Saturday, January 2, 2010

PELANCARAN GEN 7 KPU PENUH GILANG GEMILANG

Pelancaran Saf Kepimpinan yang ke - 7 Kelab Pemimpin Utara atau GEN 7 telah diadakan di Sungai Petani Inn pada 1 Januari 2010. Pelancaran tersebut yang bermula pada jam 9.00 malam telah dihadiri oleh para pemimpin - pemimpin dari GEN 1 hingga GEN 6 dan juga bakal GEN 7, telah memenuhi ruang dewan besar di SP Inn itu.

Pelancaran tersebut lebih berseri dengan ucapan daripada Presiden KPU iaitu PJS Azizan Bin Ahmad yang baru 3 hari pulang dari Mekah menunaikan haji. Banyak amanat yang telah disampaikan oleh Presiden KPU itu. Selepas itu disusuli pula oleh ucapan Pengarah Program iaitu PJS Mohd. Zahir Bin Ghazali yang menyampaikan etika dan prasyarat untuk menjadi GEN.

Selepas tayangan video, ucapan daripada Pengurus Besar iaitu En. Mohd. Faisol Bin Abdul Rahman dan seterusnya merasmikan Pelancaran GEN 7. Banyak perkara penting yang disampaikan oleh GM terutama sekali mengenai `doktrin' atau pegangan kita sebagai ahli HPA yang bukan sahaja memperkenalkan produk halal kepada masyarakat, tetapi juga mempunyai perjuangan yang mantap dalam merialisasikan kejayaan di dunia dan di akhirat.

Selepas itu, acara penyampaian sijil kepada semua bakal GEN 7 yang hadir oleh Pengurus Besar HPA Industries Sdn. Bhd. Program Pelancaran GEN 7 telah tamat pada jam 11.30 malam.


No comments:

Post a Comment