Wednesday, November 10, 2010

ANAK PJS MOHD. NADZRI AHMAD DAN PJS NOORMAH ZAINOL TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

10 November 2010 (Rabu) - Anak PJS Mohd. Nadzri Ahmad dan PJS Noormah Zainol yang ke - 9 daripada 10 orang adik beradik, Muhammad Adi Aqwa Bin Mohd. Nadzri yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.30 pagi tadi akibat terlibat dengan kemalangan motosikal yang dipandu olehnya semasa beliau ingin menuju ke sekolah. Motosikal yang dipandunya tidak dapat dikawal dan terjatuh setelah mengelak kereta di hadapan yang berhenti mengejut. Setelah jatuh, penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan telah merempuh beliau dengan kuat menyebabkan beliau meninggal di tempat kejadian.

Jenazah beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Petani sebelum dibawa balik ke rumah keluarganya di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Pada jam 1.30 petang, jenazah beliau telah dibawa ke tanah perkuburan Masjid Al Barokah di Tikam Batu untuk disembahyangkan dan dikebumikan.

Kelab Pemimpin Perak Utara (KPPU) mengucapkan takziah kepada keluarga PJS Mohd. Nadzri Ahmad dan PJS Noormah Zainol atas kehilangan anak mereka yang dikasihi.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu wa taala. AL FATIHAH.


Monday, November 8, 2010

KURSUS KEPIMPINAN GEN KOMUNITI TAIPING DAN KUALA KANGSAR BERSAMA PJS NADZRI AHMAD

7 November 2010 (Ahad) - Kursus Kepimpinan Gen Komuniti Taiping Dan Kuala Kangsar telah diadakan di Dewan Al Wahida, HPA Cawangan Taiping bermula seawal jam 9.00 pagi. Kursus ini diadakan adalah untuk memberikan semangat dan motivasi kepada pemimpin - pemimpin sekitar Taiping dan Kuala Kangsar. Ceramah motivasi telah disampaikan oleh PJS Mohd. Nadzri Ahmad selaku penasihat komuniti KPU Taiping.

PJS - PJS yang turut hadir pada perjumpaan ini ialah PJS Noormah Zainol, PJS Asnah P.K. Mustafa dan PJS Haridah Khanun. Seramai 16 orang pemimpin di kalangan Gen yang telah hadir pada perjumpaan ini daripada 30 orang Gen yang berdaftar.

Selapas ceramah tersebut, satu mesyuarat AJK Komuniti telah diadakan bagi membincangkan program - program yang akan djalankan sepanjang tahun 2010 dan 2011. Mesyuarat tamat pada jam 1.30 tengahari.

Saturday, November 6, 2010

SELAMAT DATANG KE CERAMAH MOTIVASI MINGGUAN BERSAMA PJS NOOR HYZAD

CERAMAH MOTIVASI MINGGUAN TAIPING PERTAMA

5 Oktober 2010 (Jumaat) - CERAMAH MOTIVASI MINGGUAN (CMM) buat kali pertamanya telah diadakan dengan jayanya di HPA Cawangan Taiping. Kelas Mingguan (KM) yang dulunya telah diadakan pada hari Isnin malam, kini telah ditukar ke hari Jumaat malam dengan nama yang baru iaitu Ceramah Motivasi Mingguan (CMM).

Penceramah yang telah hadir pada CMM kali ini ialah PJS Zanbli Bin Abdul Rashid bersama dengan isteri beliau PJS Muzlina Bt. Abdul Rahim yang datang dari Pulau Pinang. PJS Zanbli telah menyampaikan teknik kejayaan melalui 6M, manakala PJS Muzlina pula telah menyampaikan 10 produk dan perawatan herba.

Monday, November 1, 2010

KELAS MINGGUAN DITUKAR CERAMAH MOTIVASI MINGGUAN BERMULA JUMAAT INI


Bermula Jumaat ini, pada 5 November 2010, Kelas Mingguan (KM) HPA Taiping akan ditukar dengan nama Ceramah Motivasi Mingguan (CMM) HPA Taiping. Ini adalah kerana terdapat beberapa perubahan yang akan dilakukan dalam program tersebut. Penceramah pertama yang akan hadir pada CMM ialah PJS Zanbli Bin Abdul Rashid bersama isteri beliau PJS Muzlina Bt. Abdul Rahim.

Susunan jadual telah atur dengan penceramah - penceramah yang hebat - hebat setiap minggu. Masuk adalah percuma. Datanglah beramai - ramai.

HPA AKAN BUKA PASARAYA

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my

HPA Industries Sdn Bhd (HPA), syarikat pemasaran pelbagai peringkat (MLM) milik Bumiputera terbesar di negara ini, menyasarkan mempunyai pasar raya besar berkonsep produk halal dan suci keluaran orang Islam sendiri dalam tempoh lima tahun akan datang.

Keyakinan itu bersandarkan HPA yang juga MLM berkonsep syariah bermula daripada jualan daripada rumah ke rumah sebelum dinaikkan taraf kepada cawangan, halal mart dan terbaru HPA Halal Mall yang dilancarkan pada 2 Oktober lalu.

Majlis pelancaran HPA Halal Mall itu bersamaan dengan perasmian mercu tanda HPA dikenali HPA International Center (HPAIC) yang bernilai hampir RM60 juta di Seksyen 13, Shah Alam Selangor pada hari yang sama, disempurnakan Pengarah Urusan 1 HPA, Ismail Ahmad bersama lebih 2,000 Pengarah Jati Setia (PJS) dan ahli syarikat itu dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Brunei.

Ismail berkata, pelancaran HPAIC bermakna ‘gelombang kedua’ yang harus dilalui semua warga syarikat itu selepas kejayaan yang diraih syarikat yang bermula dengan modal permulaan hanya RM3,000 pada 1998, tetapi kini mencatatkan jualan hampir RM20 juta sebulan di Malaysia dan RM3 juta di Indonesia.

“Permintaan produk halal di seluruh dunia tahun ini saja berjumlah RM7.1 trilion dan HPA melihat peluang yang cukup besar untuk HPA kerana perjuangan kita selama ini untuk membawa produk halal dan suci kepada ummah.

HPA Mall adalah langkah awal untuk kita merealisasikan impian mempunyai emporium produk halal dan suci kita sendiri pada masa depan dengan sasaran kita pasar raya besar di atas jenama kita akan dibuka selewat-lewatnya lima tahun lagi,” katanya.

Menurutnya, HPA yakin pemasaran tidak menjadi masalah kerana selain mempunyai lebih 670,000 ahli yang komited di Malaysia dan 250,000 di Indonesia, Kemboja, Thailand dan Brunei, produk halal dan suci dicari semua lapisan masyarakat tanpa mengira agama dan bangsa.

Ismail berkata, masalah utama untuk HPA membuka pasar raya besar sekarang ialah faktor kekurangan produk.

“Perancangan HPA ialah selain produk yang kami keluarkan sendiri, syarikat ini juga menjadi pemasar bagi produk orang Islam yang dikenal pasti halal dan suci serta daripada bahan bermutu,” katanya.

Disebabkan itu, katanya, HPA kini melaksanakan program khas untuk mencari usahawan Bumiputera menjadi rakan niaga kepada HPA.