Sunday, August 1, 2010

SHEQAL DI KPJ TAIPING KALI KE - 3

1 Ogos 2010 (Ahad) - Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) Taiping pada kali ke - 3 yang diadakan di HPA Cawangan Taiping ini telah dihadiri oleh seorang yang mempunyai banyak pengalaman dalam MLM iaitu Tuan Haji Zakaria Bin Mohamad dari Trengganu. Beliau telah menyampaikan ceramah perubatan JAWI yang bertajuk `YIN' dan `YANG' dalam herba dan sedikit sebanyak pengalaman beliau sebelum menyertai HPA. Tuan Haji Zakaria merupakan seorang motivator kepada syarikat - syarikat lain sebelum beliau menyertai HPA 2 tahun lalu setelah hanya dengan mendengar sebuah lagu dan menggunakan produk EQ Minda.

Beliau juga telah ditemani oleh seorang individu yang sangat terkenal tidak lama dahulu sebagai seorang penyanyi nusantara pada 15 tahun yang lalu iaitu SHEQAL. Beliau yang baru seminggu menyertai HPA telah menyampaikan sebuah lagu yang bertemakan sebuah sajak sesudah daripada ceramah Tuan Haji Zakaria. Menurut SHEQAL, beliau telah menyertai HPA dengan sepenuh jiwa dan raganya dan akan menjadi seorang pejuang dalam HPA memperjuangkan produk - produk halal melalui lagu dan seni. Menurut SHEQAL lagi, beliau juga akan menghasilkan sebuah album baru yang akan diterbitkan oleh HPA sendiri sepertimana Kumpulan nasyid RAIHAN.

No comments:

Post a Comment