Wednesday, May 27, 2009

KELAS MINGGUAN PUSAT AGENSI KUALA KANGSAR ( 23 MEI 2009 )

Pada 23 Mei 2009, Meeting Mingguan Pusat Agensi Kuala Kangsar telah dihadiri oleh 3 orang pemimpin daripada Taiping iaitu PJ Mohd Yusfee Yusof ( menyampaikan Produk 3D ), PJ Mohd Affendy Ismail ( pengenalan syarikat ) dan PJI Haridah Khanun ( motivasi ). Seramai 20 orang telah menghadiri Meeting Mingguan tersebut. Menurut Pengurus Pusat Agensi tersebut, PJ Sazali Salihuddin, beliau amat bersyukur kerana mulai sekarang meeting mingguan akan diadakan seminggu sekali berbanding dahulu hanya 2 minggu sekali. Lebih ramai lagi PJS - PJS yang akan turun kesitu untuk memberi ilmu - ilmu dan info - info terkini mengenai HPA.


Tuesday, May 19, 2009

MEETING MINGGUAN HPA TAIPING ( 18 MEI 2009 )

Meeting Mingguan kali ini manampilkan 2 orang penceramah yang agak hebat dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang iaitu PJ Ust Syamizam Bin Ibrahim dan PJ Hezri Bin Ariffin. Walaupun belum bergelar PJS, namun ceramah yang mereka sampaikan pada malam itu memukau para hadirin yang seramai 30 orang. PJ Ust Syamizam yang sebelum ini pernah menyampaikan slot Halal Haram pada PBC yang lalu telah menyampaikan ceramah mengenai INILAH JALAN KITA. Manakala PJ Hezri telah menyampaikan ceramah mengenai produk MALAC

Pemimpin - pemimpin daripada KPPU yang turut hadir ialah PJ Mohd Yusfee ( pengerusi majlis ), PJ Mohd Irwan Azahari, PJ Hindon, PJ Mohd Shahril, PJ Sazali, PJ Mohd Affendy, Firdaus Wahi dan Nabilah Husna Wahi.

PJ Ustaz Syamizam Bin Ibrahim

PJ Hezri Bin Ariffin

Para hadirin yang mendengar ceramah

Monday, May 18, 2009

MERBAU PENCUCI LANTAI ORGANIK

Kali ini HPA mengeluarkan pula produk MERBAU pencuci lantai organik untuk kegunaan kita. Sepertimana yang kita ketahui, kebanyakan cecair pencuci yang berada di pasaran adalah tidak halal kerana menggunakan bahan yang bersumberkan daripada lemak binatang. Maka HPA telah mengeluarkan WIDURI sebelum ini untuk mencuci pinggan mangkuk, dan sekarang MERBAU, pencuci lantai organik, Syukur kepada Allah.

KOD : SHO6
HARGA AHLI : RM 4.00
HARGA BUKAN AHLI : 4.50
NILAIMATA : 1

WIDURI PENCUCI PINGGAN ORGANIK

Sekarang telah keluar produk baru iaitu WIDURI - pencuci pinggan organik bagi menggantikan produk WAHDAH yang terputus buat masa ini. GUNAKAN TANPA WAS - WAS.

