Friday, February 26, 2010

KELAS MINGGUAN TAIPING (22.2.2010)

Kelas Mingguan HPA Cawangan Taiping kali ini menampilkan 2 orang penceramah yang tidak asing lagi bagi ahli - ahli HPA di kawasan Taiping ini. Mereka adalah PJS Noormah Bt. Zainol (isteri kepada PJS Mohd. Nadzri Ahmad) dan PJS Asnah Bt. P.K. Mustafa (Penyelaras, urusetia dan penceramah PBC Taiping setiap bulan). Mereka hadir dengan seorang pemimpin dari Sungai Petani.

Majlis telah dipengerusikan daripada pemimpin baru dari GEN 7 iaitu Shamsuddin Bin Kiyoh. PJE Irwan Azahari Tahir telah menyampaikan pengenalan dan perkembangan terkini HPA. Selepas itu, PJS Asnah menyampaikan produk pilihan dan PJS Noormah menyampaikan perawatan.

Selepas Kelas Mingguan, semua hadirin telah dijemput menikmati jamuan yang telah dibawa oleh PJS Asnah, PJS Noormah dan PJ Hindun iaitu tapai, ketupat dan kuah kari dicicah dengan roti.


No comments:

Post a Comment