Wednesday, November 10, 2010

ANAK PJS MOHD. NADZRI AHMAD DAN PJS NOORMAH ZAINOL TELAH KEMBALI KE RAHMATULLAH

10 November 2010 (Rabu) - Anak PJS Mohd. Nadzri Ahmad dan PJS Noormah Zainol yang ke - 9 daripada 10 orang adik beradik, Muhammad Adi Aqwa Bin Mohd. Nadzri yang akan menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi telah kembali ke rahmatullah pada jam 7.30 pagi tadi akibat terlibat dengan kemalangan motosikal yang dipandu olehnya semasa beliau ingin menuju ke sekolah. Motosikal yang dipandunya tidak dapat dikawal dan terjatuh setelah mengelak kereta di hadapan yang berhenti mengejut. Setelah jatuh, penunggang motosikal yang datang dari arah bertentangan telah merempuh beliau dengan kuat menyebabkan beliau meninggal di tempat kejadian.

Jenazah beliau telah dibawa ke Hospital Sungai Petani sebelum dibawa balik ke rumah keluarganya di Tikam Batu, Sungai Petani, Kedah. Pada jam 1.30 petang, jenazah beliau telah dibawa ke tanah perkuburan Masjid Al Barokah di Tikam Batu untuk disembahyangkan dan dikebumikan.

Kelab Pemimpin Perak Utara (KPPU) mengucapkan takziah kepada keluarga PJS Mohd. Nadzri Ahmad dan PJS Noormah Zainol atas kehilangan anak mereka yang dikasihi.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah Subhanahu wa taala. AL FATIHAH.


No comments:

Post a Comment