
Sebelum ceramah dimulakan, Pengerusi Majlis telah menjemput 2 orang untuk menyampaikan testimoni kepada para hadirin iaitu En. Sulaiman Al-Hakim Bin Arshad yang menceritakan pengalama beliau dengan penyakit darah tinggi dan Herbalis En. Shamsuddin Bin Kiyoh menceritakan pengalaman beliau.
Penceramah untuk KPJ Taiping ini telah dijemput PJS/PJM Murad Bin Abu Bakar yang datang dari Kuala Lumpur. Beliau telah menyampaikan ceramah yang bertajuk SINERGI dan yang berkaitan dengan perawatan herba. Banyak ilmu herba dan perawatan yang telah disampaikan oleh Cikgu Murad dan cara penyampaian Cikgu Murad yang bersahaja dan sekali - sekala bergurau telah menarik minat para hadirin dan tidak puas rasanya hanya 1 1/2 jam sahaja ceramah beliau.
Program KPJ kali ini telah tamat pada jam 11.00 malam dan memandangkan KPJ kali pertama ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan, berkemungkinan akan diadakan setiap bulan di Taiping bumi bertuah ini.


No comments:
Post a Comment