Wednesday, July 22, 2009

PERASMIAN HOTEL EL-ZAHRAA

Hotel El-Zahraa Inn, Sungai Petani Kedah Malaysia

22 Julai 2009 - Alhamdulillah Hotel El-Zahraa telah beroperasi secara rasminya.tepat jam 11.00 pg td Hotel El-Zahraa telah di rasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Tuan Hj Ismail Bin Hj Ahmad. Sebelum itu diadakan bacaan Yasin dan Al-Mathurat dan disusuri dengan solat dhuha di Dewan Hotel. Hotel El-Zahraa merupakan sebuah hotel bajet bercirikan Islamik yang berkonsepkan Timur Tengah. El-Zahraa juga menyediakan kemudahan yang diperlukan oleh umat Islam seperti sejadah di dalam bilik, laungan azan serta bacaan ayat suci Al-Quran. El-Zahraa Inn juga dirangkaikan dengan penginapan secara Homestay sebagai penginapan alternatif bagi menampung keperluan sekiranya hotel penuh. Penginapan ini disediakan di Jawi Homestay, di Bandar Laguna Merbok. Hotel ini juga menyediakan sejumlah 29 bilik untuk dinikmati oleh oleh para pelanggan. Bilik Superior (single) sesuai bagi pelanggan yang memerlukan ruang tidur dan rehat yang ekonomi. Manakala bilik superior (Double) bagi pelanggan yang berpasangan. Bagi mereka yang berkeluarga boleh memilih bilik jenis Deluxe manakala bagi pelanggan yang mementingkan keselesaan dan ketenangan bolehla memilih Executive yang dihiasi fabrik serta hiasan dalaman serba mewah. Kemudahan dalam bilik :

Bilik berhawa dingin
LCD TV
Siaran Astro
Wifi
Telefon
Bar mini / Peti sejuk
Cerek
Air panas / sejuk
Seterika / papan
Sejadah, Al-Quran dan arah kiblat
Produk HPA
Bantal dan selimut tambahan
Kain batik dan kain pelikat


Terletak di tengah kepesatan pertumbuhan bandar Sungai Petani bahagian Utara, iaitu di Lagenda Height, El-Zahraa Inn boleh dikunjungi dari plaza tol Sungai Petani utara oleh pelanggan yang menggunakan lebuhraya utara-selatan.Hotel ini juga dikelililngi oleh rangkaian perniagaan HPA yang lain seperti Restoran Radix Fried Chicken, ROR, ROC dan Radix Bakery House.Untuk keterangan lanjut dan tempahan, sila hubungi:

Tel : 04-4259144/150

Fax: 04-4259131

Email:

elzahraa_inn@yahoo.comhttp://www.hpa.com.my

No comments:

Post a Comment