Wednesday, March 18, 2009

MEETING MINGGUAN HPA TAIPING ( 16 MAC 2009 )

Pada Meeting Mingguan yang lalu, HPA Taiping telah dihadiri oleh PJS Md Asri Bin Hussain dari Guar Chempedak, Gurun, Kedah. Beliau adalah adik kepada PJS Abdul Razak Hussain dan PJS Md Khatib Hussain. Bagi PJS yang bertugas sebagi guru ini, inilah kali pertama beliau menjejakkan kakinya ke HPA Cawangan Taiping. Beliau hadir bersama isteri dan 5 orang anaknya yang memahami tugas beliau sebagai PENGARAH JATI SETIA atau PJS.

PJS Md Asri telah menyampaikan ceramah beliau dimulakan dengan Pengenalan HPA memandangkan ramai orang baru yang hadir pada minggu ini. Disusuli pula dengan perkembangan terkini mengenai HPA iaitu Pelancaran MLMS ( Multi Level Marketing Syariah ) pada 9 Mac yang lalu di Kompleks Tabung Haji, Kelana Jaya, Kuala Lumpur. Pada hari dan tempat yang sama juga diadakan Pelancaran Ais Kerim HPA yang ditunggu - tunggu oleh semua ahli - ahli HPA di seluruh negara.

Ceramah mengenai produk pula, Bedak Delima menjadi tajuk pilihan PJS Md Asri pada kali ini. Di antara pemimpin - pemimpin KPPU yang turut hadir ialah PJ Mohd Yusfee Yusof, PJ Mohd Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd Shahril Tahir, PJ Hindon Abdul Aziz, PJ Hj Azizan Hj Ismail dan Jamaluddin Samsuddin.

Pengerusi Majlis : PJ Mohd Yusfee Yusof

GAMBAR - GAMBAR :

PJS Md Asri Hussain sedang menyampaikan ceramah

Beliau dibantu oleh anaknya yang sulung

Para hadirin sedang khusyuk mendengar ceramah

Walaupun sebelum ceramah bermula, hujan telah turun dengan lebat, namun ini tidak mematahkan semangat ahli - ahli HPA yang inginkan ilmu datang ke Meeting Mingguan kali ini.

Pengerusi KELAB SAHABAT BATU KURAU, yang juga PENGURUS STOKIS DAERAH BATU KURAU, PJ Mohd Irwan Azahari Tahir bersama adiknya PJ Mohd Shahril Tahir bersama isteri masing - masing tetap hadir walaupun PJ Mohd Irwan Azahari Tahir terpaksa membawa anak yang masih kecil dan PJ Mohd Shahril Tahir yang baru melangsungkan perkahwinan ( Selamat Pengantin Baru ) isterinya baru balik dari Sabah ( bertugas di Sabah ). INILAH PENGORBANAN DALAM PERJUANGAN HPA.

No comments:

Post a Comment