Friday, June 12, 2009

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING ( 1 JUN 2009 )

Pada 1 Jun 2009, sekali lagi HPA CAWANGAN TAIPING menerima kunjungan daripada PJS Syed Ageel Bin Syed Mahayaddin dari KPU bersama sahabat beliau iaitu PJ Othman Bin Said. Pada malam itu juga kehadiran adalah yang paling ramai bagi tahun ini iaitu seramai 50 orang.

Sebelum sesi ceramah dimulakan, saya sempat berbual dengan PJS Syed Ageel mengenai P.A. System yang masih belum ada di HPA Cawangan Taiping. Menurut beliau sepatutnya HPA Cawangan Taiping sudah mempunyai P.A. System untuk kemudahan para penceramah. Beliau mengharapkan supaya perkara ini dapat diusahakan secepat mungkin.

Dimulakan dengan PJ Othman yang menceritakan pengalaman beliau bersama HPA dan seterusnya ceramah daripada PJS Syed Ageel mengenai perbezaan MLM Syriah HPA dan MLM yang lain. Banyak maklumat dan ilmu yang telah disampaikan. Diharapkan pada masa akan datang akan lebih ramai ahli yang akan datang mendengar ceramah daripada PJS - PJS yang hebat - hebat seperti PJS Syed Ageel dan sebagainya.


No comments:

Post a Comment