Saturday, October 24, 2009
PEMBUKAAN RFC KLUANG
RADIX PIZZA HOUSE MELAKAR SEJARAH

Satu lagi sejarah telah pun dilakar oleh HPA di mana, Pizza HPA yang dinanti-nantikan oleh para pengedar HPA telah pun mula beroperasi pada 17hb Oktober 2009 bertempat di Lagenda Heights, Sungai Petani. Waktu perniagaan juga adalah sama seperti rangkaian restoren HPA yang lain iaitu bermula jam 9.00 pagi sehinggalah jam 11.00 malam.
Kita seharusnya merasa bangga kerana usaha ini akan mengembang dan meningkatkan lagi ekonomi ummah. Kerana produk yang BERKAT akan mendapat KEREDAHAAN dari ALLAH S.W.T. Insya’allah…
Friday, October 23, 2009
SEJARAH SULTAN MUHAMMAD AL FATEH DAN PEMBUKAAN COSTANTINOPLE
HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)
Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan. Disiarkan semula di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.
_________________________________________________________
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman Kerajaan Usmaniyah.
Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera” di dalam hadis tersebut.
PENGENALAN
Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaran Muhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
Baginda menaiki takhta ketika berusia 19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.
PENDIDIKAN
Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan, memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.
Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek, Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah matang menangani tipu helah musuh.
KEPERIBADIAN
Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.
PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE
Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.
Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.
Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.
MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE
Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.
Menara Bergerak
Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.
Bantuan Dari Pope Vatican
Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.
Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung
Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.
Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.
Memanjat dan Melastik Dinding Kota
Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.
Karisma Seorang Pemimpin
Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.
Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.
Penawanan Constantinople
Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.
SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA
Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.
Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
Tuesday, October 20, 2009
SEJARAH AWAL HPA DI TAIPING
Pada masa itu juga lahir beberapa pemimpin lain yang hebat di Batu Kurau. Antaranya Ustaz Roslee, Puan Naqibah No'ma dan Cikgu Ridzuan. Mereka sering hadir dalam pelbagai program HPA dan menjadi pemimpin yang disegani. Setelah Saudara Bakri ditukarkan ke Johor atas sebab - sebab 'teknikal' dengan Kerajaan Negeri, perjalanan HPA mulai malap. Pemimpin-pemimpin yang ada pada masa itu seperti kehilangan punca dan arah tujuan. Di pekan Kamunting sendiri, saudara Razali Kassim yang pada awalnya yang bergerak aktif, juga makin lama makin hilang daripada program - program HPA.
Menjelang 2005, PJS Cikgu Mohd Nadzri dan PJS Cikgu Ismail Othman kembali bertapak di pekan Kamunting dan Taiping. Kehadiran mereka adalah atas jemputan Ustaz Mohd Yusfee Yusof, ahli HPA di bawah rangkaian PJS Cikgu Nadzri yang baru pulang dari Sabah. Ustaz Mohd Yusfee, secara perlahan mula memperkenal dan menggerakkan HPA di sekitar pekan Kamunting, Taiping dan Batu Kurau. Pada mulanya beliau telah menjemput PJS Cikgu Ismail dan PJS Cikgu Nadzri untuk memberi taklimat HPA di Restoran Kamunting Timur. Jemputan dibuat hampir 100 orang. Namun yang hadir hanya 5 orang sahaja. Kedua - dua PJS ini berceramah dengan penuh bersemangat walaupun yang mendengarnya hanya 5 orang sahaja. Tetapi perkara sebegitu tidak sedikit pun melumpuhkan semangat Ustaz Mohd. Yusfee untuk menjemput lagi PJS Cikgu Nadzri dan PJS Cikgu Ismail. Setiap minggu Ustaz Mohd Yusfee bersama kedua - dua PJS ini mengadakan program perjumpaan mingguan di restoran tersebut. Makin lama makin ramai yang hadir. Ahli - ahli lama mula dapat mengesan bahawa HPA kembali menjelma di Kamunting dan Taiping. Ramai yang mula hadir ke restoran tersebut. Saudara Razali Kassim yang telah lama mendiamkan diri, telah muncul secara tiba-tiba bersama rangkaiannya yang lama. Begitu juga dengan Puan Haridah Khanun yang menyepi sekian lama muncul kembali bersama beberapa sahabat lama yang pernah berjuang bersamanya dulu.
