Friday, February 20, 2009

SEJARAH PENUBUHAN KELAB PEMIMPIN PERAK UTARA ( KPPU )

Pada permulaannya, KELAB STOKIS PERAK UTARA ( KSPU ) telah ditubuhkan pada 10 Disember 2006 yang dianggotai pada waktu itu seperti PJ Mohd Yusfee Yusof, PJE Haridah Khanun, PJ Mohd Affendy Ismail, PJ Azizah Hamzah dan beberapa orang lagi secara tidak formal. Selepas itu, KSPU telah berkubur kerana tidak aktif.
Apabila menjelang tahun 2008, KSPU dihidupkan semula apabila diadakan mesyuarat kali pertama pada 19 April 2008. KELAB STOKIS PERAK UTARA ( KSPU ) telah ditukarkan dengan rasminya dengan nama KELAB PEMIMPIN PERAK UTARA ( KPPU ) di bawah KELAB PEMIMPIN UTARA ( KPU ) HPA. Pada mesyuarat tersebut kepimpinan KPPU telah dipilih dengan sebulat suara, begitu juga dengan kehadiran pemimpin - pemimpin baru dalam KPPU seperti PJ Mohd Irwan Azahari Bin Tahir, PJ Mohd Shahril Bin Tahir, PJE Mohd Sani Bin Ibrahim, PJ Syafariah Bt Ibrahim, PJ Nabisah Bt Hassan, PJ Hj Md Nazeer Bin Hamid, PJ Abdul Azis Bin Md Daud, PJ Sazali Bin Salihuddin, PJ Hindon Bt Abdul Aziz, Aziyah Bt Mat Bahak dan Shawaluddin Bin Sulaiman.

No comments:

Post a Comment