Sunday, February 21, 2010

PBC TAIPING 20 & 21 FEBRUARI 2010 BERJAYA


Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) Taiping yang telah berlangsung pada 20 dan 21 Februari 2010 telah berjaya dilaksanakan. Kursus PBC yang diadakan di Hotel Seri Malaysia Taiping telah berjaya menghimpunkan seramai 30 orang peserta dari serata tempat.

Menurut Pengarah PBC Taiping pada kali ini iaitu PJE Mohd. Irwan Azahari Bin Tahir, walaupun yang berdaftar di HPA Cawangan Taiping asalnya hanya 4 orang sahaja dan ini telah melemahkan semangatnya, tetapi dengan tidak disangka, daripada sejumlah 4 orang yang berdaftar, terus melonjak ke 30 orang pada hari pertama Kursus PBC. Menurut beliau lagi, ini adalah hasil daripada pertolongan dan bantuan yang telah diberikan oleh semua pemimpin - pemimpin KPU Taiping yang tidak jemu - jemu dan telah berusaha bersungguh - sungguh untuk mencari prospek - prospek untuk di bawa ke Kursus PBC.

Alhamdulillah, PBC Taiping kali ini telah berakhir dengan jayanya dengan bantuan daripada pemimpin - pemimpin dari KPU seperti PJS Pn. Noormah Zainol, PJS Pn. Asnah Mustafa dan PJ Roslina. PBC kali ini juga lebih meriah dengan kehadiran pemimpin - pemimpin baru dari GEN 7 yang telah mewarnai PBC Taiping kali ini.

Di antara penceramah - penceramah yang hadir adalah PJS Mohd. Nadzri Ahmad (Pengenalan Syarikat), PJS Ismail Othman (Plan Pemasaran), PJS Sabri Ahmad (6M), PJS Saliza Zainol (Halal Haram), PJS Noormah Zainol (Diagnos Saraf Tapak Tangan), PJS Mohd. Zamri Bakar (Produk Pilihan), PJ Harryzan Yaakub (Malam Bintang - Bintang) dan PJS Siham Hashim (Bersama Pemimpin).

Kumpulan Pembentang Terbaik ialah Kumpulan Paramaria Plus. Manakala Pembentang Terbaik Lelaki pula ialah Saudara Norzie Bin Abdul Aziz, daripada Ipoh dan Pembentang Terbaik Perempuan pula ialah Saudari Latipah Bt. Ishak dari Batu Kurau, Perak.

Kursus PBC Taiping diakhiri dengan penggambaran beramai - ramai peserta bersama pemimpin.


No comments:

Post a Comment