Monday, August 31, 2009

FADHILAT TARAWIH 30 MALAM

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1
Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2
Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3
Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4
Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5
Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6
Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.

Malam 7
Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam menentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8
Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9
Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10
Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11
Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12
Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13
Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14
Datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15
Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16
Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17
Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18
Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19
Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20
Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21
Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22
Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23
Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24
Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25
Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26
Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27
Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29
Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30
Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
"Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’."


Tuesday, August 18, 2009

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING ( 17 OGOS 2009 ) TERAKHIR SEBELUM MENYAMBUT RAMADHAN

Pada 17 Ogos 2009, Kelas Mingguan HPA Taiping berjalan seperti biasa. Kali ini PJS Noorhyzad Bin Kassim pula bertugas untuk menyampaikan ceramah. Walaupun kehadiran ahli tidak berapa ramai kerana serangan wabak H1N1, namun demi tanggungjawab memikul amanah Allah, PJS Noorhyzad tetap menyampaikan ceramah beliau dengan penuh bersemangat. Bersama beliau yang datang pada malam itu ialah PJ Sobhi dan PJ Mohd. Nor.

PJS Noorhyzad telah menyampaikan ceramah berkaitan dengan info terkini HPA, Isu Halal & Haram dan plan pemasaran HPA. Pengerusi majlis pada malam itu ialah PJ Mohd. Yusfee Yusof. Turut hadir ahli KPPU ialah PJI Haridah Khanun, PJE Imillia, PJ Hindon, PJ Mohd. Irwan, PJ Sazali dan PJ Siti Nafsiah. Kelas Mingguan telah tamat pada jam 11.30 malam.

Sunday, August 16, 2009

PBC TAIPING TERAMAI TAHUN INI

Pada 15 & 16 Ogos 2009, telah berlangsungnya PBC Taiping di Hotel Seri Malaysia Taiping yang telah menghimpunkan seramai 70 orang peserta pada kali ini. Ini adalah jumlah yang paling ramai pada tahun ini. Menurut Pengarah Program iaitu, iaitu PJ Mohd. Yusfee Yusof, penyertaan yang ramai pada kali ini adalah kerana perkembangan HPA yang semakin meningkat dan keahlian yang semakin ramai terutamanya di daerah Taiping. Tambahan pula kita baru sahaja mengadakan KONVEK HPA 2009 dengan penuh gilang gemilang.

Penceramah yang telah menyampaikan slot pada PBC kali ini ialah PJS/PJM Tuan Haji Ismail Othman ( Plan Pemasaran ), PJS/PJI Tuan Haji Mohd. Nadzri Ahmad ( Pengenalan Syarikat ), PJS Meor Johaidi Hamid ( Kopi Radix ), PJS Asnah Mustafa ( 6M ), PJS Mohd. Zamri Bakar ( Produk Halal ) dan PJS Puan Hajjah Noormah Zainol ( Diagnos Saraf Tangan ). Malam bintang - bintang ialah PJE Mohd. Aasim Khalid dan PJ Sazali Salihuddin.

PBC kali ini turut dibantu oleh PJ Mohd. Yusfee Yusof ( Pengerusi Majlis ), PJ Mohd. Irwan Azahari Tahir ( Pengerusi Pembentangan Kumpulan ), PJ Hindon Abdul Aziz, PJI Haridah Khanun, PJ Mohd. Affendy Ismail, PJE Imillia, PJ Siti Nafsiah dan ramai lagi pemimpin daripada utara. Qiamullail dan kuliah subuh pula telah disampaikan oleh Ustaz Izafri Bin Ahmad daripada Taiping, Perak.

PESERTA PBC TAIPING OGOS 2009


PENCERAMAH PBC TAIPING OGOS 2009



DEMO AKUPUNTUR OLEH PJS MEOR



QIAMULLAIL DAN KULIAH SUBUH



SLOT LDK & PENYAMPAIAN HADIAH




GAMBAR KENANGAN PBC TAIPING OGOS 2009




KPU MENAKLUK BUMI IPIS ( INSTITUT PERGURUAN ISLAM BANGI SELANGOR )

Pada 13 Ogos 2009, seramai 6 orang pemimpin dari KPU telah menggempur dan menakluk bumi IPIS ( Institut Perguruan Islam Bangi Selangor ). Perancangan yang telah dibuat selama sebulan oleh PJ Mohd. Irwan Azahari dengan pihak pengurusan IPIS telah membuahkan hasil. Ceramah yang telah disampaikan oleh PJS Ustaz Zamri Bakar bertajuk `Kemelut Pemakanan Umat Akhir Zaman Dan Penyelesaiannya Bersama HPA' telah mendapat sambutan daripada pelatih - pelatih dan pensyarah IPIS seramai 100 orang.

Di antara pemimpin KPU yang turut hadir ialah PJS Mohd. Nadzri Ahmad, PJS Noormah Zainol, PJ Mohd. Yusfee Yusof dan PJ Hanis Huqaimi Mohd. Nadzri. Menurut Pensyarah IPIS yang turut hadir dalam program tersebut, iaitu Ustaz Jabbar, program sebegini amat penting sebagai pengetahuan kepada pelatih - pelatih institut ini yang akan keluar berhadapan dengan masyarakat luar yang kurang pengetahuan mengenai produk halal sambil boleh mendapat pendapatan yang lumayan dengan HPA.

Gerai jualan juga dibuka semasa program untuk memudahkan penghuni IPIS untuk mendapatkan produk -produk halal daripada HPA yang dibantu oleh pelatih IPIS sendiri. Program yang bermula pada jam 9.00 malam telah berakhir pada jam 12.00 tengah malam.


Monday, August 10, 2009

KELAS MINGGUAN HPA TAIPING (10 OGOS 2009) MENAMPILKAN MUKA - MUKA BARU DARI TAIPING

Pada 10 Ogos 2009, Kelas Mingguan HPA Taiping telah berjalan seperti biasa, walaupun penyebaran wabak H1N1 semakin serius, namun ia tidak melunturkan semangat ahli - ahli HPA kawasan Taiping untuk datang ke Kelas Mingguan. Para penceramah pada kali ini menampilkan muka - muka baru dari Taiping sendiri.

Mereka adalah PJE Haridah Khanun Bt Rehman Khan dari Simpang, Taiping menyampaikan ceramah motivasi, PJ Sazali Bin Salihuddin dari Air Kuning, Taiping yang mempunyai Pusat Agensi di Kuala Kangsar menyampaikan ceramah produk mengkudu dan PJE Aasim Bin Khalid dari Kuala Kangsar yang mempunyai Pusat Perawatan sendiri menyampaikan ceramah plan PBC.

Majlis telah dipengerusikan oleh PJ Mohd. Yusfee. Turut hadir pemimpin - pemimpin KPPU ialah PJ Hindon, PJ Mohd. Irwan, PJ Mohd. Affendy, PJE Imillia dan PJ Siti Nafsiah.