 2 anugerah terbaik iaitu Anugerah Cawangan Terbaik Zon Tengah Tahun 2009 dan juga Pengurus HPA Cawangan Taiping, Puan Waheeda Hanim Bt Ab Rahman telah mendapat Anugerah Staf Cemerlang Zon Tengah Tahun 2009.

2 Anugerah yang diperolehi oleh HPA Cawangan Taiping ini amat membanggakan ahli - ahli HPA di Taiping ini dan mengharapkan HPA Cawangan Taiping dapat mengekalkan anugerah yang telah diterima pada masa hadapan.

TAHNIAH DIUCAPKAN

Tuesday, January 26, 2010

KITA TERUS DITIPU

Dipetik daripada blog Pengarah Urusan, INILAH JALAN KAMI :

Selama ini kita terus menggunakan penapis air yang di keluarkan tanpa boleh bertanya bahan yang digunakan itu daripada apa. Mudah-mudahan halal walaupun kebanyakannya penapis air masih lagi menggunakan serbuk tulang. Jurujual juga tidak jujur dan kemungkinan tidak turut menyelidiki sumber asalnya. Kita terima sahaja sambil berdoa semoga Allah mendatangkan usaha yang baik untuk kegunaan ummah hari ini.

Alhamdulillah..kini kita mempunyai pilihan bagi menggantikan satu persatu penapis air di rumah terutama untuk kegunaan minuman dengan "dew filter". Penapis Dew Water dibuat daripada batu gunung berapi,tempurung kelapa,cengkerang dan tanah liat. Syukur , Dew Water diakui halal oleh "JAKIM" sebagai produk awal yang diberi status itu.

Bukan sahaja mendapat status halal,malah ia mempunyai keupayaan alat ganti (katrij)yang boleh tahan lama. Mungkin ada yang mampu menawarkan harga yang lebih murah lagi selepas ini tetapi menggunakan kualiti katrij yang tidak berkualiti. Harga yang ditawarkan oleh HPA mengambil kira keperluan pengguna bukan sahaja untuk mendapatkan keuntungan yang tinggi semata-mata. "Kita perlu membiasakan pasaran agar peka dengan isu harga kerana pengguna itu adalah kita sendiri. Kalau bukan kitapun , saudara-saudara seugama dengan kita. Sanggupkah kita menipu harga dalam keadaan ekonomi yang kian meruncing.

SEMUA BOLEH MEMBELI DENGAN HPA..


PRODUK BARU - PENAPIS AIR DEW (10.3 PH)


PENAPIS AIR DEW

KOD : AH04
HARGA AHLI : RM 750.00
HARGA PENGGUNA : RM 900.00

Monday, January 25, 2010

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING DAN PERJUMPAAN GEN KOMUNITI TAIPING & KUALA KANGSAR

25 Januari 2010 (Isnin) - Kelas Mingguan HPA Taiping kali ini telah dihadiri oleh seorang pemimpin KPU dari Pulau Pinang yang mempunyai semangat yang tinggi dan berhati waja memperjuangkan produk halal. Beliau adalah PJ Wan Haselina Bt. Mohd. Shagoff atau lebih dikenali dengan Kak Wan.

Kelas Mingguan telah dimulai dengan dipengerusikan oleh seorang muka baru dari GEN7 iaitu Abdul Rashid Bin Abdullah. PJE Mohd. Irwan Azahari Tahir sebagai penceramah pertama telah memberi ceramah mengenai Pengenalan Syarikat dan juga Plan Pemasaran HPA.

Selepas itu, Kak Wan pula menyampaikan ceramah mengenai produk baru yang selama ini ditunggu - tunggu kemunculannya oleh ahli - ahli HPA iaitu PENAPIS AIR DEW yang mempunyai 10.3 PH. Harganya pula amat murah jika dibandingkan dengan jenama - jenama lain iaitu hanya RM 750.00 sahaja.

