Sunday, March 21, 2010

PBC TAIPING 20 & 21 MAC 2010 BERJAYA LAGI.


PBC Taiping pada 20 & 21 Mac 2010 pada kali ini telah berjaya dengan menghimpunkan seramai 30 orang peserta. Walaupun jumlah peserta kali ini hanya dapat menghimpunkan seramai 30 orang saja, namun Kursus PBC di Taiping telah berjaya diadakan setiap bulan. Pihak KPU juga telah menempah Hotel Seri Malaysia selama setahun pada tahun ini sepertimana yang telah dilakukan pada tahun lepas.

Pengarah PBC Taiping pada kali ini ialah PJS Aasim Bin Khalid, merupakan PJS yang baru dilantik dalam KPU yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak. Di antara penceramah PBC pada kali ini ialah PJS Mohd. Nadzri Bin Ahmad (Pengenalan Syarikat), PJS Zanbli Bin Abdul Rashid (Plan Pemasaran), PJS Asnah BT P.K. Mustafa (6M), Ustaz Ahmad Firdaus Bin Mohamad Ali (Halal Haram), PJS Noormah Bt. Zainol (Diagnos Saraf Tapak Tangan) dan PJS Sabri Bin Ahmad (Produk Pilihan).

Manakala PJS Aasim Bin Khalid (Malam Bintang - bintang), PJI Haridah Khanun Bt Rehman Khan dan anaknya PJE Imilia Bt Abdul Malek (Demo Produk).

Pengerusi Majlis ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof. PJ Mohd Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd Affendy Ismail, PJ Hj Azizan Ismail, G5 Mohd. Jamsari Bin Mahmood, G5 Muhd. Fitri Bin Harun dan G7 Abdul Rashid Bin Abdullah.

Turut membantu ialah PJ Hindun Bt Abdul Aziz, G7 Suhail Hashmin Bt Mat Hussin, G7 Rokiah Bt Mohd Amin, G7 Mohd Fauzi Bin Hashim, G7 Mustapa Bin Zabidi dan PJ Roslina dari Kedah.

Pada PBC Taiping kali ini juga telah diperkenalkan slot baru iaitu yang diberi nama `WASIAT' yang telah dikendalikan oleh PJS Mohd Nadzri Ahmad dan PJS Noormah Zainol.

No comments:

Post a Comment