Wednesday, October 20, 2010

KULIAH PERUBATAN JAWI (KPJ) TAIPING KALI KE 4

20 Oktober 2010 (Rabu) - Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) pada kali ini telah dihadiri oleh seorang penceramah jemputan dari Kuala Lumpur iaitu Tuan Haji Ramly Bin Ahmad, Ketua Unit Herbalis Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA).

Beliau telah menyampaikan ceramah Perubatan Jawi mengenai produk softgel seperti Omega 3, Evening Primrose Oil, Virgin Coconut Oil, Habbatus Sauda, Minyak Zaitun, Garlic Oil, Grapeseed Oil, Flaxseed Oil dan Salmon Oil.

Pengerusi majlis pada malam itu ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof. KPJ yang bermula pada jam 9.00 malam itu telah tamat pada jam 11.00 malam. Pemimpin yang turut hadir pada malam itu ialah PJS Aasim Bin Khalid dan PJS Haridah Khanun Bt. Rehman Khan. Juga Pengurus HPA Cawangan Parit Buntar, Cik Nurulmella dan En. Hasnol dari Pusat Operasi Zon Tengah.

No comments:

Post a Comment