KOD : SH08
HARGA AHLI : RM 4.00
HARGA BUKAN AHLI : RM 4.50
NILAIMATA : 1

Saturday, May 16, 2009

PENYERTAAN TERAMAI PBC TAIPING KALI INI



Pada 16 & 17 Mei 2009, berlangsungnya Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang ( PBC ) di Hotel Seri Malaysia Taiping, yang teramai pada tahun ini iaitu seramai 65 orang peserta. Ini adalah yang kedua penyertaan teramai kalau dibandingkan dengan PBC yang terdahulu yang merekodkan paling banyak seramai 73 orang dalam sejarah PBC Taiping. Menurut Pengarah Program PBC pada kali ini iaitu PJ Sazali Bin Salihuddin, penyertaan yang ramai pada kali ini adalah kerana para penceramah yang hadir pada PBC kali ini adalah yang hebat - hebat belaka seperti PJS Syed Ageel Bin Syed Mahayadin ( Plan Pemasaran ), PJS Noormah Bt Zainol ( Pengenalan Syarikat ), PJS Aseri Bin Hanapiah ( 6M ), PJS Saliza Bt Zainol ( Produk Halal ), PJS Mohd Nadzri Bin Ahmad ( Kopi Radix ) dan PJS Syarifah Bt Sulaiman ( Saraf Tapak Tangan ). Turut hadir membantu adalah PJS Asnah Bt Mustafa, PJ Haryzan dan PJS Ustazah Siham.

Manakala para fasilitator pula adalah PJ Mohd Yusfee Yusof, PJ Mohd Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd Shahril Tahir, PJ Sazali Salihuddin, PJI Haridah Khanun, PJ Hindon Abd Aziz, PJ Mohd Affendy Ismail, PJ Hj Azizan Ismail, PJ Siti Nazirah, Firdaus Wahi dan ramai lagi.

Malam Bintang - bintang pula ialah PJ Mohd Yusfee Yusof yang telah menceritakan pengalaman beliau semasa memperkenalkan HPA di Sabah pada tahun 1996. Pahit getir yang dilalui oleh beliau semasa di bumi Sabah dan menjadi Stokis pertama di Sabah pada tahun 1997 sambil menunjukkan gambar - gambar yang menjadi kenang - kenangan beliau semasa dulu.



Thursday, May 14, 2009

MEETING MINGGUAN HPA TAIPING ( 11 MEI 2009 )

Pada 11 Mei 2009, Meeting Mingguan HPA Taiping berjalan kembali setelah sekian lama tidak diadakan. Para PJS yang telah datang pada kali ini adalah PJS Salihuddin Remly dan PJS Shaari Bin Yaakub dari Alor Setar Kedah, bersama sahabat mereka PJ Ramli Bin Che Mat.

Meeting Mingguan kali ini telah dipengerusikan oleh PJ Mohd Yusfee Yusof, bermula dengan ceramah mengenai produk Roselle dan Pengenalan Syarikat oleh PJS Salihuddin Remly. Kongsi pengalaman dan motivasi telah disampaikan oleh PJS Shaari Yaakub, merupakan orang lama dalam HPA. Beliau telah berkecimpung dalam HPA semenjak tahun 1996 lagi.

Para pemimpin - pemimpin KPPU yang hadir ialah PJ Mohd Yusfee, PJ Mohd Irwan Azahari, PJ Mohd Shahril, PJI Haridah Khanun, PJ Hindon, PJ Hj Azizan, PJ Sazali, Siti Nafsiah, Firdaus dan Husna Nabilah.

Thursday, May 7, 2009

KALIMAH ALLAH PADA DADIH

Pada hari Jumaat yang mulia ini ( 8 Mei 2009 ) saya telah mendapat e-mail dari sahabat saya yang bertugas di Perlis ( staff HPA bahagian Farms Sdn. Bhd. ) yang telah membeli dadih yang mengandungi Kalimah ALLAH di bahagian atas dadih tersebut. Subhanallah, itulah tanda - tanda kekuasaanNya. tidak semua yang mendapat rezeki macam sahabat kita itu. Hanya yang dipilih oleh ALLAH sahaja yang akan mendapatnya.

Ada lagi satu peristiwa yang berlaku pada sebulan yang lalu iaitu pada ( 8 April 2009 ), tepat pada jam 12 tengahari, dimana tidak ada setitik hujan pun pada waktu itu. Berlakunya bentuk yang aneh di langit, iaitu pelangi yang mengelilingi matahari dan sebaris gumpalan awan yang membelah matahari. Kejadian ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Itulah KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH.
LIHAT GAMBAR DI BAWAH :



`PACKAGING' BARU PRODUK TERLARIS HPA

Di atas adalah `packaging' baru ( menggantikan kotak ) bagi produk - produk terlaris HPA yang akan keluar tak lama lagi seperti Kopi Radix, Teh Manjakani, Radix Koko dan Radix Diet ( produk baru ).

