Sunday, July 25, 2010

PROGRAM MEREBUT PELUANG HEBAT BERSAMA HPA DI HPA CAWANGAN TAIPING

24 Julai 2010 (Sabtu) - Telah diadakan program ceramah yang bertajuk `Merebut Peluang Hebat Bersama HPA' yang telah disampaikan oleh PJS Ustaz Zahir Bin Ghazali, Top Ten Leader HPA. PJS Ustaz Zahir yang julung kalinya sampai di HPA Cawangan Taiping pada jam 8.30 itu, sungguh bersemangat menyampaikan ceramah beliau. Beliau telah menyampaikan ceramah motivasi dan peluang - peluang yang hebat yang dapat direbut oleh ahli - ahli HPA jika bersungguh - sungguh bersama HPA.

Di antara pemimpin - pemimpin KPPU yang hadir pada malam itu ialah PJE Mohd. Irwan Azahari, PJ Sazali, PJ Hindun, PJ Imillia, PJS Haridah Khanun dan ramai lagi.

No comments:

Post a Comment