
PJS Mohd. Nadzri telah menyampaikan ceramah Motivasi dan Pengenalan HPA memandangkan terdapat beberapa orang baru yang hadir pada malam itu. Manakala PJS Noormah Zainol telah membentangkan mengenai produk Cuka Nipah HPA yang amat berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
Sebelum bersurai, pengerusi majlis telah melancarkan kutipan derma kepada seorang dari ahli HPA yang telah lumpuh akibat daripada serangan penyakit CHIKUNGUNYA beberapa bulan yang lalu. Selepas itu, penyampaian hadiah cabutan bertuah diadakan dan pada malam ini sebanyak 6 hadiah cabutan bertuah telah disampaikan yang ditaja oleh PJS Cikgu Nadzri.
Seramai 11 orang pemimpin dari GEN telah hadir pada malam tersebut. Selepas Kelas Mingguan selesai, semua GEN yang hadir bergambar beramai - ramai bersama PJS Cikgu Nadzri dan PJS Puan Noormah.


No comments:
Post a Comment