Atas usaha PJS Cikgu Nadzri dan PJS Cikgu Ismail juga, HPA Cawangan Taiping telah berjaya diadakan di Pekan Kamunting dengan Pengurusnya yang pertama iaitu En. Saifuddin pada bulan Oktober 2005. Hanya 3 bulan sahaja En. Saifuddin menjadi Pengurus HPA Cawangan Taiping. Kemudian beliau diganti pula dengan Cik Norazlina Bt Darus yang telah banyak menghadapi ujian yang getir semasa menguruskan HPA Cawangan Taiping. Perasmian HPA Cawangan Taiping juga telah diadakan pada 3 Februari 2007 yang dirasmikan sendiri oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad, Pengarah Urusan HPA.
Kini HPA makin berkembang pesat di Kamunting dan Taiping. Jualan bulanannnya mencecah hampir RM 200 ribu. Perjumpaan mingguan diadakan pada setiap minggu pada hari Isnin, jam 8.30 malam. Program yang dirancang oleh Kelab Pemimpin Utara ( KPU ) telah mendapat sambutan yang luar biasa. Tiap-tiap minggu PJS dari KPU silih berganti menyampaikan ceramah di cawangan tersebut. Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) juga telah diadakan pada setiap bulan. PJS Cikgu Nadzri, PJS Cikgu Ismail dan PJS Cikgu Noormah Zainol dipertanggungjawab mengurus dan mengendalikan PBC yang diadakan di Hotel Seri Malaysia dan Taiping Golf Resort.
Alhamdulillah, kini HPA di Taiping telah berjaya melahirkan beberapa pemimpin berpangkat Pengarah Jati. Antaranya PJ Mohd Yusfee Yusof, PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd. Shahril Tahir, PJ Mohd. Affendy Ismail, PJI Haridah Khanun, , PJE Azizah Hamzah, PJ Sazali Salihuddin, PJ Hindon Abdul Aziz, PJ Nabishah, PJ Imillia Abdul Malek dan ramai lagi. Mereka adalah pemimpin yang dijenamakan semula sebagai tenaga penggerak utama bagi memastikan HPA terus cemerlang dan gemilang di Perak Utara.
Sunday, October 18, 2009
PBC TAIPING YANG TELAH DIGEMPUR PADA 17 & 18 OKTOBER 2009
Pada 17 dan 18 Oktober 2009 yang masih berada dalam bulan Syawal iaitu 28 dan 29 Syawal 1430 Hijrah, telah berlangsungnya Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang ( PBC ) di Hotel Seri Malaysia Taiping. PBC Taiping yang telah berjaya menghimpunkan seramai 37 orang pada kali ini telah menampilkan penceramah yang hebat - hebat daripada Kelab Pemimpin Utara ( KPU ).
Di antara Pemimpin - pemimpin KPU yang hadir adalah PJS Mohd. Nadzri Ahmad ( Pengenalan Syarikat ), PJS Ismail Othman ( Plan Pemasaran ), PJS Sharifah Sulaiman ( Diagnos Saraf Tapak Tangan ), PJS Zainuddin Abdul ( 6M ), PJ Saliza Zainol ( Produk Halal ), PJS Mohd. Zamri Bakar ( Produk Pilihan ), PJS Zanbli Abdul Rashid dan PJS Siham Hashim ( Bersama Pemimpin ), PJS Asnah Mustafa dan PJS Noormah Zainol ( Urusetia ), PJS Mohd. Bakar Awang ( Bacaan Al - Ma`thurat ), PJS Muzlina, PJ Haryzan, PJ Zalilah, PJ Roslina, manakala Malam Bintang - Bintang pula adalah PJE Imillia Abdul Malek dan PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir. MC pula ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof dan PJ Mohd. Affendy Ismail.
Para Fasilitator adalah PJI Haridah Khanun, PJ Hindon, PJ Sazali Salihuddin dan penampilan baru, Ku Iskandar Ku Aziz.
Menurut Pengarah PBC Taiping pada kali ini iaitu PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir, PBC kali ini walaupun menampilkan penceramah yang hebat - hebat, namun hanya dapat menghimpunkan seramai 37 orang sahaja pada kali ini adalah kerana ramai yang masih dengan `mabuk raya '. walau bagaimanapun, PBC Taiping kali telah berjalan dengan jayanya dan beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemimpin dari Taiping dan juga dari utara yang telah menjayakan PBC Taiping terutamanya PJS Asnah Mustafa yang tidak jemu - jemu mengendalikan PBC di Taiping dari dulu hingga sekarang.
