Saturday, August 1, 2009

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (27 JULAI 2009)

Pada 27 Julai 2009, Meeting Mingguan HPA Taiping telah dihadiri oleh 2 orang PJS yang masih baru, tetapi merupakan penceramah yang hebat dari KPU. Mereka ialah PJS Mohd. Ali Bin Ismail yang datang bersama isteri beliau dan PJS Zainuddin Bin Abu Bakar, juga datang bersama isteri beliau.

Walaupun mereka berdua adalah PJS yang baru, tetapi mereka mempunyai banyak pengalaman dalam HPA yang juga merupakan penceramah yang hebat. PJS Ustaz Mohd. Ali telah menyampaikan ceramah motivasi dan juga sedikit pengalaman beliau semasa mula - mula masuk HPA yang terpaksa menipu upline nya untuk mengelak daripada masuk HPA. Tetapi setelah beliau masuk dan memahami HPA, beliau merupakan pengedar aktif yang ingin berjuang menegakkan kebenaran.

Manakala PJS Zainuddin pula merupakan Pegawai Pendidikan Daerah Seberang Perai yang sama - sama bertugas dengan PJS Ismail Othman. Beliau telah menyampaikan ceramah mengenai kebaikan dan kelebihan Minyak But - But. Di antara pemimpin - pemimpin KPPU yang hadir ialah PJ Mohd. Yusfee, PJ Mohd. Affendy, PJ Mohd. Irwan, PJ Shahril, PJ Sazali, PJE Haridah, PJ Hindon, Hj. Azizan dan Siti Nafsiah. Majlis telah dipengerusikan oleh PJ Mohd. Affendy Ismail.

No comments:

Post a Comment