Sunday, May 23, 2010

PROGRAM PEMANTAPAN PBC BERSAMA PJS SABRI AHMAD KALI PERTAMA DI TAIPING

23 Mei 2010 (Ahad) - Program Pemantapan PBC kali pertama di Taiping anjuran Kelab Pemimpin Perak Utara (KPPU) telah diadakan di Dewan Al Wahida, HPA Cawangan Taiping. Penceramah yang telah menyampaikan slot pada program ini ialah PJS Sabri Bin Ahmad yang telah hadir bersama isteri beliau.

Program yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 petang ini telah menghimpunkan peserta seramai 30 orang. Jamuan ringan juga telah disediakan oleh pihak KPPU semasa waktu rehat pada jam 11.00 pagi.

Program Pemantapan PBC ini diadakan adalah bertujuan untuk menghidupkan semula para peserta yang telah menghadiri Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang telah lama menyepikan diri dan juga yang baru hadir ke PBC. Ini adalah kerana peserta yang telah keluar dari PBC masih tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk pengembangan jaringan.

PJS Sabri Ahmad telah memberi tunjuk ajar cara melakukan `homeparty' untuk meningkatkan jualan, mengembangkan jaringan dan peningkatan bonus. Latihan berucap di depan juga telah dilakukan pada program ini untuk melatih para peserta tidak malu berucap di depan semasa `homeparty'.

No comments:

Post a Comment