Wednesday, November 11, 2009

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING KEMBALI (9 NOV 09)

Kelas Mingguan HPA Taiping telah kembali diadakan seperti biasa setelah sekian lama tidak dapat diadakan oleh kerana hadirnya Bulan Ramadhan dan Bulan Syawal yang lalu. Penceramah yang telah hadir pada kali ini ialah gandingan daripada 2 buah negeri iaitu PJS Mohd. Bakar Bin Awang dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan PJE Mohd. Aasim Bin Khalid dari Kuala Kangsar, Perak.

Ucapan alu - aluan dan selamat datang telah dimulakan oleh Pengerusi KPPU dan juga Pengerusi Komuniti Taiping iaitu PJ Mohd. Yusfee Yusof. Beliau memberitahu mengenai PBC Taiping yang akan diadakan pada 14 & 15 November 2009 ini dan pemilihan untuk GEN 7 pada bulan Januari 2010 nanti.

Ceramah mengenai Pengenalan Syarikat telah disampaikan oleh PJS Mohd. Bakar dan ceramah motivasi dan berkongsi pengalaman oleh PJE Mohd. Aasim.

Selepas Kelas Mingguan, telah diadakan Perjumpaan Komuniti Taiping bersama semua GEN untuk penerangan mengenai Kekekalan GEN dan Sistem Point melalui keaktifan para GEN. Di antara pemimpin Komuniti Taiping yang hadir ialah PJ Mohd. Yusfee, PJ Mohd. Irwan Azahari, PJ Mohd. Shahril, PJ Sazali, PJE Mohd. Aasim, PJI Haridah Khanun, PJE Imillia, PJ Hindun, PL Mohd. Firdaus, PRX Ku Iskandar, PRX Siti Nafsiah, PRX Rokiah, PRX Faredah, PRX Husna Nabilah dan PJX Noriah.

PJS MOHD. BAKAR BIN AWANG

PJE MOHD. AASIM BIN KHALID

PEMINAT SETIA KELAS MINGGUAN HPA TAIPING

PEMIMPIN KPU TAIPING SEDANG MEMASANG BANNER UNTUK PBC TAIPING PADA 14 & 15 NOVEMBER INI


No comments:

Post a Comment