Tuesday, March 30, 2010

KURSUS KEPIMPINAN GEN 1-7 NEGERI PERAK


28 Mac 2010 (Ahad) - Kursus Kepimpinan GEN 1-7 Negeri Perak kali-2 Tahun 2010 telah diadakan di Hill City Hotel Ipoh. Kursus tersebut yang bermula seawal 8.00 pagi telah dihadiri oleh seramai 50 orang pemimpin dari kalangan GEN 1-7 dari seluruh Negeri Perak.

Di antara PJS - PJS yang telah menyampaikan ceramah pada kursus kali ini adalah PJS Ustaz Zahir Bin Ghazali yang telah menyampaikan ceramah bertajuk Motivasi Kepimpinan dan Komunikasi Berkesan. PJS Aseri Bin Hanapiah pula telah menyampaikan ceramah mengenai program terbaru untuk melonjakkan bonus individu dan jualan HPA dengan lebih cepat iaitu Program Pengguna Setia Cemerlang (PSC).

Kemudian pada sebelah petang pula, PJS Mohd. Nadzri Bin Ahmad telah menyampaikan ceramah motivasi dengan penuh bersemangat dan ceramah mengenai produk King Solomon Oil dan madu cuka nipah yang sangat banyak khasiatnya.

Juga diadakan perbincangan dalam kumpulan masing - masing dan program ni telah tamat pada jam 6.00 petang.

No comments:

Post a Comment