Wednesday, May 6, 2009

MALAYSIA HALAL SHOWCASE ( MIHAS ) 2009


Bermula 6 Mei hingga 10 Mei 2009, berlangsungnya MIHAS 2009 di Booth HPA F127 & F128, Menara MATRADE, Kuala Lumpur. HPA tidak ketinggalan menyertainya setiap tahun.
DATANGLAH BERAMAI - RAMAI

Monday, May 4, 2009

PROGRAM KEPIMPINAN KPU ( 3 MEI 2009 )

Pada 3 Mei 2009, KPU telah mengadakan PROGRAM KEPIMPINAN KPU untuk semua GEN dari 1 hingga 6. Program ini telah diadakan di Hotel SP Inn, Sungai Petani. Di antara slot - slot yang telah diadakan pada program kali ini ialah :
  1. Tugasan kumpulan bagi mewujudkan lakonan rakaman video.
  2. Ceramah `Bahan Kimia Dalam Pemakanan - Antara Kebaikan Dan Keburukan ' oleh :Dr. Afidah Bt Abd Rahim, Timbalan Dekan Fakulti Pengajian Sains Kimia, Universiti Sains Malaysia.
  3. Taklimat Zakat Perniagaan oleh : Ustaz Ku Md Ali Bin Hj Ku Ramli.
  4. Diskusi Buku `Menjadi Jutawan MLM' oleh : 7 orang PJS terpilih iaitu,
  • PJS Sabri Bin Ahmad
  • PJS Syed Ageel Bin Syed Mahayadin
  • PJS Zanbli Bin Abd Rashid
  • PJS Asnah Bt P K Mustafa
  • PJS Asneah Bt Badri
  • PJS Zainuddin Bin Abdul
  • PJS Syed Salahudin Bin Syed Mahayadin
Suasana semasa Program Kepimpinan KPU

Penulis BLOG bersama saudara Firdaus Wahi, GEN dari Batu Kurau, Perak

Taklimat Zakat Perniagaan oleh : Ustaz Ku Md Ali Bin Hj Ku Ramli

Penulis BLOG bersama saf - saf kepimpinan yang hadir
PJ Mohd Irwan Azahari Tahir, PJS Zamri Bin Bakar dan PJS Mohd Nadzri Bin Hj Ahmad

PERKONGSIAN ILMU CEMERLANG ( 2 & 3 MEI 2009 )

Pada 2 & 3 Mei 2009 telah berlangsungnya PERKONGSIAN ILMU CEMERLANG ( PIC ) di Dewan Umar Mukhtar ( atas RFC ) Sungai Petani, Kedah. PIC yang telah dihadiri seramai 140 orang peserta dari seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak menunjukkan bahawa ramai ahli HPA yang ingin mengetahui dan ingin belajar mengenai herba dan perawatan. Apatah lagi disampaikan sendiri oleh Pengarah Urusan kita, Tn Hj Ismail Bin Hj Ahmad. Banyak ilmu - ilmu dan info - info yang telah disampaikan Tn Hj Ismail pada PIC kali ini. Semoga ilmu yang diperolehi oleh peserta - peserta PIC akan digunakan untuk kesejahteraan umat manusia. Insya Allah.

Saturday, May 2, 2009

SELAMAT BERTUGAS

KPPU mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada SAHARAH BT HAMDAN yang baru bertugas pada 7 April 2009 yang lalu. Maka bertambah lagi staff HPA Cawangan Taiping. Semoga penjualan setiap bulan juga akan bertambah.