Selepas Kelas Mingguan, satu perjumpaan telah diadakan untuk semua GEN Komuniti Taiping dan Kuala Kangsar untuk membincangkan peranan dan tugas ahli - ahli Komuniti dalam PBC dan Kelas Mingguan. Perjumpaan ini telah dipengerusikan oleh PJ Mohd. Yusfee Yusof selaku Pengerusi KPPU dan Kelab Komuniti KPU Taiping. Perjumpaan telah tamat pada jam 12.00 tengah malam.

PJ WAN HASELINA BT MOHD. SHAGOFF SEDANG MENYAMPAIKAN CERAMAH PRODUK PENAPIS AIR DEW

PJE USTAZ IRWAN SEDANG MENYAMPAIKAN CERAMAH DENGAN PENUH BERSEMANGAT

PARA HADIRIN YANG HADIR

PJ WAN HASELINA DATANG BERSAMA SUAMI DAN ANAKNYA

PENGERUSI MAJLIS MUKA BARU DARI GEN7 DENGAN GAYA TERSENDIRI

DEWAN AL WAHIDA HPA CAWANGAN TAIPING AGAK PENUH DENGAN AHLI YANG HADIR

PENERIMA HADIAH CABUTAN BERTUAH MNGGUAN

EN. SHAMSUDDIN BIN KIYOH

KELAS MINGGUAN KUALA KANGSAR (24.1.2010)

Kelas Mingguan Kuala Kangsar kali ini dihadiri oleh 2 orang pemimpin dari Taiping iaitu PJ Mohd. Yusfee Yusof dan PJ Mohd. Affendy Bin Ismail. Walaupun agak keletihan kerana baru saja selesai menguruskan PBC Taiping pada petang itu, namun tugas dan tanggungjawab tetap dilaksanakan. Walaupun agak terlewat sedikt, namun sampai juga kedua - dua orang penceramah ini.

PJ Mohd. Yusfee Yusof telah menyampaikan ceramah Pengenalan Syarikat dan HPA terkini, dan juga produk Circumin. Kelas yang telah bermula pada jam 10.00 malam, telah berakhir pada jam 11.30 malam. Pengerusi majlis ialah Ustaz Ahmad Firdaus Bin Mohamed Ali.


MAKLUMAT TERKINI AKTIVITI KPU - JAN & FEB 2010




Friday, January 22, 2010

PBC TAIPING 23 & 24 JANUARI 2010

PBC Taiping kali ini hanya dapat menghimpunkan seramai 24 orang peserta sahaja. Tempat kursus masih lagi di Hotel Seri Malaysia Taiping. Walaupun peserta tidak ramai, namun perkara ini sedikit pun tidak melemahkan semangat para pemimpin KPU untuk menggempur HPA di kawasan Taiping habis - habisan hingga ke akar umbi.

Inilah semangat perjuangan yang perlu ada kepada setiap pemimpin, terutamanya dalam Perjuangan HPA ini yang mengajak masyarakat menggunakan produk muslim yang halal lagi baik dan mengajak manusia kembali kepada Allah yang Maha Esa. Inilah wadah perjuangan HPA selama ini. Jika pemimpin kuat, maka kuatlah masyarakat dan jika pemimpin lemah, maka lemahlah masyarakat.

Di antara pemimpin - pemimpin KPU yang hadir pada kali ini adalah PJS Mohd. Zamri Bakar (Pengenalan Syarikat), PJS Ismail Othman (Plan Pemasaran), PJS Mohd. Nadzri Ahmad (Produk Pilihan), PJ Saliza Zainol (Halal Haram), PJS Asnah Mustafa (6M), PJS Sabri Ahmad (Diagnos Saraf Tangan), PJ Harryzan (Secerah Mentari), PJS Noormah Zainol (Urusetia), PJ Aziah (Urusetia), PJ Mohd. Yusfee Yusof (Pengerusi Majlis), PJ Mohd. Affendy Ismail (Pengerusi Majlis) dan para Fasilitator seperti PJE Mohd. Irwan Azahari Tahir, PJ Hindun Abdul Aziz, PJ Sazali Salihuddin dan ramai lagi.


