Sunday, January 10, 2010

KELAS MINGGUAN KUALA KANGSAR (10.1.2010)

Pada 10 Januari 2010, Kelas Mingguan Kuala Kangsar bertempat di Pusat Agensi Kuala Kangsar milik PJ Sazali Bin Salihuddin, menampilkan pemimpin lama dan baru. Penceramah yang telah menyampaikan ceramah pada malam itu ialah Ustaz Ahmad Firdaus Bin Mohammed Ali, merupakan pemimpin baru dari Komuniti Taiping yang mempunyai banyak ilmu dalam menyampaikan ceramah agama. Beliau juga mempunyai pusat pengajiannya sendiri yang diberi nama `REINSAN CENTRE' beralamat no. 5, Sri Klebang, A-13, Bandar Baru Sri Klebang, Chemor, Perak. Ustaz Firdaus telah menyampaikan motivasi mengenai produk halal.

Manakala penceramah kedua pula ialah PJI Haridah Khanun Bt. Rehman Khan yang tidak asing lagi bagi ahli - ahli HPA di Taiping, telah menyampaikan `Insentif Ta`awun' 2010 bersama anak beliau PJE Imillia Bt. Abdul Malek yang menyampaikan ceramah motivasi.

No comments:

Post a Comment