Saturday, February 6, 2010

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (1.2.2010)

Kelas Mingguan HPA Taiping kali ini menampilkan 2 orang penceramah yang tidak asing lagi bagi ahli - ahli HPA di Taiping. Mereka adalah PJ Harryzan Bin Yaakub, seorang peguam yang mempunyai firma guaman dari Pulau Pinang bersama isteri beliau PJ Saliza Bt. Zainol, seorang penceramah agama di radio Pulau Pinang dan juga penceramah tetap slot Halal dan Haram PBC Taiping.

PJ Harryzan telah menyampaikan slot pengenalan HPA dan motivasi. Selepas itu, beliau bersama isteri telah mengadakan demo kelebihan produk WAHDAH. Para hadirin yang seramai 30 orang sangat teruja dengan demo yang telah ditunjukkan. Selepas daripada itu, PJ Saliza pula telah menyampaikan ceramah mengenai produk EQ MINDA yang mempunyai banyak khasiat dan menjadi amalan pemakanan Rasulullah S.A.W.

Kelas Mingguan kali ini juga telah diadakan cabutan bertuah untuk 3 orang iaitu Ubat Gigi HPA. Seramai 16 orang GEN telah hadir pada Kelas Mingguan kali ini dan menampakkan satu kemajuan bagi Pemimpin - pemimpin di Taiping ini.


No comments:

Post a Comment