Thursday, January 21, 2010

MISTERI YAKJUJ DAN MAKJUJ DIKURUNG DALAM TEMBOK AJAIB OLEH ZULKARNAIN

Di sebalik pembinaan kota besar hasil kemajuan pembangunan dan kemodenan yang melanda hampir seluruh pelusuk dunia hari ini, masih terdapat satu kawasan rahsia di muka bumi ini yang menyimpan ribuan makhluk misteri.

Sehingga kini, penerokaan demi penerokaan di seluruh kawasan bumi masih belum menemui wilayah asing itu sekali gus menyebabkan kewujudan makhluk terbabit tidak akan dikenal pasti pengkaji atau manusia umumnya.

Bagaimanapun, kewujudan makhluk itu adalah sahih dan suatu hari nanti, mereka akan muncul juga di hadapan manusia. Akan tetapi, ketika makhluk itu muncul, sudah terlambat untuk manusia berbuat apa-apa lagi.

Tiada lagi kajian mengenai sejarah kewujudan atau penyelidikan sains dilakukan terhadap makhluk itu seperti penemuan artifak atau spesies baru ketika ini kerana sewaktu munculnya makhluk dikenali Yakjuj dan Makjuj itu, dunia sudah terlalu hampir dengan kiamat!

Sejak dikurung ribuan tahun lalu, kewujudan dan lokasi ‘pusat tahanan’ Yakjuj dan Makjuj masih menjadi misteri kepada manusia.

Bagaimanapun, kewujudan dua makhluk itu adalah pasti lantaran ia dinyatakan dalam Al - Quran serta tergolong dalam perkara ghaib yang wajib diimani manusia menerusi tanda besar berlakunya kiamat.

Pensyarah Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya (API-UM), Prof Madya Dr Fauzi Deraman, berkata Yakjuj dan Makjuj bukanlah berupa haiwan atau spesies lain sebaliknya ia adalah manusia yang berasal daripada keturunan Nabi Adam AS.

Katanya, mengikut hadis, bangsa Yakjuj dan Makjuj berasal daripada keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis yang berkembang melewati masa sehinggalah Zulkarnain membina tembok bagi menghalang mereka keluar dari lokasi mereka.

“Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiyaa’, ayat ke-96 dan 97,” katanya.

Allah berfirman menerusi ayat surah al-Kahfi itu: “Kemudian dia (Zulkarnain) menempuh suatu jalan (yang lain lagi). Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati di hadapan kedua bukit itu suatu kaum yang hampir tidak mengerti pembicaraan.

“Mereka berkata: ‘Hai Zulkarnain, sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu membuat dinding antara mereka?’.

“Zulkarnain berkata: ‘Apa yang dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapnya adalah lebih baik, maka tolonglah aku dengan kekuatan (manusia dan peralatan), agar aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka. Berilah aku potongan-potongan besi’.

“Hingga apabila besi itu sudah sama rata dengan kedua-dua (puncak) gunung itu, berkatalah Zulkarnain: ‘Tiuplah (api itu)’. Hingga apabila besi itu sudah menjadi (merah seperti) api, dia pun berkata: ‘Berilah aku tembaga (yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas itu.

“Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat melubanginya. Zulkarnain berkata: ‘Ini (dinding) adalah rahmat daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji Tuhanku (kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji Tuhanku itu adalah benar’.”

Dalam ayat surah an-Anbiyaa’ pula, Allah berfirman: “Hingga apabila dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj; dan mereka turun dengan cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah kedatangan janji yang benar (kaimat) maka tiba-tiba terbelalaklah mata orang kafir. (Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”

Dr Fauzi berkata, selain dua surah al-Quran itu, terdapat banyak hadis kuat yang membicarakan mengenai Yakjuj dan Makjuj tetapi terdapat juga perbezaan pendapat di kalangan ulama mengenai ciri-ciri bangsa itu yang tidak diterangkan nas.

“Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.

Ulama juga cenderung mengatakan Yakjuj dan Makjuj berasal dan dikurung di benua Asia Tengah berdasarkan tafsiran ayat ke-90 dari surah al-Khafi yang menyebut Zulkarnain sampai ‘di tempat terbit matahari’ iaitu timur dunia,” katanya.

Pendapat lain menambah yang Yakjuj dan Makjuj berkemungkinan berasal daripada bangsa Tartar dan Mongul manakala lokasi tahanan mereka adalah kawasan pergunungan luas Caucasus.

Beliau berkata, kebanyakan ulama menyatakan yang bangsa itu terus wujud sehingga kini tetapi dipisahkan daripada dunia manusia oleh Allah SWT menerusi tembok dibina Zulkarnain itu.

Katanya, tugas bangsa itu setiap hari sejak ribuan tahun lalu adalah mengorek tembok itu untuk tembus ke dunia manusia tetapi Allah masih menghalang mereka dengan kembali meneguhkan benteng berkenaan sehinggalah hampirnya hari kiamat.

“Allah akan mengizinkan tembok itu runtuh dan Yakjuj dan Makjuj bebas ke dunia manusia apabila hampirnya kiamat dan peristiwa itu menjadi satu daripada 10 tanda besar kiamat,” katanya.

Yakjuj dan Makjuj juga muncul selepas kematian Dajal yang dibunuh Nabi Isa AS dan bangsa itu akan mendatangkan kerosakan besar di muka bumi. Kekuatan mereka dikatakan luar biasa dan terlalu hebat sehingga tiada sesiapa yang mampu menewaskan kumpulan itu.

“Nabi Isa AS memerintahkan manusia yang masih beriman berlindung di pergunungan bagi mengelak menjadi mangsa Yakjuj dan Makjuj; baginda kemudian berdoa kepada Allah SWT dan Allah membinasakan mereka dengan mengutuskan ulat yang menyerang belakang badan golongan itu sehingga mati.

“Selepas bangsa Yakjuj dan Makjuj mati serta menjadi busuk, Allah mengutuskan seekor burung besar untuk mengangkut dan membersihkan mayat itu dari bumi,” katanya.

Menyoroti dalil kewujudan Yakjuj dan Makjuj, manusia seharusnya yakin mempertahankan akidah Islam dan tidak bertangguh memohon keampunan dan keredaan Allah kerana mereka yang masih lalai adalah golongan yang diterangkan dalam surah an-Anbiyaa’ di atas seperti firman-Nya: “(Mereka berkata): ‘Aduhai, celakalah kami, sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan kami adalah orang yang zalim’.”


FAKTA YAKJUJ DAN MAKJUJ

1. Ketika kemunculannya, mereka dikatakan akan menuju ke sebuah tasik di Palestin dan akan minum air tasik itu sehingga kering.

2. Memiliki zuriat yang ramai dan dikatakan tidak akan mati sehingga melahirkan lebih 1,000 zuriat.

3. Tiada siapa mampu menewaskan mereka dan hanya binasa dengan kekuasaan Allah.

4. Muncul selepas turunnya Nabi Isa AS dan Dajal.

5. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menyatakan kebimbangannya apabila pada zaman baginda, Yakjuj dan Makjuj dikatakan sudah berjaya menebuk benteng Zulkarnain sebesar bulatan dibentuk ibu jari dan jari telunjuk

Tuesday, January 19, 2010

CABUTAN BERTUAH KALI PERTAMA DIADAKAN DI KELAS MINGGUAN TAIPING

18 Januari 2010 (Isnin) - Kelas Mingguan Taiping kali ini dihadiri oleh seorang penceramah yang tidak asing lagi bagi ahli - ahli HPA kawasan Taiping iaitu PJS Mohd. Zamri Bin Bakar iaitu salah seorang penceramah yang akan menyampaikan slot pada PBC Taiping minggu ini.

