Wednesday, July 22, 2009

PRAKTIS SOLAT DI KELAS MINGGUAN HPA TAIPING ( 22 JULAI 2009 )

Pada 22 Julai 2009, Meeting Mingguan HPA Taiping telah dihadiri oleh seorang PJS baru dari KPU dan juga seorang perawat yang mempunyai banyak pengalaman dengan pesakit - pesakit. Beliau adalah PJS Abdul Razak Bin Mohd Ariff yang berasal dari Johor, tetapi telah menetap di Kepala Batas, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau datang bersama rakannya iaitu PJ Jamal Bin Ibrahim.

Dalam ceramah yang beliau sampaikan, beliau banyak menceritakan mengenai pengalaman - pengalaman beliau semasa merawat pesakit dan berkongsi ilmu mengenai ilmu perawatan. Walaupun dulunya, PJS Abdul Razak bekerja sebagai mekanik, tetapi hatinya telah tertawan dengan HPA dan seterusnya beliau sanggup berhenti kerja dan membuat HPA sepenuh masa. Beliau juga banyak belajar ilmu perawatan denga Tuan Haji Ismail sendiri.

Pada malam itu, beliau dan sahabat beliau telah menunjukkan cara dan membuat praktikal solat yang betul yang dapat menjadi kebaikan pada tubuh badan. Dengan cara solat yang betul, sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dapat menjadi pengubatan yang sangat mujarab terutamanya pada bahagian tubuh badan kita.

Para hadirin juga turut sama melakukan praktikal solat dan amat seronok sekali melakukannya. Itulah kelebihan yang ada pada PJS Abdul Razak yang sudah 2 kali datang ke HPA Cawangan Taiping.

Di antara pemimpin - pemimpin KPPU yang hadir ialah PJ Mohd Yusfee, PJ Mohd Irwan, PJ Mohd Affendy, PJ Hindun, PJ Jamaluddin, Firdaus, Husna Nabilah dan Khairunnajah.

No comments:

Post a Comment