Friday, October 16, 2009
JAMUAN HARI RAYA KPPU HPA CAWANGAN TAIPING MERIAH
Kehadiran seramai 150 orang yang tidak dijangkakan menyebabkan Dewan Al - Wahida HPA Cawangan Taiping penuh sesak dari depan hingga ke belakang dewan. Ada di antara ahli yang terpaksa berdiri kerana kehabisan kerusi dan ada juga yang terpaksa duduk di atas lantai.
Program Jamuan Hari Raya tersebut telah dimulai dengan ucapan daripada Pengerusi KPPU iaitu PJ Mohd. Yusfee Yusof. Seterusnya ceramah motivasi telah disampaikan oleh PJS Mohd Nadzri Ahmad. Selepas daripada ceramah motivasi, semua hadirin telah dijemput untuk menikmati jamuan yang telah disediakan oleh KPPU iaitu mi kari yang menggunakan mi melayu Pak Din, Taiping. Manakala rempah kari, ayam, fishball dan minuman daripada produk HPA sendiri.
Kehadiran daripada pemimpin - pemimpin KPU seramai 20 orang juga telah memeriahkan lagi majlis pada kali ini. Kehadiran pemimpin - pemimpin KPU juga adalah kerana selepas daripada Jamuan Hari Raya, telah diadakan Mesyuarat Komuniti di antara pemimpin - pemimpin daripada komuniti Kulim, Parit Buntar, Taiping dan Kuala Kangsar.
Monday, October 12, 2009
MASTER RADIX MUNCUL LAGI !
Tambah sakit mata dan hati apabila kakak GM seorang guru di Sungai Petani memberitahu bahawa Master Radix di jual di sekolah beliau.
Tambah geram bila menerima sms Master Radix di jual di sebuah restoran di negeri Perlis.
Lagi tambah kecewa bila melihat Master Radix menggunakan papan Kopi Radix di R&R Bukit Merah, Perak.
Apakah kita semua kini sudah layu dan masih dibuai dengan 'mabuk ketupat' raya. Apakah istilah Gempur Radix hanya mainan di bibir sahaja. Apakah kita seperti generasi yang lampau dengan istilah 'cukuplah dengan apa yang ada sekarang'. Apakah kita asyik dengan keselesaan sekarang sehingga hilang lupa masa depan kita akan terancam.
`I feel shocked' mendengar kenyataan PJS Sabri SP mengatakan "MASTER RADIX AKAN KEBUMIKAN KOPI RADIX DI BUMI PERLIS". `I hope dont be a monkey excited' (terkejut beruk) dengan apa yang GM sampaikan ini.
Kepada semua warga yang membaca sila `copy and paste' dan masukan dalam blog masing-masing.
SUMBER BLOG : GM
Tuesday, October 6, 2009
PADANG DALAM KENANGAN
Pemimpin - pemimpin KPU pastinya masih dapat membayangkan keindahan dan keunikan bandar tersebut, juga keselesaan Hotel Ambancang yang menjadi tempat rehat istimewa dan banyak menyimpan pengalaman bagi setiap peserta. Hotel yang boleh dikategorikan sebagai antara hotel yang paling `standard' di bandar tersebut, kini 3/4 Hotel Ambancang telah runtuh dan dikatakan masih banyak mayat - mayat penghuni hotel yang terperangkap masih gagal dikeluarkan.
Lapangan Terbang Padang yang banyak mengimbau sejarah dan kenangan bagi ahli - ahli rombongan juga telah musnah dalam kejadian gempa bumi tersebut. Begitulah hebatnya gempa bumi yang telah berlaku di Bandar Padang, Indonesia yang tidak menjangkakan kita terutamanya bagi kami yang telah pernah ke sana. Semoga apa yang berlaku akan menjadi iktibar kepada kita untuk selalu mengingati bahawa Allah berkuasa untuk melakukan apa sahaja yang dikehendakinya. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Semoga Allah akan sentiasa melindungi kita dari segala bencana dan memberikan kebaikan di akhirat kepada mangsa - mangsa tragedi , juga kekuatan dan ketabahan kepada mereka yang kehilangan kaum keluarga dan terpaksa meneruskan kehidupan di celah bangunan batu bata yang runtuh.


