Friday, October 16, 2009

JAMUAN HARI RAYA KPPU HPA CAWANGAN TAIPING MERIAH

Pada 14 Oktober 2009, bersamaan 25 Syawal 1430 Hijrah, Kelab Pemimpin Perak Utara ( KPPU ) bersama HPA Cawangan Taiping telah mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri di HPA Cawangan Taiping untuk semua ahli dan bukan ahli seluruh kawasan Perak Utara.

Kehadiran seramai 150 orang yang tidak dijangkakan menyebabkan Dewan Al - Wahida HPA Cawangan Taiping penuh sesak dari depan hingga ke belakang dewan. Ada di antara ahli yang terpaksa berdiri kerana kehabisan kerusi dan ada juga yang terpaksa duduk di atas lantai.

Program Jamuan Hari Raya tersebut telah dimulai dengan ucapan daripada Pengerusi KPPU iaitu PJ Mohd. Yusfee Yusof. Seterusnya ceramah motivasi telah disampaikan oleh PJS Mohd Nadzri Ahmad. Selepas daripada ceramah motivasi, semua hadirin telah dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan oleh KPPU iaitu mi kari yang menggunakan mi melayu Pak Din, Taiping. Manakala rempah kari, ayam, fishball dan minuman daripada produk HPA sendiri.

Kehadiran daripada pemimpin - pemimpin KPU seramai 20 orang juga telah memeriahkan lagi majlis pada kali ini. Kehadiran pemimpin - pemimpin KPU juga adalah kerana selepas daripada Jamuan Hari Raya, telah diadakan Mesyuarat Komuniti di antara pemimpin - pemimpin daripada komuniti Kulim, Parit Buntar, Taiping dan Kuala Kangsar.


No comments:

Post a Comment