Showing posts with label HPA CAWANGAN TAIPING. Show all posts
Showing posts with label HPA CAWANGAN TAIPING. Show all posts

Saturday, February 13, 2010

HPA CAWANGAN TAIPING SUDAH MEMPUNYAI P.A. SYSTEM


11 Februari 2010 (Khamis) - HPA Cawangan Taiping kini telah pun mempunyai `P.A. System' nya sendiri setelah sekian lama ditunggu oleh ahli - ahli HPA di kawasan Taiping. Semenjak HPA Cawangan Taiping dibuka dari tahun 2005 sehingga kini, barulah HPA Cawangan Taiping mendapat `P.A. System' untuk kemudahan penceramah menyampaikan ceramah dan juga aktiviti - aktiviti yang diadakan di Dewan Al Wahida ini.

`P.A. System' yang baru ini akan dirasmikan pada Kelas Mingguan yang akan datang pada 15 Februari ini. Datanglah beramai - ramai ke Kelas Mingguan HPA Cawangan Taiping yang diadakan di Dewan Al Wahida setiap hari Isnin malam bermula jam 9.00 malam.

KELIHATAN WAJAH CERIA STAF - STAF HPA CAWANGAN TAIPING MEMASANG `P.A. SYSTEM' DAN `SPEAKER BOX' BARU.

Saturday, August 1, 2009

HPA CAWANGAN TAIPING BERWAJAH BARU

HPA Cawangan Taiping yang telah mula beroperasi pada tahun 2006, kini telah berwajah baru. Menurut Pengurus HPA Cawangan Taiping, iaitu Pn. Waheeda Hanim, sekarang para pengedar boleh berurusan dengan lebih selesa berbanding dulu. Ini adalah kerana ruang hadapannya telah diluaskan untuk keselesaan pelanggan yang semakin ramai. Jualan HPA Cawangan Taiping juga telah meningkat sehingga mencecah RM 280,000 sebulan.

Staff HPA Cawangan Taiping sekarang adalah seramai 5 orang.