Showing posts with label PEMBUKAAN. Show all posts
Showing posts with label PEMBUKAAN. Show all posts

Monday, February 28, 2011

RFC IPOH DI SILIBIN SUDAH DIBUKA

28 Februari 2011 (Isnin) - Restoran Radix Fried Chicken (RFC) yang ditunggu - tunggu kemunculannya oleh rakyat negeri Perak akhirnya telah dibuka dan beroperasi di Silibin, Ipoh. Ini adalah satu nikmat pemberian Allah kepada rakyat negeri Perak yang memerlukan restoran makanan segera yang halal di bawah rangkaian perniagaan HPA. Marilah bersama - sama kita memeriahkannya.

Thursday, April 22, 2010

MELAKA HALAL HUB

Melaka Halal Hub (MHH) merupakan satu kawasan Perindustrian yang pertama di buat secara berkelompok. Keluasan Kawasan Melaka Halal Hub (MHH) dianggarkan seluas 12.77 ekar dengan kos pembinaan bernilai RM 12 Juta dan terletak di Kawasan Perindustrian Serkam, Jasin, Melaka iaitu 2.3 Km daripada Lebuhraya Melaka – Muar (AMJ). Pelbagai produk - produk Halal yang dihasilkan oleh usahawan - usahawan tempatan untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa, antaranya makanan sejuk beku, Santan, Air mineral, roti canai, kuih - muih tempatan. Komponen Melaka Halal Hub (MHH) ini terdiri daripada 2 buah komponen iaitu komponen A : Sebuah Bangunan Anchor (Kompleks Kilang GMP 2 Tingkat), 13 unit Bangunan kilang Teres 1 1/2 Tingkat, dan Komponen B : 10 Unit Kedai Teres dan 34 unit Kilang Kembar.

PERASMIAN HPA HALAL MART JEJAWI 2

PERASMIAN HALAL MART HPA DI JEJAWI, PERLIS DAN LANGGAR, KEDAH

HPA melebarkan sayapnya di Zon Utara dengan pembukaan Halal Mart di dua lokasi yang berbeza iaitu Jejawi (berhadapan JPJ), Perlis manakala satu lagi di Langgar, Kedah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad pada 15 April 2010 ( khamis ) Jejawi, manakala Langgar pada 16 April 2010 (Jumaat). Bermula jam 8.00 malam Bacaan Surah Yassin dan Solat Isyak Berjamaah. Seterusnya majlis perasmian ucapan oleh wakil zon, wakil kpu , dan ucapan perasmian oleh PU 1 HPA.

Wednesday, April 14, 2010

HPA AUTO SERVICES KINI DI PERLIS

HPA Auto Service di Perlis kini telah mula beroperasi di alamat No 27, Jalan Pertiwi, Taman Pertiwi, Seriab, 01000 Kangar Perlis.

Mekanik 1: En.Kamal 017 592 5509
Mekanik 2 : Hasib 019 548 9073

Tuesday, February 9, 2010

PERASMIAN KILANG BOTOL HPA

Kilang Botol HPA telah dirasmikan pembukaannya oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Haji Ismail bin Haji Ahmad pada 4 Februari 2010 yang lalu. Kilang ini terletak bersebelahan Kilang Cola Radix HPA. Dengan adanya kilang botol sendiri, banyak kos dapat dijimatkan dan ia akan membantu mengurangkan harga produk HPA yang berbentuk botol.

lancar011

lancar019

rasmi003

lancar021

lancar042

Sumber : http://duniaherbahpa.com/

Friday, January 8, 2010

MENARA BARU HPA DI SHAH ALAM


Alhamdulillah Menara HPA bernilai RM54 juta di Seksyen 13 Shah Alam telah siap untuk digunakan pada bulan Mac ini. Bermula Mac 2010 ini juga bermulalah penghijrahan Ibu Pejabat dari Kompleks Al Wahida di Jejawi Perlis ke Menara HPA di Shah Alam Selangor.

Pengumuman ini dibuat oleh Pengarah Urusan 1, Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad melalui wakilnya Ustaz Mohamad Ibrahim di Hotel de Palma Shah Alam diakhir kuliah perubatan Jawi pada 7 Januari 2010.


Tuesday, December 8, 2009

BENGKEL KERETA HPA INOVASI BARU DALAM HPA


Alhamdulillah, baru-baru ini HPA telah pun mewujudkan satu lagi cabang perniagaan yang baru iaitu pembukaan sebuah bengkel kereta yang dinamakan HPA Auto Services. Bengkel ini bertujuan memberi kemudahan kepada ahli-ahli HPA untuk membaiki kereta mereka di sini. Perkhidmatan yang diberikan adalah amat berpatutan. Terletak di Bandar Laguna Merbok, Sungai Petani Kedah sememangnya lokasi yang strategik. Selain itu HPA Auto Services ini membuka peluang kepada anak-anak ahli HPA untuk bekerja atau membuat praktikal mereka selepas tamat pengajian di dalam bidang kemahiran automotif. Tidak mustahil jugak suatu hari nanti HPA Auto Services ini menjadi one stop center dalam melahirkan pelajar yang berkemahiran dalam membaiki kereta. Insyallah marilah kita mendoakan agar cita-cita Pengarah Urusan kita ini dapat direallisasikan bersama. Akhir kalam dari penulis, bersama memajukan ekonomi ummah seantero dunia.

Saturday, October 24, 2009

PEMBUKAAN RFC KLUANG

RFC Kluang telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad pada 24 Oktober 2009. Ini adalah RFC yang ke - 4 selepas Sungai Petani ( 2 ) dan Alor Setar ( 1 ).

RADIX PIZZA HOUSE MELAKAR SEJARAH


Satu lagi sejarah telah pun dilakar oleh HPA di mana, Pizza HPA yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights, Sungai Petani. Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoren HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam.

Kita seharusnya merasa bangga kerana usaha ini akan mengembang dan meningkatkan lagi ekonomi ummah. Kerana produk yang BERKAT akan mendapat KEREDAHAAN dari ALLAH S.W.T. Insya’allah…