PJS Mohd. Zamri telah menyampaikan ceramah mengenai Pengenalan Syarikat dan info - info terkini serta Plan Pemasaran. Beliau juga menyentuh sedikit mengenai produk MEGA - 3 dan perawatan.

Pada Kelas Mingguan kali ini juga, pertama kali telah diadakan cabutan bertuah kepada ahli - ahli yang hadir. Seramai 3 orang telah terpilih menerima RADIX STRAWBERRY, RADIX GRAPE dan RADIX AISKRIM SODA. Hadiah - hadiah cabutan bertuah ini telah digunakan daripada wang kelab KPPU.

Sunday, January 17, 2010

PRODUK BARU YANG AKAN DIRASMIKAN PADA 25 JAN 2010




MESYUARAT KPPU KALI PERTAMA 2010


Pada 17 Januari 2010 (Ahad), jam 3.00 petang telah diadakan Mesyuarat KPPU buat kali pertama pada tahun 2010 ini. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh PJ Mohd. Yusfee Yusof selaku Pengerusi Kelab Pemimpin Perak Utara (KPPU) dan juga Pengerusi Komuniti KPU Taiping.

Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah PJS Aasim Bin Khalid (PJS KPU yang baru dilantik bagi tahun 2010 - Tahniah diucapkan) Naib Pengerusi KPPU, PJ Hindon Abdul Aziz, Setiausaha KPPU, PJ Mohd. Affendy Ismail, Naib Pengerusi, PJE Mohd. Irwan AzahariTahir (baru bulan ini naik PJE - Tahniah juga diucapkan), Mohd. Firdaus Wahi, Husna Nabilah Wahi dan AJK - AJK baru seperti Siti Jaleha Sulaiman, Hamidah Mohd. Yusoff, Suhail Hashmin Mat Hussin dan Muhd. Fitri Harun.

Banyak perkara telah dibincangkan dan banyak program telah dirancang. Semoga apa yang telah dirancang akan menjadi kenyataan. Mesyuarat telah tamat pada jam 5.30 petang.

PRA PBC KALI PERTAMA DI TAIPING

Pada 17 Januari 2010 (Ahad) telah diadakan PRA PBC yang pertama kalinya diadakan di Taiping. Program tersebut telah diadakan di Dewan Al Wahida, HPA Cawangan Taiping. Seramai 30 orang telah menyertainya yang terdiri daripada ahli dan bukan ahli.

Kutipan yang dibuat hanya RM 2.00 sahaja seorang untuk makan ringan dan minuman kopi radix mai secawan. Para penceramah yang telah hadir untuk menyampaikan slot ialah PJS Zainuddin Abdul (Pengenalan Syarikat dan Plan), bersama isteri beliau, PJ Nailulmuna Abdul Aziz (Perawatan dan Produk) dan Ustazah Fazilah Bt Yahya (Halal Haram) merupakan muka baru yang mempunyai bakat dan gaya tersendiri serta penyampaiannya yang jitu dalam bab halal dan haram telah menarik minat para peserta.

Gabungan 3 orang penceramah ini yang telah menyampaikan ceramah masing - masing telah menarik minat para peserta yang belum menyertai PBC untuk mendaftar pada PBC akan datang. Pemimpin - pemimpin KPPU yang turut hadir ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof, PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd. Affendy Ismail dan PJ Hindon Abdul Aziz. Kehadiran pemimpin - peminpin GEN 7 dari Taiping dan Sungai Petani juga telah memberi semangat kepada para peserta. PRA PBC Taiping akan diadakan setiap bulan, Insya Allah.

