Sunday, October 18, 2009

PBC TAIPING YANG TELAH DIGEMPUR PADA 17 & 18 OKTOBER 2009

TONGGAK PBC TAIPING

Pada 17 dan 18 Oktober 2009 yang masih berada dalam bulan Syawal iaitu 28 dan 29 Syawal 1430 Hijrah, telah berlangsungnya Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang ( PBC ) di Hotel Seri Malaysia Taiping. PBC Taiping yang telah berjaya menghimpunkan seramai 37 orang pada kali ini telah menampilkan penceramah yang hebat - hebat daripada Kelab Pemimpin Utara ( KPU ).

Di antara Pemimpin - pemimpin KPU yang hadir adalah PJS Mohd. Nadzri Ahmad ( Pengenalan Syarikat ), PJS Ismail Othman ( Plan Pemasaran ), PJS Sharifah Sulaiman ( Diagnos Saraf Tapak Tangan ), PJS Zainuddin Abdul ( 6M ), PJ Saliza Zainol ( Produk Halal ), PJS Mohd. Zamri Bakar ( Produk Pilihan ), PJS Zanbli Abdul Rashid dan PJS Siham Hashim ( Bersama Pemimpin ), PJS Asnah Mustafa dan PJS Noormah Zainol ( Urusetia ), PJS Mohd. Bakar Awang ( Bacaan Al - Ma`thurat ),
PJS Muzlina, PJ Haryzan, PJ Zalilah, PJ Roslina, manakala Malam Bintang - Bintang pula adalah PJE Imillia Abdul Malek dan PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir. MC pula ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof dan PJ Mohd. Affendy Ismail.

Para Fasilitator adalah PJI Haridah Khanun, PJ Hindon, PJ Sazali Salihuddin dan penampilan baru, Ku Iskandar Ku Aziz.

Menurut Pengarah PBC Taiping pada kali ini iaitu PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir, PBC kali ini walaupun menampilkan penceramah yang hebat - hebat, namun hanya dapat menghimpunkan seramai 37 orang sahaja pada kali ini adalah kerana ramai yang masih dengan `mabuk raya '. walau bagaimanapun, PBC Taiping kali telah berjalan dengan jayanya dan beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dari Taiping dan juga dari utara yang telah menjayakan PBC Taiping terutamanya PJS Asnah Mustafa yang tidak jemu - jemu mengendalikan PBC di Taiping dari dulu hingga sekarang.


No comments:

Post a Comment