Thursday, November 26, 2009

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (23.11.2009)

PJS MOHD. ZAMRI BAKAR

Kelas Mingguan kali ini telah dihadiri oleh seorang penceramah yang telah menjadi penceramah tetap PBC Taiping, iaitu PJS Mohd. Zamri Bin Bakar dari Tasek Gelugor, Seberang Perai, Pulau Pinang. Beliau telah datang hanya bersama anak perempuan beliau.

Walaupun hari itu hujan turun tidak henti - henti dari pagi hingga ke malam, namun tidak melunturkan semangat para ahli HPA yang setia untuk hadir ke Kelas Mingguan HPA Taiping.

Friday, November 20, 2009

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING ( 16.11.2009 )

Pada 16 November 2009, Kelas Mingguan HPA Taiping telah didatangi oleh pemimpin - pemimpin Komuniti dari Parit Buntar, Perak. Mereka adalah PJ Halmi Bin Musa, yang telah berkongsi pengalaman beliau sebelum dan selepas masuk HPA, PJ Abu Bakar, yang telah menyampaikan ceramah motivasi dan PJ Norazlina Abu Shukor ( Isteri kepada PJ Halmi ).

Di antara pemimpin - pemimpin KPPU yang hadir ialah PJI Haridah Kahnun ( Pengerusi Majlis ), PJ Mohd. Yusfee Yusof, PJ Mohd. Affendy Ismail, PJ Hindun Abdul Aziz, PJE Imillia Abdul Malek, PJ Sazali Salihuddin dan PJ Siti Nafsiah Sakor.

PJ HALMI BIN MUSA

PJ ABU BAKAR

Sunday, November 15, 2009

PBC TAIPING PADA 14 & 15 NOVEMBER 2009 MASIH UNGGUL

Pada 14 dan 15 November 2009, telah berlangsungnya PBC Taiping kali yang ke - 8 tahun ini di Hotel Seri Malaysia, Taiping. Walaupun peserta pada kali ini hanya dapat menghimpunkan seramai 23 orang peserta sahaja, namun ianya tidak sedikit pun melunturkan semangat para pemimpin - pemimpin KPU untuk berjuang dalam menyampaikan dakwah dan misi HPA dalam PBC pada kali ini.

Semangat yang ditunjukkan oleh para peserta juga menjadikan PBC pada kali ini telah berjalan lancar tanpa cacat cela dan berjaya menyampaikan misi HPA itu sendiri. Kehadiran pemimpin - pemimpin hebat dari KPU juga telah menaikkan semangat para peserta untuk terus berjuang menjadi usahawan muslim HPA yang sejati.

Pengarah PBC kali ini ialah PJ Sazali Salihuddin dan Penolong Pengarah, PJE Imillia Abdul Malek.

Para pemimpin yang telah menjayakan PBC Taiping kali ini ialah :

PJS Mohd. Nadzri Ahmad - Pengenalan Syarikat
PJS Syed Ageel Syed Mahayaddin - Plan Pemasaran
PJ Haryzan - 6M
PJ Saliza Zainol - Produk Halal
PJS Noormah Zainol - Saraf Tapak Tangan
PJS Mohd. Zamri Bakar - Produk Pilihan
PJS Sabri Ahmad - Bersama Pemimpin
PJ Mohd. Shahril Tahir - Malam Bintang - bintang
PJE Imillia Abdul Malek - Malam Bintang - bintang
PJ Mohd. Yusfee Yusof - Pengerusi Majlis
PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir - Pengerusi Majlis
PJS Asnah Mustafa - Pengerusi Majlis Pembentangan
PJS Mohd. Bakar Awang - Bacaan Al - Ma`thurat dan Imam Qiamullail

Para Fasilitator :

PJI Haridah Khanun, PJ Hj. Azizan Ismail, PJ Hindun Abdul Aziz, PJ Siti Nafsiah Sakor, PJ Mohd. Firdaus Wahi, PJ Zalilah Ghazali dan PJ Roslina dari utara.


Wednesday, November 11, 2009

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING KEMBALI (9 NOV 09)

Kelas Mingguan HPA Taiping telah kembali diadakan seperti biasa setelah sekian lama tidak dapat diadakan oleh kerana hadirnya Bulan Ramadhan dan Bulan Syawal yang lalu. Penceramah yang telah hadir pada kali ini ialah gandingan daripada 2 buah negeri iaitu PJS Mohd. Bakar Bin Awang dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan PJE Mohd. Aasim Bin Khalid dari Kuala Kangsar, Perak.

Ucapan alu - aluan dan selamat datang telah dimulakan oleh Pengerusi KPPU dan juga Pengerusi Komuniti Taiping iaitu PJ Mohd. Yusfee Yusof. Beliau memberitahu mengenai PBC Taiping yang akan diadakan pada 14 & 15 November 2009 ini dan pemilihan untuk GEN 7 pada bulan Januari 2010 nanti.

Ceramah mengenai Pengenalan Syarikat telah disampaikan oleh PJS Mohd. Bakar dan ceramah motivasi dan berkongsi pengalaman oleh PJE Mohd. Aasim.

Selepas Kelas Mingguan, telah diadakan Perjumpaan Komuniti Taiping bersama semua GEN untuk penerangan mengenai Kekekalan GEN dan Sistem Point melalui keaktifan para GEN. Di antara pemimpin Komuniti Taiping yang hadir ialah PJ Mohd. Yusfee, PJ Mohd. Irwan Azahari, PJ Mohd. Shahril, PJ Sazali, PJE Mohd. Aasim, PJI Haridah Khanun, PJE Imillia, PJ Hindun, PL Mohd. Firdaus, PRX Ku Iskandar, PRX Siti Nafsiah, PRX Rokiah, PRX Faredah, PRX Husna Nabilah dan PJX Noriah.

PJS MOHD. BAKAR BIN AWANG

PJE MOHD. AASIM BIN KHALID

PEMINAT SETIA KELAS MINGGUAN HPA TAIPING

PEMIMPIN KPU TAIPING SEDANG MEMASANG BANNER UNTUK PBC TAIPING PADA 14 & 15 NOVEMBER INI