PJS ZAINUDDIN BIN ABDUL

PJ NAILULMUNA BT ABDUL AZIZ

USTAZAH FAZILAH BT YAHYA

PARA PESERTA YANG HADIR

Wednesday, January 13, 2010

PRA PBC TAIPING 17 JANUARI 2010

PENAPIS AIR & KRISTAL MINERAL DEW

KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR DEW

Katrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan. Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti. Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij yang murah dan mampu dimiliki. PH air yang hampir menyamai air Zam Zam. Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya. Penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik. Penapis Dew telah melalui ujian makmal Sirim. Air Dew boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.

KAJIAN MAJLIS AIR ANTARABANGSA


Kajian para saintis menyatakan pelbagai penyakit berpunca dari sel tubuh yang berasid dan ia terbentuk dari pemakanan seharian kita. Mineral berakali yang terdapat didalam air minuman boleh membantu meneutralkan sisa buangan berasid sebagai pencegahan terhadap pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, sakit sendi dan sebagainya termasuk kanser. Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kanser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.

MENGAPA MEMILIH PRODUK PENAPIS AIR DEW

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kenser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid. Apa yang menjadi masalah ialah harga tunai di pasaran Penapis Air terlalu tinggi sehingga mencapai RM2,000.00 harga tunai dan kos penyelengaraan yang mahal berbanding penapis Dew yang lebih murah dan berkualiti tinggi. ...Dew WATER berupaya memulihkan penyakit migrain, darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, buasir, batu karang, kanser payudara, kanser pangkal rahim, hepatitis A, hepatitis C, lelah, sakit urat, masalah mental, mengurangkan masalah syndrom down dan berbagai penyakit lagi.

Tuesday, January 12, 2010

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (11.1.2010)

PJS ZAINUDDIN ABDUL SEDANG MENYAMPAIKAN CERAMAH MOTIVASI

Kelas Mingguan HPA Taiping pada kali ini telah dihadiri oleh sepasang suami isteri yang ke mana sahaja bersama - sama. Mereka juga adalah warga pendidik dan penceramah yang hebat. Tidak lain dan tidak bukan iaitu PJS Zainuddin Bin Abdul bersama isteri beliau PJ Nailulmuna yang pakar dalam bidang perawatan.

Kehadiran Kelas Mingguan pada kali ini juga agak ramai daripada perjumpaan yang sebelumnya. Program dimulakan dengan ucapan daripada pengerusi majlis iaitu PJ Mohd. Yusfee Yusof yang telah menerangkan mengenai program - program yang telah berjalan dan yang akan datang, terutamanya Kursus PBC Taiping yang akan diadakan pada 23 dan 24 Januari 2010 ini.

PJS Zainuddin telah menyampaikan ceramah motivasi bagaimana teknik untuk berjaya dalam HPA, manakala PJ Nailulmuna pula telah menyampaikan ceramah mengenai perawatan. Kelas Mingguan berakhir pada jam 11.30 malam.

PJS ZAINUDDIN BERSAMA ISTERI BELIAU, PJ NAILULMUNA, KE MANA SAHAJA BERDUA

PARA HADIRIN KELAS MINGGUAN TAIPING

PEMIMPIN - PEMIMPIN HEBAT KPPU, PJE IRWAN, PJ AFFENDY DAN PJ SHAHRIL YANG TELAH BERHIJRAH KE SABAH (KUDAT) UNTUK MENGGEMPUR HPA DI SANA

