Saturday, May 16, 2009

PENYERTAAN TERAMAI PBC TAIPING KALI INI



Pada 16 & 17 Mei 2009, berlangsungnya Kursus Perkongsian Bijak Cemerlang ( PBC ) di Hotel Seri Malaysia Taiping, yang teramai pada tahun ini iaitu seramai 65 orang peserta. Ini adalah yang kedua penyertaan teramai kalau dibandingkan dengan PBC yang terdahulu yang merekodkan paling banyak seramai 73 orang dalam sejarah PBC Taiping. Menurut Pengarah Program PBC pada kali ini iaitu PJ Sazali Bin Salihuddin, penyertaan yang ramai pada kali ini adalah kerana para penceramah yang hadir pada PBC kali ini adalah yang hebat - hebat belaka seperti PJS Syed Ageel Bin Syed Mahayadin ( Plan Pemasaran ), PJS Noormah Bt Zainol ( Pengenalan Syarikat ), PJS Aseri Bin Hanapiah ( 6M ), PJS Saliza Bt Zainol ( Produk Halal ), PJS Mohd Nadzri Bin Ahmad ( Kopi Radix ) dan PJS Syarifah Bt Sulaiman ( Saraf Tapak Tangan ). Turut hadir membantu adalah PJS Asnah Bt Mustafa, PJ Haryzan dan PJS Ustazah Siham.

Manakala para fasilitator pula adalah PJ Mohd Yusfee Yusof, PJ Mohd Irwan Azahari Tahir, PJ Mohd Shahril Tahir, PJ Sazali Salihuddin, PJI Haridah Khanun, PJ Hindon Abd Aziz, PJ Mohd Affendy Ismail, PJ Hj Azizan Ismail, PJ Siti Nazirah, Firdaus Wahi dan ramai lagi.

Malam Bintang - bintang pula ialah PJ Mohd Yusfee Yusof yang telah menceritakan pengalaman beliau semasa memperkenalkan HPA di Sabah pada tahun 1996. Pahit getir yang dilalui oleh beliau semasa di bumi Sabah dan menjadi Stokis pertama di Sabah pada tahun 1997 sambil menunjukkan gambar - gambar yang menjadi kenang - kenangan beliau semasa dulu.



No comments:

Post a Comment