Thursday, April 22, 2010

MELAKA HALAL HUB

Melaka Halal Hub (MHH) merupakan satu kawasan Perindustrian yang pertama di buat secara berkelompok. Keluasan Kawasan Melaka Halal Hub (MHH) dianggarkan seluas 12.77 ekar dengan kos pembinaan bernilai RM 12 Juta dan terletak di Kawasan Perindustrian Serkam, Jasin, Melaka iaitu 2.3 Km daripada Lebuhraya Melaka – Muar (AMJ). Pelbagai produk - produk Halal yang dihasilkan oleh usahawan - usahawan tempatan untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan dan antarabangsa, antaranya makanan sejuk beku, Santan, Air mineral, roti canai, kuih - muih tempatan. Komponen Melaka Halal Hub (MHH) ini terdiri daripada 2 buah komponen iaitu komponen A : Sebuah Bangunan Anchor (Kompleks Kilang GMP 2 Tingkat), 13 unit Bangunan kilang Teres 1 1/2 Tingkat, dan Komponen B : 10 Unit Kedai Teres dan 34 unit Kilang Kembar.

No comments:

Post a Comment