Sunday, May 2, 2010

KURSUS DIAGNOS PENYAKIT MELALUI SARAF TAPAK TANGAN KPPU SATU PERMULAAN

25 April 2010 (Ahad) - Kelab Pemimpin Perak Utara (KPPU) telah berjaya menganjurkan Kursus Diagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan yang telah diadakan di Dewan Al Wahida, HPA Cawangan Taiping. Kursus tersebut telah disampaikan oleh 2 orang herbalis yang lahir dari Taiping sendiri iaitu Shamsuddin Bin Kiyoh dan PJE Imillia Bt. Abdul Malek. Mereka berdua bergabung menyampaikan ceramah teknik - teknik dan ilmu - ilmu dalam perawatan mendiagnos penyakit melalui saraf tapak tangan.

Kursus yang bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 1.00 tengahari itu telah dihadiri oleh seramai 10 orang peserta. Walaupun hanya 10 orang sahaja yang hadir, namun kursus yang dijalankan oleh KPPU ini adalah satu permulaan dan juga perintis untuk kursus - kursus yang seterusnya yang akan diadakan setiap bulan.

No comments:

Post a Comment