Tuesday, October 6, 2009

PADANG DALAM KENANGAN

Kemusnahan hebat Bandar Padang, Sumatera Barat, Indonesia dengan bencana gempa bumi baru - baru ini, bukan sahaja menggemparkan kembali dunia dengan silih bergantinya tragedi yang melanda Bumi Seberang, namun kejadian tersebut juga memberi kesan yang besar kepada sebahagian pemimpin - pemimpin KPU yang pernah memijakkan kaki di bumi itu dalam Ekspedisi Lawatan KPU pada 26 hingga 30 Disember 2008 yang lalu. Hampir keseluruhan lokasi menarik dan bangunan yang menghiasi bandar Minangkabau tersebut telah runtuh menyembah bumi. Lebih menyedihkan apabila kejadian tersebut turut menyeret kematian beribu penduduk di sana.

Pemimpin - pemimpin KPU pastinya masih dapat membayangkan keindaha
n dan keunikan bandar tersebut, juga keselesaan Hotel Ambancang yang menjadi tempat rehat istimewa dan banyak menyimpan pengalaman bagi setiap peserta. Hotel yang boleh dikategorikan sebagai antara hotel yang paling `standard' di bandar tersebut, kini 3/4 Hotel Ambancang telah runtuh dan dikatakan masih banyak mayat - mayat penghuni hotel yang terperangkap masih gagal dikeluarkan.

Lapangan Terbang Padang yang banyak mengimbau sejarah dan kenangan bagi ahli - ahli rombongan juga telah musnah dalam kejadian gempa bumi tersebut. Begitulah hebatnya gempa bumi yang telah berlaku di Bandar Padang, Indonesia yang tidak menjangkakan kita terutamanya bagi kami yang telah pernah ke sana. Semoga apa yang berlaku akan menjadi iktibar kepada kita untuk selalu mengingati bahawa Allah berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Semoga Allah akan sentiasa melindungi kita dari segala bencana dan memberikan kebaikan di akhirat kepada mangsa - mangsa tragedi , juga kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang kehilangan kaum keluarga dan terpaksa meneruskan kehidupan di celah bangunan batu bata yang runtuh.

HOTEL AMBANCANG YANG TELAH RUNTUH DALAM TRAGEDI GEMPA BUMI

HOTEL AMBANCANG WAKTU MALAM SEBELUM RUNTUH

BERGAMBAR KENANGAN DI DALAM HOTEL AMBANCANG SEMASA LAWATAN KE PADANG PADA 26 HINGGA 30 DISEMBER 2008

SEBAHAGIAN DARIPADA PEMIMPIN - PEMIMPIN KPU BERGAMBAR DI DEPAN HOTEL GRAN MALINDO, BUKIT TINGGI, INDONESIA

No comments:

Post a Comment