PENGERUSI KPPU BERGAMBAR BERSAMA PJS ZAINUDDIN

PSD BATU KURAU PENUH ONAK DAN DURI UNTUK BERJAYA

Kini, sudah 3 tahun PUSAT STOKIS DAERAH BATU KURAU milik PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir beroperasi dan telah melalui berbagai - bagai cabaran dan dugaan. Berbagai tuduhan dan tohmahan telah dilemparkan kepada beliau, namun perjuangan tetap diteruskan walaupun pahit . Di kawasan Batu Kurau kini, HPA telah berkembang pesat dengan penubuhan 2 lagi stokis baru yang telah banyak membantu. Di antara stokis tersebut ialah Stokis Batu 16 (Kak Norliza) dan Stokis Jelai ( Ku Iskandar ). Disamping itu juga sudah lama wujudnya stokis dibawah rangkaian HPA Batu Kurau seperti Stokis Air Kuning (PJ Shahril Tahir), Pusat Jualan Taiping (PJ Mashitah Sujak), Pusat Stokis Daerah Changkat Jering (Ermawani Shafie), Stokis Kg Boyan, Taiping (Abdullah Hair), Stokis Tambun, Ipoh (Ustazah Hazlinda),dan Stokis Saujana Utama, Sg Buluh (Abg Rahim). Mereka telah banyak membantu dalam perjuangan ini...Menjelang 2010 , diharap lebih banyak stokis dan pengedar aktif di wujudkan di kawasan ini atau tempat berdekatan untuk memenuhi visi dan misi HPA. Banyak lagi aktiviti - aktiviti HPA yang perlu diadakan disamping memberi kefahaman peranan HPA dalam masyarakat. Rata - rata masyarakat khususnya melayu Islam masih lagi menganggap HPA hanya medan bisnes semata - mata, bukannya salah satu medan dakwah. Perlu diingat, ini menjadi tanggungjawab kita bersama (Ahli HPA) dalam mengembalikan kesedaran masyarakat Islam, khususnya dalam bab ekonomi Islam, pengambilan pemakanan halal dan sebagainya. Semoga dengan usaha kita yang sekecil ini, akan diberi keberkatan oleh Allah yang Maha kasih pada ciptaan-Nya.

TERUSKAN PERJUANGAN WALAUPUN PENUH ONAK DAN DURI.....

Monday, January 11, 2010

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA....1 HPA

SAYA, PJ MOHD. YUSFEE YUSOF INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH YANG TIDAK TERHINGGA KEPADA SEMUA PJS - PJS DAN SAF - SAF KEPIMPINAN DARI KPU DAN KPPU YANG TIDAK PERNAH MENGENAL ERTI PENAT DAN LELAH SANGGUP BERUSAHA DATANG KE TAIPING MEMBANTU KAMI UNTUK MENAIKKAN HPA DI TAIPING INI.

SAYA AMAT BERSYUKUR KE HADRAT ILAHI KERANA TELAH MENEMUKAN SAYA DENGAN HPA DAN PEMIMPIN - PEMIMPIN YANG MENGAMBIL BERAT TENTANG UKHUWAH PERSAUDARAAN YANG TIDAK MENGIRA `DOWNLINE' SIAPAKAH DIA ?

KITA TELAH MELALUI JALAN YANG SAMA DEMI SATU PERJUANGAN YANG KITA BINA BERSAMA PENGARAH URUSAN KITA, TUAN HAJI ISMAIL BIN HAJI AHMAD DAN TERUS MENERUS BERUSAHA UNTUK MEMPERJUANGKAN PRODUK HALAL KEPADA MASYARAKAT DI MALAYSIA DAN JUGA DI DUNIA, INSYAALLAH.

SEMOGA APA YANG KITA USAHAKAN AKAN MENDAPAT KEREDHAAN DARIPADA ALLAH SUBHANAHU WA TA`ALA DAN DIALAH YANG AKAN MEMBALASNYA.

DAN YANG PALING PENTING ADALAH KEIKHLASAN DALAM MEMPERJUANGKAN HPA, KERANA JIKA TIDAK ADA KEIKHLASAN DALAM SETIAP HATI AHLI HPA, MAKA SUATU HARI NANTI TIDAK AKAN ADA HPA UNTUK KITA TINGGALKAN KEPADA ANAK CUCU KITA NANTI.


AKHIR SEKALI SAYA INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH LAGI SEKALI KEPADA SEMUA SAF - SAF KEPIMPINAN YANG TELAH MENAIKKAN HPA DI TAIPING DAN DI KAWASAN PERAK UTARA.

SALAM MA`AL HIJRAH 1431,
SELAMAT TAHUN BARU 2010
DAN SALAM 1 HPA.