Sunday, August 9, 2009

PERJUMPAAN KPPU KALI KE - 2 2009

Pada 9 Ogos 2009, satu perjumpaan Kelab Pemimpin Perak Utara ( KPPU ) telah diadakan di Dewan Al Wahida, HPA Cawangan Taiping. Perjumpaan yang diadakan pada jam 3.00 petang itu telah dihadiri oleh seramai 9 orang ahli tetap KPPU. Mereka adalah PJ Mohd. Yusfee ( Pengerusi Kelab ), PJ Hindon ( Naib Pengerusi ), PJ Mohd. Affendy ( Setiausaha ), PJ Mohd. Irwan ( Naib Setiausaha ), PJ Sazali ( Bendahari ), PJ Siti Nafsiah ( Naib Bendahari ), PJ Nabisah, PJE Haridah Khanun dan PJE Imillia.

Tujuan perjumpaan ini diadakan adalah untuk membincangkan mengenai PBC yang akan berlangsung pada 15 dan 16 Ogos ini dan menjalankan program - program yang telah dirancang sebelum ini dan beberapa perkara lagi. Perjumpaan ini juga adalah untuk mengeratkan lagi hubungan sesama ahli kelab yang sudah lama tidak berjumpa dalam perjumpaan seperti ini yang mana sebelum ini masing - masing sibuk dengan tugas harian.

Dengan mengadakan perjumpaan seperti ini, akan menaikkan semula semangat yang telah semakin berkurangan dan mengukuhkan ukhuwah sesama ahli kelab KPPU untuk meningkatkan HPA di Taiping ini. Semoga program - program yang telah dirancang akan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment